Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CEPAT UNDI FAIZAL TAHIR CALON ANUGERAH MTV EMA


Faizal Tahir  sememangnya sinonim dengan aksi energetik di atas pentas waima  gimik persembahannya sentiasa unik dan tidak pernah menghampakan.

Comeback Faizal menerusi album Anatomi pada November 2016 lepas telah menjadi bahan bualan hangat kerana beliau telah menjelajah ke 3 negeri dalam masa 3 hari demi melancarkan album tersebut.

Kehebatan yang dimiliki Faizal telah melayakkan beliau tercalon di anugerah berprestij Anugerah MTV EMA (Europe Music Award) untuk kategori Artis Asia Tenggara Terbaik (Best Southeast Asia Act Award) buat kali kedua. 

Kali pertama Faizal dicalonkan bagi kategori yang sama adalah pada tahun 2015.

Barisan artis dari negara-negara jiran yang turut bertanding bersama Faizal untuk kategori Artis Asia Tenggara Terbaik adalah Isyana Sarasvati (Indonesia), The Sam Willows (Singapore), Slot Machine (Thailand), Palitchoke Ayanaputra (Thailand), James Reid (Philippines) dan Dam Vinh Hung (Vietnam).

Anda sudah boleh mula mengundi Faizal Tahir untuk kategori tersebut melalui laman web rasmi MTV EMA dihttp://www.mtvema.com/en-asia/artists/i9m2j0/faizal-tahir

Pengundian bagi calon-calon dalam kategori ini telah bermula pada 4 Oktober lalu dan akan berakhir pada 11 November 2017.

Jadi, kepada rakyat Malaysia tunggu apa lagi, jom undi artis unggul kita Faizal Tahir. Semoga beliau dapat mencipta sejarah dan mengharumkan nama Malaysia dalam arena industri muzik dunia.

MTV Europe Music Awards (EMA) ini dipersembahkan oleh MTV Networks Europe untuk memberi penghargaan kepada para pemuzik dan juga para penghibur. Anugerah MTV EMA (Europe Music Award) ini akan bersiaran secara langsung dari London pada hari Isnin, 13 November 2017.

Kak Fas ucapkan tahniah atas pencalonan beliau semoga beroleh kejayaan seraya mengharumkan lagi nama Malaysia di persada dunia.

Kak Fas dah pun undi teman artis Kak Fas ini beberapa kali... You alls macam mana ... silalah jalankan tanggungjawab dan sokong artis kita khususnya Faizal Tahir ini ya...

Good luck Faizal...

Tiada ulasan: