Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JANNA NICK WAKILI WAJAH MUDA VIVO V7, V7 PLUS


Baharu lima tahun berada di dalam industri,,,, nama Janna Nick sudah semakin popular dan terkenal.

Malah pemilik nama penuh Nurul Jannah binti Muner, berdarah kacukan Melayu, Cina dan Pakistan ini telah menerima pelbagai anugerah dan pencalonan termasuk Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016 bagi Aktres Pilihan dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2015 bagi Artis Baharu Wanita Paling Popular.

Kini, dalam usia 22 tahun Janna telah dipilih sebagai duta jenama telefon pintar, Vivo sebaris dengan  Dato Siti Nurhaliza yang merupakan ikon siri vivo V5.

Sesuai dengan imej remajanya, Vivo menepati sasaran konsumernya apabila melantk Janna Nick sebagai wajah baharu bagi model vivo V7 dan vivo V7+.

Kak Fas nak ucapkan syabas kepada vivo apabila memilih Janna Nick yang mendapat sokongan bukan sahaja daripada peminat Melayu bahkan Cina dan India waima pada majlis pelancaran vivo V7 dan V7 plus baru-baru ini, dapat dilihat sorakan kepadanya cukup menghangatkan ruang utama pusat membeli-belah Pavilion.

Kemunculannya sambil menyanyi mendapat tepukan gemuruh khalayak dan pengunjung yang turut menyaksikan upacara pelancaran vivo V7 dan  V7+, sebuah telefon pintar berasaskan fungsi selfie, dilengkapi kamera depan 24MP, flash LED serta Paparan FullViewTM..

Telefon pintar siri V terbaharu ini memaparkan ciri-ciri fotografi dan skrin yang luar biasa, serta rekaan yang bertujuan memperkasakan konsep ekspresi kendiri di kalangan pengguna yang celik media. 

Berdasarkan keperluan golongan muda seperti Janna Nick, V7+ telah mempertingkatkan dari aspek selfie,  membolehkan pengguna mencipta dan berkongsi memori-memori yang bermakna.

V7+  mencerminkan misi vivo dalam memperkasakan ekspresi kendiri di kalangan generasi yang seterusnya. Ia memaparkan pelbagai teknologi canggih dalam semua aspek, bermula dari kamera depan, penangkapan gambar sehinggalah galeri, seterusnya membolehkan pengguna yang celik media mencipta serta berkongsi memori-memori paling menarik.

“Sebagai pengguna telefon pintar yang aktif, telefon pintar yang mempunyai pelbagai fungsi dan ciri-ciri yang canggih amat penting kepada saya. Dengan adanya Paparan FullViewTM serta kamera depan 24MP, vivo V7+ dapat memenuhi keperluan saya ini. Bukan sahaja V7+ dapat menangkap detik-detik bermakna dan selfie saya, malahan saya juga dapat melihat semua gambar tertangkap pada skrin yang menarik,” demikian kata Janna Nick, Duta vivo V7+.



V7+ melambangkan keagungan vivo sebagai pelopor selfie sempurna dengan kamera depan 24MP yang unggul beserta flash LED bagi menghasilkan selfie yang berimej tajam dan jelas. Menerusi warna yang semula jadi, kontras yang baik serta latar belakang yang jelas, V7+ menjanjikan detik memori yang jelas lagi menarik.

Kamera depan 24MP serta algoritma fotografi pintar memberi nafas baharu kepada selfie yang sempurna dengan menghasilkan gambar yang lebih jelas dan semula jadi. 

Contohnya, ciri Face Beauty 7.0 dapat mencerahkan dan menghasilkan rona warna kulit yang lebih seimbang walaupun dalam keadaan gelap. Portrait Mode dalam V7+ pula mengaburkan latar belakang demi mendapatkan kontras yang lebih tajam dan visual yang lebih tajam bagi menghasilkan selfie yang bergaya.



Di samping itu, V7+ dilengkapi Paparan FullViewTM 18:9 yang mengagumkan pada skrin bersaiz 5.99 inci dan menawarkan peningkatan bahagian paparan visual sebanyak 12.5%, berbanding dengan skrin 16:6 tradisional. 

Tambahan pula, pengguna dapat menikmati pengalaman gaming yang lebih mengujakan, dengan 84.4% nisbah skrin kepada bahagian badan serta bezel senipis 2.15mm yang akan meningkatkan pengalaman visual pengguna.

Telefon pintar ini turut dilengkapi fungsi Game Mode yang mampu menghalang panggilan dan mesej bagi menjamin pengalaman gaming tanpa gangguan.

V7+ juga dilengkapi Qualcomm octa-core CPU dan 4GB RAM bagi menjamin pengalaman pengguna yang lancar dan sempurna. Berdasarkan tradisi vivo yang mementingkan kualiti audio, V7+ telah dipertingkatkan lagi dengan cip audio AK4376A Hi-Fi bagi menjaminkan pengalaman muzik yang luar biasa. 


Selai itu, fungsi Funtouch 3.2 OS-nya dilengkapi ciri-ciri mesra pengguna seperti Smart Split 3.0 dan Face Access, sekaligus menjadikan V7+ teman yang sempurna dalam kehidupan harian pengguna.

Dijual di kedai-kedai konsep vivo, kedai-kedai rakan vivo serta pasaran e-dagang. bermula 29 September 2017 lalu dalam warna Crown Gold dan Matte Black pada harga RM1,499 .


Keterangan lanjut sila layari  www.vivo.com/my .



Sementara itu, majlis pelancaran yang berlangsung penuh glamor turut dimeriahkan dengan persembahan daripada barisan artis-artis AF Megastar di mana vivo antara penaja utamanya.





Tiada ulasan: