Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KENALI RANGKAIAN PRODUK TERBAHARU AVON 2018


Sudah lama sebenarnya Kak Fas tidak hadir ke majlis Avon namun baru-baru ini hati tergerak pula untuk pergi ke acara Expo Kecantikan Avon 2018 yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di ibu kota Kuala Lumpur.

Kak Fas akui sejak Avon bertapak di Malaysia 40 tahun lalu sambutannya cukup hangat malah sehingga kini masih mendapat sokongan netizen khususnya kaum wanita.

Kak Fas juga antara pembeli produk Avon khususnya produk kosmetika seperti gincu bibir, maskara dan yang sewaktu dengannya hihi... malah ketika di Majalah WANITA Avon kerap juga memberikan kerjasama dengan menawarkan produknya sebagai 'door gift' beberapa acara anjuran Kumpulan Utusan ... terima kasih daun keladi...

Semua pun tahu.... setiap tahun Avon sentiasa memberikan rangkaain produk terbaharu dan inovatif kepada penggunanya dan bagi tahun 2018 Avon Malaysia sudah pun merancang beberapa produk keluarannya yang dijangka berada di pasaran secara berperingkat mulai Februari hingga April 2018 ini.

Jom kita layan apa yang Avon bakal keluarkan buat tahun ini ya....

Pada Ekspo Kecantikan Avon 2018 yang berlangsung pihak media dan bloggers di perkenalkan kepada empat stesen yang mempamerkan rangkaian produk meliputi koleksi jagaan kulit terbaharu - Nutraeffects, alat solekan Ultra Volume Lash Magnify Mascara, haruman terbaru Eve Duet dan koleksi bag bergaya ;'Luxe Elegance' serta 'Desiree' pakaian dalam wanita.

Pengenalan produk-produk berkenaan yang berlangsung selama dua hari disempurnakan sempena Persidangan Kebangsaan Avon iaitu majlis yang mengiktiraf kecemerlangan wakil-wakil Avon sepanjang 2017.

Jadi Kak Fas serta rakan-rakan bloggers dan media lain boleh dikatakan bertuah kerana menjadi golongan pertama yang cuba dan melihat koleksi-koleksi terbaharu Avon sebelum ia dipasarkan.

Pada setiap ruang pameran yang dikunjungi kami diberikan penerangan berhubung khasiat dan cara penggunaan setap produk di mana yang paling menarik perhatian Kak Fas sudah tentu pada bahagian alat solek khususnya produk terbaharu yang dinamakan 'Color-Correction Perfection' yang mengandungi bebola kecil berwarna hijau, unggu, kuning, krim dan peach.
 
Menurut pakar solekan Avon, Ayang Kamell, penggunaan produk tersebut mampu membantu si pemakai mengimbangi tona kulit wajah agar kelihatan berseri. Contohnya warna hijau menuetralkan kemerahan manakala warna unggu mengatasi kulit kekuningan.

Rona kuning pula membantu menuetralkan tona unggu dan kegelapan pada lingkaran mata sementara peach meratakan bintik hitam waima krim menerangi wajah.

Dan lebih memudahkan apabila ia disapukan menggunakan berus khas ciptaan Avon.

Selain itu, Kak Fas juga tertarik dengan rangkaian gincu bibir Avon yang diperkenalkan mengikut tema majlis - perkahwinan, mesyuarat/temuduga kerja, santai

Dimana disyorkan warna yang sesuai dengan 5 konsep majlis/acara yang biasanya dihadiri oleh wanita. Ataranya seperti  hari biasa/waktu kerja; perkahwinan; mesyuarat/temuduga kerja; parti/jamuan makan malam dan majlis bersama keluarga di hujung minggu.


Ini pertama kali Kak Fas  berhadapan dengan gincu warna yang dikatakan sesuai untuk lima majlis yang dihadiri. Jadi panduan ini memang menarik. 

Bila bedak asas dan lipstick dah ada tentulah mata pun harus cantik kan. Jangan risau ada maskara terbaharu dari Avon iaitu 'Avon True Ultra Volume Lash Magnify Mascara'

Maskara ini  mampu meningkatkan kelebatan  bulu mata sebanyak 100% malah formulanya padat dengan serat menyeliputi setiap helaian bulu mata hingga ke akar

MASKARA












Sejujurnya, bedak, gincu bibir dan maskara antara tiga produk yang tidak terlepas daripada pandangan dan penggunaan harian Kak Fas hihi...

Melengkapi kecantikan wanita sudah tentu harus ada pewangi kan? 


Jadi Avon tidak ketinggalan memperkenalkan pewangi terbaharunya yang 'packaging' nya memang unik kerana ia dua dalam satu dan ini dinamakan 'Avon Eve Duet'.

Pewangi berkembar dwi aroma  ini mempunyai dua haruman berbeza pada kiri dan kanannya iaitu 'Radiant' dan 'Sensual'.

Anda boleh sahaja mencampurkan semburan kedua-dua aroma ini sekali gus bagi memperoleh pesona haruman yang melengkapi momen di mana sahaja anda berada.

Pembeliannya  Eve Duet Eu De Parfum disertai dengan pemberian losyen badan serta pouch secara percuma. Tetapi ini sehingga stok masih ada jadi kenalah cepat membelinya ya...

Selain itu masih dalam segmen kecantikan. Avon turut memperkenalkan rangkaian penjagaan kulit terbaru mereka iaitu Avon True Nutraeffects meliputi empat produk iaitu 'cleanser', 'toner', 'day cream' dan 'night cream'.

Menariknya produk ini berbanding yang lain  ia diformulasi daripada Active Seed Complex ramuan terbaik untuk mendapatkan kulit yang sihat malah sesuai untuk semua jenis kulit.

Dengan kandungan ekstrak biji Markisah, biji chia serta biji berries, setiap produk mampu menyerlahkan wajah kusam, melembapkan kulit serta membantu menyerap lebihan minyak pada kulit agar nampak bersih, segar dengan tona sekata.

Paling menarik perhatian Kak Fas dalam rangkaian penjagaan kulit ini ialah air pencuci muka - 'Micellar Cleansing Water'.



Mendengar penerangan yang diberikan oleh pakar kecantikan Avon, air ini bukan sekadar membersih dan melembap tetapi mampu menyempurnakan solekan mata dengan hanya menggunakan putik kapas yang dititiskan pembersih Micellar. Cara ini anda boleh mendapatkan garis mata berdefinisi.

Di samping itu Micellar boleh digunakan untuk membersih berus solekan dan menyegarkan wajah selepas bersenam di mana dengan hanya menitiskan sedikit pada kapas anda hanya perlu sapukannya ke seluruh muka bagi menghilangkan peluh dan kotoran selepas bersenam.

Malah akhir sekali,penggunaan air Micellar boleh menghilangkan bau haruman di pergelangan tangan dengan hanya menyapukannya dengan kapas. Dan lebih menarik air ini boleh menanggalkan kotoran pada fabrik.

Bagaimana caranya?

Tekapkan kapas yang dititiskan pembersih Micellar paa permukaan fabrik yang terkena kotoran ringan seperti gincu bibir atau solekan.

Bila dah ada semua produk itu tentulah mudah dibawa jika ada bag tangan yang sepadan ya tak?

Jangan risau... Avon turut memperkenalkan rangkaian baju dalam 'Disiree' dan juga barangan beg dari Luxe Elegance.



Bila tiba di bahagian expo ini... baharulah Kak Fas tahu rupanya ada panduan terbaik untuk memilih coli yang sesuai mengikut bentuk payudara.malah punca saiz coli berubah pun anda boleh mendapatkan info daripada buku panduan yang disediakan. Pendekata, cara sidai coli dengan betul pun ditunjukkan. Cukup informatif buku panduan tersebut... anda harus mendapatkan senashkah yang diberikan percuma.



Memang 'awesome' rangkaian produk terbaharu Avon bagi tahun 2018 ini... rasa dah tak sabar nak tunggu ia berada di pasaran.

Apa pun orang kata sabar itu separuh daripada iman kan... jadi sabor je laa ya... tunggu pengumuman penjualannya daripada ejen jualan Avon anda nanti ya.

Nak info lanjut  hubungi talian bebas tol AVON di 1-800-22-AVON (2866) atau layari SINI.



BERSAMA PR Ekesekutif AVON, Mazlina (kiri) dan rakan bloggers Ayu Rafikah dan Nannie Isa.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan