Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BBB2018: MARK ADAM RISAU SUKAR CARI ARTIS JEMPUTAN BERLAWAK


Sekiranya anda merindukan hujung minggu di penuhi mengadap tv menonton program realiti seperti Mentor dan sebagainya  yang sudah lama berakhir kini anda tidak lagi akan kesepian kerana mulai 14 Januari ini, setiap Ahad, anda akan dihiburkan dengan gelak ketawa gelagat enam pelawak terkenal tanah air.

Ke-enam enam mereka itu akan membuatkan anda tidak kering gusi melalui program 'Bintang Bersama Bintang 2018' yang kembali membawakan medan peperangan lawak era baharu.


Enam calon pelawak  dipekenalkan oleh juara BBB2016, Cilok yang terpilih terdiri daripada Abam, Ajak, Issey, Mark Adam, Achey dan Shuk.

Berpengalaman luas dalam sketsa lawak di pelbagai platform rangkaian televisyen Malaysia pastinya kehadiran ke enam enam pelawak yang akan berentap secara solo bakal menceriakan malam hujung minggu anda.


'Bintang Bersama Bintang 2018' (BBB2018) akan bersiaran langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada setiap Ahad, bermula 14 Januari  2018 pada pukul 10 malam.

Majlis memperkenalkan barisan pelawak berkenaan telah diadakan di dewan DPAC semalam di mana AG turut diumumkan sebagai pengacara program.

BBB2018 menampilkan pentas mingguan di mana setiap peserta harus mempersembahkan sketsa dan 'punchline' selama empat minit tiga puluh saat serta lagu berdurasi dua minit tiga puluh saat yang telah diolah menjadi kelakar  mengikut kesesuaian dan kreativiti masing-masing.

Dalam persembahan setiap minggu para peserta juga dibenarkan membawa seorang selebriti jemputan untuk mengambil bahagian dalam sketsa mereka.

Sistem pemarkahan dibahagikan kepada dua bahagian iaitu 70% daripada panel juri yang diketuai Saiful Apek sebagai juri tetap manakala 30% daripada undian atas talian. Dan pada setiap minggu juga bersaa Saiful Apek akan ada juri jemputan bagi memeriahkan lagi Arena Bintang Bersama Bintang selama tujuh episod.

Tiada penyingkiran yang akan dilakukan pada setiap minggu namun pemenang mingguan akan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 manakala pada peringkat akhir iaitu 'Super Bintang Bersama Bintang' pemenang keseluruhan bakal membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100.000.

Wow! Banyak tu... untung laa siapa yang menang...

Para penonton juga boleh mengikuti perkembangan para peserta BBB2018 melalui Komik Bintang Bersama Bintang (BBB) pada setiap Ahad jam 6.00 petang di TV3.

Komik BBB memaparkan aktiviti harian para peserta disamping persediaan mereka untuk mempersembahkan sketsa mingguan.

Untuk mengundi dan ketahui info lanjut mengenai BBB2018, penonton boleh ke laman sesawang www.xtra.com.my/BBB2018 dan undian hanya dibuka pada hari bersiaran bermula jam 6 petang. Portal xtra www.xtra.com.my menampilkan berita hiburan dan kandungan sensasi dari seluruh negara selain siaran LIVE TV secara percuma yang dikuasakan oleh tonton.

















Kak Fas yang sempat hadir pada sidang akhbar berkenaan sempat bertanya kepada Mark Adam yang sebenarnya lebih dikenali sebagai seoang penyanyi daripada pelawak mengenai persediaannya

"Ini pertama kali saya akan bersaing dengan pelawak-pelawak yang sudah berpengalaman jadi tentu sekali saya gementar,  Saya tidaklah pandai sangat berlawak apa yang keluar daripada mulut saya itu secara jujur dan tak sangka  orang pulak boleh ketawa," ujar Mark selamba.

Turut di temani isteri jelitanya, Ezan,.. Kak Fas perhatikan Ezan nampak lebih risau daripada Mark berhubung persembahan yang bakal dibuat suaminya itu.

"Sebenarnya lagi susah jika tiada tema kerana hanya dua minggu diberikan tema untuk berlawak. Dan satu masalah juga untuk mendapatkan artis jemputan," cerita Izan.

Menurutnya, pada minggu pertama Mark akan menjemput Mat Dan sebagai artis undangan manakala pada minggu minggu seterusnya masih buntu untuk mencari artis yang ada waktu dan boleh berkolaborasi dengannya.

Kak Fas percaya bab menyanyi Mark Adam tiada masalah dan Kak Fas pun percaya Mark mampu memberikan persembahan yang mampu mencuit hati juri dan penonton daripada lawak dan gaya spontannya selama ini.

Good luck Mark Adam!










Tiada ulasan:

Catat Ulasan