Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NAK PRODUK 'HELLO KITTY'... JOM KE GUARDIAN MALAYSIA


Majlis ini berlangsung pada sebelah siang hari Sabtu... 

Dan apabila ia berlangsung pada Sabtu... terfikir juga dua tiga kali samada boleh hadir ke tidak maklumlah cuti umum dan banyak pula hal peribadi mahu pun keluarga yang perlu dikerjakan.

Namun Kak Fas terpaksa ketepikan segala kerja-kerja rumah untuk hadir meraikan kerjasama antara Guardian Health & Beauty Sdn Bhd dan Hello Kitty yang berlangsung di lantai bawah pusat membeli-belah Berjaya Times Square baru-baru ini.

Sebenarnya, memang tepat majlis ini dilangsungkan pada hari Sabtu memandangkan masa beginilah ibu bapa membawa anak ke 'shopping mall' waima dapat bertemu dengan kucing paling comel  - Hello Kitty - ini.

Malah tidak syak lagi... acara dipenuhi dengan kanak-kanak yang mahu mendekati Hello Kitty yang tampil dengan gelagat comelnya itu.



Dan sempena meraikan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.. Guardian mahu menggembirakan kanak-kanak mahu pun orang dewasa yang berjiwa 'muda' khususnya yang sejak kecil meminati Hello Kitty.... dengan memiliki koleksi produk Hello Kitty.

Untuk itu, tujuan barangan menarik direka khusus untuk Guardian Malaysia menjualkannya dalam dua koleksi istemewa.

Satu dinamakan 'Hello Kitty Celebrates' sempena Tahun Baru Cina yang meliputi produk berupa selimut, kusyen, buku nota dan penanda buku di mana ia direka untuk mencerminkan mood perayaan.


Barangan ini  boleh didapati di stor-stor Guardian bermula 1 Februari hingga 7 Mac.

Manakala set kedua adalah Hello Kitty Hello Confidence,” yang terdiri daripada beg tote, beg makan tengah hari, beg kosmetik dan beg komputer riba.

Hadir dalam warna ungu dan merah jambu dengan membawa mesej “cinta”, “ceria” dan “semarakkan cinta”... ia direka bagi meraikan Hari Wanita Sedunia dan bakal dijual pada 8 Mac hingga 18 April.

Ketua Pegawai Eksekutif Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Mr. Soren Lauridsen (pix atas, kanan), yang melancarkan koleksi itu, berkata: “Inisiatif pemasaran unik ini diadakan untuk menggembirakan para pelanggan dan peminat karakter popular Hello Kitty.”

Jelas beliau: “Dua koleksi ini telah direka sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Wanita Sedunia yang bakal disambut pada 8 Mac nanti. Oleh itu, barangan ini akan dikeluarkan dalam dua fasa, masing-masing dengan set barangannya tersendiri.

“Kami yakin bahawa barangan comel ini bakal menambat hati pelanggan dan peminat. Bukan sahaja rekabentuknya yang eksklusif, ia turut ditawarkan pada harga yang sangat berpatutan, iaitu RM25 dan ke bawah," tambahnya, Turut hadir Pengurus Kanan Pemasaran, Shirley New (pix atas).

Hello Kitty, yang telah memberi inspirasi kepada jutaan peminatnya di seluruh dunia, termasuk Malaysia, telah menubuhkan taman temanya sendiri iaitu Hello Kitty Town di Puteri Harbour di Johor.

Kak Fas pernah melawatnya malah tidor di sebuah hotel di situ yang mempunyai bilik khas dengan hiasan dalaman Hello Kitty di situ. Memang cantik dan Kak Fas percaya anak-anak anda tentu suka...

Jadi jika  anda mahu  melihat Hello Kitty Town boleh sahaja kerana sempena  dengan pelancaran dua koleksi berkenaan, Guardian Malaysia akan menawarkan lawatan ke Hello Kitty Town dan peluang bertemu Hello Kitty kepada para pelanggannya di selatan tanah air.

Pelanggan yang membuat pembelian sebanyak RM150, termasuk mana-mana barangan Hello Kitty di stor-stor Guardian terpilih, akan berpeluang untuk menerima dua tiket percuma ke Hello Kitty Town. Tiket adalah terhad.

Cara-cara penyertaan

Untuk membeli mana-mana daripada tujuh barangan yang ditawarkan, pelanggan hanya perlu berbelanja RM20 termasuk mana-mana produk jenama penaja atau RM30, sekiranya tanpa barangan penaja.  
  

Jadi berkunjunglah ke stor Guardian berdekatan anda dan kumpul koleksi anda sekarang! 

Mana tahu anda bertuah kali ini dan berpeluang  melawat Hello Kitty Town... pastu usha usaha lah ibu dan ayah agar tidor di bilik Hello Kitty ya... haha...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan