Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'PULANG' BERADA DI PAWAGAM 26 JULAI 2018


Filem ini besar bajetnya. Menelan belanja kira-kira RM6juta
Dengan kos pembikinan yang besar sudah tentu pula 'expectation' penonton juga tinggi apatah lagi ia berdasarkan kepada sebuah kisah benar seorang lelaki yang meninggalkan anak isteri untuk mencari sesuap nasi sehingga merantau ke serata dunia menjadi kelasi selama 61 tahun.

Korang boleh bayangkan tak jika ditinggalkan suami selama enam dekad. Bagaimana perasaan anak dan isteri? Hidupkah sang suami dan pelbagai lagi persoalan pasti bermain dalam minda.

Dan jawapannya hanya dapat korang saksikan apabila 'Pulang' - sebuah filem epik terbitan Primeworks Studios ditayangkan di layar perak bermula 26 Julai ini di seluruh negara.

Kak Fas pun tidak sabar mahu menontonnya. Sebenarnya, sudah berkali-kali sidang media filem Pulang ini diadakan namun Kak Fas tidak berkesempatan untuk hadir sehinggalah hari ini  pada majlis  mengumumkan tarikh tayangannya di pawagam.

PULANG adalah sebuah kisah duka seorang lelaki dari Serkam (sebuah perkampungan nelayan di Melaka), yang berlayar ke serata dunia dengan harapan untuk mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam kesempitan, meninggalkan isteri dan anaknya yang tidak pernah berputus asa menunggu kepulangan suami dan ayah tercinta. Filem yang memaparkan beberapa buah lokasi terkenal yang berbeza, termasuklah di Melaka, Hong Kong, Okinawa, Kepulauan Jeju dan Liverpool, England ini diinspirasikan dari sebuah kisah benar yang merentasi 3 generasi berbeza. PULANG sebuah karya agung Kabir Bhatia yang dizahirkan dengan sinematografi & arahan seni yang sangat mengagumkan.

“Kami sangat berterima kasih kepada semua yang tidak henti-henti memberi sokongan dan semangat kepada kami sepanjang merencanakan filem PULANG. Contohnya, kesan khas visual yang berinovasi dihasilkan oleh Basecamp VFX, filem ini telah berjaya direalisasikan dengan geran daripada FINAS sebanyak RM2 juta,” kata Penerbit Eksekutif dan Pengurus Besar Filem & Drama Primeworks Studios, Nor Shahila Harun Shah.

“Tarikan dalam filem PULANG adalah hasil kerja CGI yang amat canggih, di mana hampir 80% kesan visual telah diperkemaskan dalam filem ini. Terdapat dua set utama dalam filem iaitu di Pantai Penarik, Terengganu dan di sebuah gudang terletak di Setapak. Kami menghadapi cabaran di set Pantai Penarik, Terengganu di mana pereka set terpaksa membina semula beberapa kali perkampungan Serkam akibat cuaca buruk yang memusnahkan sebahagian set” tambah beliau lagi

“Di Setapak, secara kreatifnya kami telah mewujudkan lokasi seperti Hong Kong, Liverpool dan juga kabin kapal hanya di dalam gudang dan memakan masa selama hampir sebulan penggambaran. Dengan ini juga, kami berjaya mengeksplorasi dengan menggunakan set gimbal dan bantuan sistem hidraulik untuk menghasilkan kesan efek semulajadi adegan kapal karam” kata Nor Shahila Harun Shah.


Filem ini juga menampilkan barisan pelakon veteran yang hebat, yang perpengalaman, juga pelakon baru. Pemenang Pelakon Terbaik & Pelakon Pembantu Terbaik (Anugerah Skrin yang ke-15 dan ke-21) Remy Ishak sebagai Othman, Puteri Aishah (filem pertama) sebagai Thom, Azreil Ismail, Erwin Dawson, Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Syazuwan Hassan, Che Puan Juliana Evans, Sherry Al Jeffry & ramai lagi. Para pelakon juga, turut menghadiri kelas lakonan dari Puan Fatimah Abu Bakar bagi menjiwai watak masing-masing.

“Kami melepasi garisan limitasi skrip filem mengikut anggaran bajet yang besar. Terdapat ruang bagi kami untuk mencipta semula detik-detik dan adegan aksi koreografi yang kelihatan hampir sama dengan realiti. Ia menjadi satu cabaran yang menarik untuk kami semua dan kami sangat berbangga akan hasilnya," ujar Kabir Bhatia, Pengarah filem PULANG.

Lagu tema bagi filem ini menampilkan sebuah lagu daripada komposer terkenal tanah air, Aubrey Suwito, yang buat pertama kalinya telah menghasilkan skor muzik untuk sebuah filem. Lagu tema utama berjudul "Layarlah Kembali" adalah sebuah karya oleh Aubrey yang dinyanyikan oleh Dayang Nurfaizah dan ditulis oleh Ad Samad. YouTube. Lagu ini boleh didengarkan dalam album Dayang Nurfaizah yang telah berada dipasaran dan boleh distrim secara online.

Novel PULANG diterbitkan oleh KaryaSeni dan ditulis oleh Lily Haslina Nasir. Novel tersebut telahpun berada dipasaran sejak Mei lalu. Peminat dan pembaca yang membeli novel ini akan dapat memperoleh kisah yang lebih mendalam tentang hubungan Omar dan Thom. Novel PULANG boleh didapati di semua kedai buku berhampiran anda atau secara atas talian di www.karyaseni.com.my dan juga melalui aplikasi Karyaseni di Google Play dan App Store.

Jualan korporat pakej pawagam sedang giat dipromosikan dan semakin mendapat sambutan hangat dari pelbagai pihak. Untuk maklumat lanjut serta mendapatkan harga istimewa sila hubungi Aaron Lim dan Norita Mustapha melalui email aaron.lim@primeworks.com.my & norita@primeworks.com.my

PULANG bakal berlayar untuk siaran di seluruh negara pada 26 Julai 2018. Untuk maklumat terbaru mengenai PULANG, layari www.facebook.com/pulangthemovie



#TRIVIA

  • Secara kebetulan setiap pelakon 'Pulang' adalah anak tempatan Melaka dan ada kaitan persaudaraan antara keluarga Dato Idzham Omar.
  • Remy yang berasal dari Melaka kebetulan mempunyai tok saudara yang juga seorang kelasi bertugas di Liverpool bersama tok Idham.
  • Puteri Aishah pula mempunyai seorang nenek saudara  yang merupakan sepupu bapa Idham, Omar.
  • Isteri Dato Jalalludin Hassan pula kebetulan adalah sepupu Omar dan merupakan jiran Thom di Serkam, Melaka.
  • Aida Khalid yang memainkan peranan ibu Idham juga ada pertalian saudara.
  • Filem ini adalah 'hadiah' Idham untuk bapanya, Omar. Bila menyaksikan filem ini khabarnya Omar menangis empat kali menahan kesedihan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan