Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KAK LIMAH PILIH JEJAKA MUDA SEBAGAI SUAMI?

Sudah lama Kak Fas tidak hadir ke majlis perkahwinan rakan artis. Jika dahulu semasa bertugas di majalah WANITA atau pun PEREMPUAN. Kak Fas sering hadir untuk membuat liputan jika ada golongan artis popular yang kahwin.
Tetapi kini al maklumlah... bila dah jadi penulis bebas blog sendiri Kak Fas dah lama tidak membuat liputan perkahwinan para artis.
Namun baru-baru ini Kak Fas dijemput untuk hadir ke majlis perkahwinan pelakon veteran , Delimawati yang terkenal dengan karektor dalam filem popular 'Hantu Kak Limah".
BIar betul... bertemu juga jodohnya walau pun dengan lelaki muda, fikir hati.
Majlis perkahwinan yang berlangsung secara tertutup disempurnakan di Art Hall, Pusat Pelancongan Malaysia (Matic), Kuala Lumpur semalam.

Berkonsepkan tradisional negeri Perak, kehadiran Delimawati dengan suaminya, Khuda atau Mr. K diarak ke pelamin rona merah dengan paluan bunyi kompang diteruskan dengan adat merenjis dan tepung tawar serta sesi memotong kek pulut kuning. Tidak ketinggalan persembahan tarian Melayu.
Antara tetamu kehurmat termasuk Naib Presiden & Ketua Bahagian Melayu dan Nusantara, Kumpulan Kandungan Astro, Dato Khairul Anwar Salleh, Datuk Awie dan penerbit  Eksekutif Infinitus Gold Gayatri Su-Lin Pillai.

Khabarnya, sehari sebelum majlis persandingan ini telah berlangsungnya upacara berinai secara tertutup yang bertemakan ala Bollywood sebelum diijabkabulkan.
Memang 'real' beb!
Tetapi sebenarnya, ini adalah gimik pelancaran bagi filem terbaharu arahan pengarah terkenal Mamat Khalid iaitu 'Hantu Kak Limah' yang bakal ditayangkan pada 9 Ogos 2018.
Masih mengekalkan genre komedi seram ini, selain Delimawati, filem ini turut mengekalkan penampilan tunggak utama iaitu Datuk Awie sebagai Husin. Manakala barisan pelakon lain yang sama-sama membintangi naskah ini dibarisi Zul Ariffin, Ropie, Cecupak, Uqasha Senrose, Mus May, Allahyarham Rab Khalid, pekin Ibrahim, Sharwani, TJ Isa, Jue Aziz, Sabri Yunus dan ramai lagi. Istimewanya, turut ditampilkan cameo dari figura popular tanah air, Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.
Bayangkan bila DS Vida ada... tentu lagi gamat filem ini. 
Sementara itu, lagu bertajuk 'Serikandi Cinta Ku' nyanyian asal Datuk M. Nasir telah dinyanyikan semula dalam versi baharu oleh watak Husin (Dato Awie) dan watak Bapak Bumian  (Mus May) sekali gus menjadi lagu tema utama filem ini.
Penonton boleh mula menikmati muzik video istimewa ini di laman web  perkongsian video YouTube menerusi akaun Astro Shaw bermula 26 Jun 2018.
Sebelum ini, Mamat Khalid tidak asing lagi dengan naskah trilogi Kampung Pisang iaitu filem Zombie Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010) dan Husin Mon Jin Pakai Toncit (2013. Menariknya, filem Hantu Kak Limah Balik Rumah pernah mencatat kejayaan besar dengan kutipan RM8 juta.
Filem terbaharu 'Hantu Kak Limah' ini mengisahkan tentang misteri kematian Kak Limah selepas berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih muda darinya. Akibat itu, Kampung Pisang menjadi riuh gara-gara orang kampung diganggu Hantu Kak Limah.
Apa kesudahannya akan terjawab di pawagam pada 9 Ogos depan! Tungguuuuu.....!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan