Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SYAMPU 'CARRIE JUNIOR ODOUR BUSTER' PILIHAN KANAK-KANAK

Malam tadi, kira-kira pukul 10 malam, loceng pintu depan rumah Kak Fas berbunyi. 

Terdetik dalam hati dengan persoalan... siapa pula datang malam-malam begini? Tiada siapa pun yang bagitau nak datang...

Rupa-rupanya 'guard" yang datang membawa satu bungkusan. 

Pada alamat yang ditampalkan ia kiriman daripada Salina & Associates PR Sdn Bhd...tetapi Kak Fas masih belum dapat meneka apakah produknya. Yang selalu Kak Fas dapat dari mereka adalah produk berkaitan Carrie Junior.

Dan bila dibuka... memang sahih ia produk Carrie Junior tetapi kali ini ia berupa sebuah bag pack rona biru yang berkilat dan transparen. Memang cantik dan menawan. .. bayangkan kalau mata kita yang dewasa ni pun tengok cantik apatah lagi jika kanak-kanak yang menerimanya.


Malangnya di rumah Kak Fas tiada kanak-kanak ketika produk sampai sebab cucu-cucu semua tinggal bersama ibu bapa mereka... kadang-kadang sahaja mereka hantar untuk Kak Fas jaga sementara.

Bila dibuka zip bag, di dalamnya terkandung pula sebotol syampu kanak-kanak "Odour Buster' rona merah dengan penutup kuning.

Bagus juga dapat syampu ni fikir hati... bila cucu datang boleh cuba mandikan mereka den guna syampu ni untuk rambut kan?

Terima kasih Carrie Junior dan terima kasih juga kepada syarikat perhubungan awam Salina Associates yang tidak putus-putus menghantar produk terbaharu dari Carrie Junior keluaran Wipro UNZA (Malaysia) Sdn Bhd ini.


Memahami keperluan kanak-kanak terhadap produk yang lembut dan selesa pada kulit, CARRIE JUNIOR memperkenalkan CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER, syampu yang selamat digunakan setiap hari dan memberikan haruman pada rambut sepanjang hari. 

Ia merupakan syampu baharu yang dirumus khas bagi menghilangkan bau yang tidak menyenangkan secara berkesan, tanpa mendatangkan kesan buruk pada rambut dan kulit kepala. 

Dengan aroma buah-buahan yang berkekalan selama 24 jam, si manja pasti kekal segar dan berbau wangi walaupun setelah seharian bermain dan berseronok di luar kediaman apatah lagi bagi anak-anak yang sedang meningkat usia.

Diperkaya dengan minyak zaitun, produk ini dapat menyuburkan dan melembutkan rambut agar mudah diurus dan disikat.

Sebenarnya ibu bapa perlu tahu bahawa syampu dewasa tidak digalakkan untuk kanak-kanak. Penggunaan syampu dewasa pada kanak-kanak akan menyebabkan masalah kulit kepala dan rambut terutama bagi kanak-kanak berumur antara 6-12 tahun.

Disebabkan kulit kepala dan rambut kanak-kanak yang halus amat sensitif, maka cara yang terbaik adalah menggunakan syampu yang dirumus khas agar rambut dan kulit kepala yang sihat dapat dikekalkan.

Dan jawapannya tentulah 'CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER'.
Syampu ini hadir dalam aroma Perky Peach Fruity Burst yang menyenangkan serta mempunyai pH seimbang, lembut dan tidak menghakis untuk kegunaan seharian.

'CARRIE JUNIOR KIDS SHAMPOO ODOUR BUSTER' boleh didapati dalam dua saiz, iaitu pek 280g yang dijual pada harga RM10.10* di Semenanjung Malaysia dan RM 10.60* di Sabah & Sarawak. Manakala yang bersaiz 700g dijual pada harga RM20.70* di Semenanjung Malaysia dan RM 21.70* di Sabah & Sarawak.

Ia boleh didapati di kedai runcit, pasaraya, pasaraya besar dan farmasi utama seluruh negara.

Kini, ibu bapa boleh memeluk anak-anak selepas bermain walaupun berpeluh namun masih kekal segar dan berbau aroma buah buahan sepanjang hari!
                         
Rangkaian CARRIE JUNIOR diformulasikan dengan Fruito–E, kombinasi ekstrak buah semulajadi yang diperkaya dengan nutrient dan vitamin bagi membantu menyuburkan, melembapkan dan melindungi rambut dan kulit lembut si manja. 

Syampu ini memberikan anda pelbagai pilihan wangian buah-buahan bagi memastikan si manja sentiasa berbau segar dan bersih sepanjang hari.  Carrie Junior yang bertindak membersih dengan lembut dan efektif ini sangat sesuai untuk kegunaan harian.


Diiktiraf HALAL, rangkaian Carrie Junior termasuklah Baby Bath, Baby Shampoo, Hair & Body Wash, Baby Powder, Baby Lotion and Baby Oil. Ia juga hadir bersama bau buah-buahan yang digemari kanak-kanak.


Tiada ulasan: