Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MASIH ADA MASA NAK SENANG MENANG WANG TUNAI POWER ROOT!


Sejumlah 77 pemenang bertuah berjaya membawa pulang hadiah bernilai RM55,900  melalui Peraduan Senang Jer Menang anjuran Power Root, sebuah syarikat tempatan  yang mengilang dan mengedarkan produk-produk minuman  tenaga herba,

Majlis penyampian hadiah disempurnakan dalam sebuah majlis sederhana baru-baru ini yang turut dihadiri Pengerusi syarikatnya, Dato' Afifuddin Bin Abdul Kadir (dua dari kanan) bersama duta produk, penyanyi dan pelakon Alif Satar (dua dari kiri) serta Pengarah Eksekutif See Thuan Po dan Pengurus Pemasaran Serantau, Sharon Teh.


Peraduan yang bermula pada 1 Mei, 2018 di seluruh negara masih berjalan dan tinggal 18 minggu  sehingga 31 Oktober, 2018.

Jadi kepada korang yang sukakan minuman jenama Power Root masih ada peluang untuk menjadi seperti 77 pemenang bertuah daripada kumpulan pertama tadi.



Menariknya cara untuk memenangi wang tunai ini juga menarik dan tidak perlu bersusah payah mengisi borang bagai. 

Dengar apa kata Dato Afifuddin: 

“Peraduan Senang Jer Menang adalah salah satu cara untuk berinteraksi dan memberi ganjaran kepada pelanggan kami. Kami tidak mahu menganjurkan pertandingan dimana pelanggan terpaksa mengisi borang penyertaan atau mengambil gambar dan ’tag’ gambar tersebut. Kami ingin memudahkan proses penyertaan supaya ia senang sahaja untuk menang dalam peraduan ini. Sehingga kini, kami telah menemui 77 pemenang bertuah di seluruh Semananjung (Malaysia) termasuk di Sabah & Sarawak. Kami menjangkakan beberapa ribu pemenang bertuah lagi yang bakal muncul dalam tempoh 4 bulan yang akan datang sehingga 31 Oktober, 2018."

Dato’ Afifuddin turut menambah: “Dengan kos sara hidup yang tinggi, ramai rakyat Malaysia merasai kesannya apabila perbelanjaan harian mereka semakin meningkat. Penurunan GST dari 6% kepada 0% sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan yang dihadapi. Sebagai sebuah syarikat tempatan, kami ingin turut serta membantu sedaya yang kami mampu. Melalui peraduan ini, ia akan menjadi satu bonus untuk pelanggan setia kami dan kami berharap ia juga dapat menarik pelanggan baru untuk membeli dan mencuba minuman produk kami.” 

Sebagai duta produk Alicafe apa pula kata Alif Satar?


Peraduan Senang Jer Menang memang sangat mudah untuk menang. Anda hanya perlu membeli mana-mana pek produk Alicafe, Alitea, Per’l atau Per’l Xlim dan cari Kad Gores yang mungkin berada di dalam pek. Jika anda menjumpai Kad Gores, anda telah menang! Goreskan Kad Gores untuk mengetahui hadiah yang telah dimenangi. Beribu-ribu hadiah telah disediakan, yang bernilai dari RM 100 sehingga RM 5,000. Tiada had pembelian untuk jumlah pek yang boleh dibeli dan anda pasti menikmati minuman ini bersama rakan-rakan dan keluarga.

Lanjutan itu Dato’ Afifuddin menyambung bahawa Power Root sangat gembira kerana para pemenang  sehingga kini adalah daripada pelbagai lapisan masyaratkat dan berbeza latar belakang. Beberapa orang pemenang telah berkongsi cerita mereka dengan Power Root.

Kita dengar apa pula antara komen pemenang:

1. Nur Ihtisyam binti Nor Mohamad, dari Selayang 

“Semasa membeli-belah, anak-anak menangis meminta membeli pek Alicafe Tongkat Ali & Ginseng Original. Saya pun belilah dan gores. Tak sangka dapat RM 5,000. Macam tak percaya. Terima kasih kepada Power Root, duit ini saya akan guna untuk perbelanjaan anak-anak dan simpanan masa depan mereka.”
 2. Nurul Hidaayah binti Din, dari Selangor menyifatkan kemenangan RM500 apabila membeli pek Per’l Café, sebagai satu rahmat yang datang pada waktu yang baik baginya. Beliau sudah lama berhajat untuk pulang ke halaman kampung dan memulakan perniagaan penternakan kambing. Beliau kini bersemangat dan boleh memulakan perjalanan keusahawanannya dengan memperoleh dua kambing sebagai permulaan perniagaannya.

3. Nurul Aini binti Marzuki (kanan)  dari Selangor baru habis berpantang dan keluar rumah membeli-belah buat pertama kalinya dengan ibu dan anak kecilnya. Beliau tidak jangka akan menang RM5,000 yang dijumpai di dalam pek Per’l Café. Nurul menyifatkan ia  rezeki dari ibunya yang ingin berkongsi membeli Per’l Café dan bayi kecil yang berusia 5 bulan sebagai tanda tuah baginya.

4. Sanik bin Sariman, dari Johor 

"Memenangi peraduan ini adalah satu rahmat yang sangat besar dan tidak sangka pembelian pek Alicafe Tongkat Ali & Ginseng White Coffee akan memberi kemenangan sebanyak RM5,000. Mak & ayah sudah uzur dan tidak sihat. Bila saya kerja di offshore, isteri saya terpaksa menjaga mereka dan perbelanjaan untuk kesihatan bukan murah. Alhamdullilah dengan duit ini saya boleh bagi kepada isteri saya sebagai duit perubatan untuk mereka. Terima kasih Power Root!”

5. Marzana Norazlinda binti Mohamad, dari Pahang berkata beliau dan suami memenangi hadiah berjumlah RM 100 dan RM 300 daripada peraduan Power Root ini. Katanya, suaminya yang mula-mula membeli pek Alicafe Tongkat Ali & Ginseng Lebih Pekat terkejut apabila menjumpai Kad Gores bernilai RM100 di dalam pek tersebut. Suami kemudian  menyuruh beliau membeli produk Per’l Café dan tanpa disangka di dalamnya terdapat kad gores benilai RM300.

6.  Mohd Azhar Bin Abdul Ghani dari Sabah, berasa amat terkejut kerana pek Alicafe Tongkat Ali & Ginseng Original yang dibelinya betul-betul membawa tuah baginya kerana beliau peminum tegar Alicafe. Beliau memberitahu disebabkan sifat kerjanya, beliau tidak boleh mengantuk dan perlukan tenaga semasa berkerja jadi pilihan kopi utamanya adalah Alicafe. 
“Saya amat bersyukur dengan kemenangan duit ini dan akan membuat perbelanjaan untuk anak-anak dan isteri.”

Jadi yang belum menang atau nak cuba nasib sekali lagi boleh sahaja membeli mana-mana produk Alicafe, Alitea, Per’l atau Per’l Xlim.

Jikalau pek mengandungi kad gores, anda telah menang! Peraduan “Senang Jer Menang!” ini yang akan berlangsung sehingga 31 Oktober, 2018.  Semua produk yang mengambil bahagian ada dijual di pasaraya-pasaraya utama, pasaraya-pasaraya besar dan kedai runcit bebas.

Untuk maklumat lanjut tentang Peraduan Senang Jer Menang, sila layari laman www.powerroot.com.my atau Facebook Alicafe, Facebook Per’l dan Facebook Powerroot. 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan