Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MAJLIS JAMUAN MALAM AMAL #TOUCHSOGO MERIAH!


Sebelum melanjutkan cerita Kak Fas terlebih dahulu nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada teman Kak Fas, Ikhsan Ismail  (pix bawah: berdiri, dua dari kanan), yang juga merupakan eksekutif perhubungan awam Sogo KL kerana tidak ketinggalan menjemput Kak Fas ke majlis jamuan malam amal Sogo Malaysia yang diadakan Jumaat lalu di Hotel Shangri-La Kuala Lumpur.

Jika tidak silap Kak Fas, ini kali kedua rasanya Kak Fas bersama teman media dan blogger yang sama hadir untuk meraikan majlis yang diberi judul 'Touch Sogo Charity & Business Partners' Appreciation Nite 2018'.



Majlis jamuan malam amal ini menyaksikan pihak pengurusan SOGO meraikan kejayaan setiap 'rakan niaga' nya dengan pemberian anugerah bagi lima kategori seperti Anugerah Emas (pencapaian jualan melebihi RM1j); Anugerah Platinum (lebih RM2j); Anugerah Berlian (lebih RM3j); Anugerah Berlian Super (lebih RM5j) dan Anugerah Berlian Biru Super yang mencapai jualan melebihi RM10 juta.

Pendekata, sejumlah 156 anugerah diberikan kepada setiap rakan niaga yang memperoleh jualan cemerlang pada setiap kategori berkenaan bagi tahun 2017/2018.



Antara tetamu kehurmat yang hadir bersama menyampaikan anugerah terdiri daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Datuk Liew Viu Keong.



Malam penuh gemilang turut menyaksikan pelancaran empat bag 'tote' rekaan empat personaliti terkenal seperti pereka fesyen Carven Ong serta para artis yang terdiri daripada penyanyi Hael Husaini, pelakon Siti Saleha dan Datin Elaine Daly yang turut menjadi pengacara majlis.

Mereka berempat mencipta rekaan bag bertemakan 'Voices From The Heart' yang akan dijual di pusat membeli-belah SOGO bermula 1 Ogos depan dengan harga RM20 setiap satu di mana semua hasil jualan akan dimasukkan ke dalam tabung Yayasan TOUCH SOGO di mana ia akan disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Selain itu, seperti kebiasaannya, majlis diserikan dengan persembahan fesyen rekaan Carven Ong berinspirasikan couture gaun pengantin serta rangkaian kasut dan bag tangan jenama Miss Suri Intansuri, Koleksi kasut-kasut berkenaan boleh didapati di SOGO.


Sementara itu, sudah tentu majlis tidak akan lengkap tanpa hiburan. Tetamu jemputan yang hadir pada awalnya telah dihiburkan dengan nyanyian Hael Husaini membawakan tiga lagu termasuk lagu popularnya, "Jampi" yang memenangi Lagu Terbaik AJL 2018.

Dan kemuncak malam berakhir dengan persembahan artis yang dibawa dari London, siapa lagi jika bukan 'Hang Tuah Malaysia" iaitu Stephen Rahman-Hughes. Namun kedatangannya yang begitu jauh cuma membawa lima buah lagu sahaja iatu "Uptown Funk", "Unchained Melody", "Everything", "Treasure"  dan lagu yang ditujukan buat Lembaga Pengarah SOGO dan pasukannya, "Simply The Best".. Rasa tak puas menyaksikan persembahan beliau sebab laju jer masa berlalu bila kaki dah mula goyang haha.

Di bawah ini Kak Fas tontonkan sedikit persembahan Stephen Rahman-Hughes ya.. sila klik dan layan....!!

Tiada ulasan: