Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FIESTA WARISAN BUGIS 'LINO MALOANG' DI KLANG 28 JULAI


Apakah anda seorang berketurunan Bugis?

Khabarnya, rumpun asal usul Kak Fas pun sebenarnya daripada bangsa Bugis melalui nenek moyang sebelah ayah.

Itulah yang pernah Kak Fas dengar daripada percakapan arwah ayah apabila berbicara mengenai jalur dan asal usulnya.

Kata arwah tok neneknya berasal Bugis daripada Acheh, Sumatera. Tetapi malangnya Kak Fas tidak berkesempatan untuk menyelidik jauh.

Apa yang Kak Fas tahu di sebelah keluarga emak, Kak Fas adalah cucu Dato Pangilima Kinta Che Tak iaitu Orang Besar Jajahan Kinta dengan gelaran Orang Kaya Kaya Dato Panglima Kinta Seri Amar Bangsa di Raja. 

Dato Pangilima Kinta adalah Orang Besar Delapan dalam sistem beRaja Negeri Perak.Itu darah sebelah bonda. Di sebelah ayah pula yang Kak Fas dengar mereka daripada jalur Dato Jenaton di mana Tan Sri Yusof Ishak, Presiden Singapura adalah sepupu Kak Fas dan berasal dari rumpun keluarga Jenaton.

Tetapi arwah ayah jarang bawa kami bertemu sebelah keluarganya memandangkan sebahagian daripada kehidupan Kak Fas sekeluarga berhijrah ke luar negara apabila arwah bertugas di Kedutaan Luar Negara. Jadi jarang berada di tanah air untuk mengenali sanak saudara dengan lebih dekat.

Oopps terlari topik lak Kak Fas ini...




Ok, kembali pada tajuk cerita... Kak Fas nak beritahu yang bermula pada 28 hingga 29 Julai ini, satu pesta besar-besaran yang dinamakan Fiesta Warisan Bugis Lino Maloang akan diadakan buat julung kalinya.

Anjuran Persatuan Melayu Bugis Selangor (PMBS) Daerah Klang dengan kerjasama  Kerajaan Negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Klang, fiesta akan berlangsung di Kompleks Sukan Pandamaran, Pelabuhan Klang, Selangor bermula jam 9 pagi hingga 10 malam. Ia juga turut mendapat sokongan dan penyertaan oleh komuniti Bugis di negeri lain, juga beberapa negara lain seperti Batam dan Singapura.

Fiesta ini dianjurkan atas kesedaran tidak ramai yang mengetahui tentang sejarah dan tradisi orang orang Bugis sebenarnya,  kecuali label ‘lanun’ yang dicanang turun-menurun oleh orang ramai kepada kaum Bugis huhu!




Bagi mengelakkan stigma ini terus melarat tanpa mengetahui sejarah asalnya, PBMS merasakan satu acara perlu diadakan bagi memperkenalkan tradisi dan budaya orang Bugis kepada semua. 

Jadi  dengan adanya fiesta berkenaan yang bakal dirasmikan oleh YB Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor, dapatlah orang ramai mengetahui asal usul dan budaya orang-orang Bugis di samping mengumpul dan merapakkan lagi silaturrahim golongan Bugis di Malaysia.

Dalam pada itu, korang mesti tertanya-tanya juga kan apa maksud "Lino Maloang" di hujung nama Fiesta tersebut?

Ia adalah perkataan Bugis yang  membawa maksud “DUNIA NAN LUAS”  sebagai simbol semangat kaum Bugis. 

Pemilihan perkataan itu  dirasakan bertepatan dengan peranan dan sumbangan serta budaya merantau orang-orang Bugis dari tanah asal mereka di Sulawesi yang merantau dan menetap ke hampir seluruh pelusuk Nusantara, dan juga beberapa negara lain di seluruh dunia.

Pelbagai acara menarik telah disusun sepanjang 2 hari tersebut, antaranya:


A. PERSEMBAHAN SENI TARI MELAYU & BUGIS:

 - Tarian 4 etnik ( Bugis, Makassar. Mandar & Toraja)
 - Tari Paduppa
 - Tari Indo Logo
 - Tari Pepe-pepeka Ri Makka (tari api)

B.PENCAK SILAT ALIRAN BUGIS
C. PERTANDINGAN BUSANA TRADISI BUGIS

D  KULINARI MASAKAN TRADISI BUGIS
E. PAMERAN SENJATA DAN BUSANA BUGIS

Acara turut diserikan dengan persembahan artis-artis tempatan seperti Gmie Screen, Bagio Damasutra dan Ali XPDC pada sebelah malam.

Orang ramai dijemput hadir ke fiesta berkenaan  dan mengenali sejarah Bugis dengan lebih lanjut sambil berhibur dan bersantai dengan aktiviti aktiviti yang diadakan.



Untuk keterangan lanjut mengenai acara ini, sila hubungi

Hajjah Noor Aini (BONDA): +6019-3131282
En Saleh Arshad: +6019-3073412
Email: im@hijrahnurain.org
FB: www.facebook.com/PMBSKLANG

Untuk sebarang urusan media bagi urusan jemputan dan sebagainya  boleh menghubungi
Amiruddin Karim – 013 2199103 dan Saiful Azmi Jamsari – 016 3171222.


Tiada ulasan: