Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BZU BZU LITTLE LADY, PRODUK PENJAGAAN KULIT KANAK2 PEREMPUAN BERSERI


SELALUNYA
menjaga kecantikan seringkali dikaitkan dengan golongan wanita  waima pelbagai jenama dan produk di pasaran memberikan pilihan kepada golongan Hawa itu untuk memilih mana yang sesuai.


Dan apabila bercakap tentang golongan kanak-kanak dalam usia di bawah 7 tahun, seringkali produk-produk penjagaan seperti set kelengkapan mandian termasuk losyen, bedak dan sebagainya menjadi keutamaan.


KAK Fas turut teruja dengan dekorasi majlis yang cantik.

Terbaharu, apabila diperkenalkan dengan jenama baharu dan unik bunyinya iaitu BZU BZU, khas untuk kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun, Kak Fas rasa terharu juga sambil bertanya dalam minda ‘oh kanak-kanak usia 4 tahun pun dah ada produk penjagaan kulit untuk mereka ya? Perlu kah mereka menggunakannya kelak rosak kulit yang dah sememangnya gebu dan halus? 


BZU BZU – berasal daripada perkataan Perancis ‘Bisou’ yang bermaksud ‘ciuman penuh kasih sayang’  rupanya merupakan satu jenama penjagaan keluarga dari Singapura, yang diasaskan pada 2019.


Ia dicipta  ketika pandemik dengan matlamat untuk menghasilkan  produk penjagaan kanak-kanak dan keluarga untuk setiap golongan usia menggunakan bahan-bahan semula jadi dan berkhasiat yang berkesan dan selamat digunakan pada kulit sensitif. 


Semenjak itu BZU BZU telah mengembangkan populariti dan keyakinan dalam kalangan ibu-ibu Malaysia, merangkul anugerah termasuk 2021 Supermom Awards untuk Penjagaan Kulit Terbaik untuk Bayi, memenangi dua kategori dalam anugerah 2021 BabyTalk Reader’s Choice Awards dan terkini, dianugerahkan sebagai Penjagaan Kulit Sensitif Bayi Terbaik daripada Motherhood Choice Awards 2022.


Bila hadir pada majlis pelancarannya yang berlangsung dan disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif BZU BZU, Raphael Jiang serta tetamu-tetamu jemputan khas daripada Watsons Malaysia, baharulah tahu adanya BZU BZU berkenaan.


Rangkaian penjagaan kulit ini terdiri daripada: 

  • Mousse Pembersih Wajah
  • Krim Wajah
  • Losyen Badan

Semuanya dirumus khas untuk menghasilkan kulit mulus dan berseri, formulasi selamat yang dilengkapi dengan bahan-bahan semula jadi dan diuji pakar dermatologi, terbukti lembut untuk kulit.


Menawarkan penyelesaian kepada semua keperluan penjagaan kulit dan berhasrat untuk mendidik tabiat penjagaan kulit yang sihat daripada usia muda, ia dihasilkan untuk kanak-kanak perempuan berusia 4 tahun dan ke atas, rangkaian penjagaan kulit Little Lady BZU BZU memperkasa setiap gadis kecil untuk mengambil langkah seterusnya untuk membesar dengan seri.


“Rangkaian produk penjagaan kulit BZU BZU Little Lady merupakan satu kejayaan besar yang telah kami capai kerana rangkaian ini memenuhi keperluan golongan usia yang sangat unik. Pihak kami seringkali melihat produk penjagaan kulit kanak-kanak bagi golongan kanak-kanak yang lebih berusia, jadi kami ingin menawarkan penyelesaian penjagaan kulit yang sesuai digunakan oleh kanak-kanak yang lebih muda," ujar Ketua Pegawai Eksekutif BZU BZU, Raphael Jiang pada majlis pelancaran BZU BZU Little Lady di The Greybox (GMBB) Kuala Lumpur baru-baru ini.


Dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi terpilih yang terbaik dan berkesan, tujuan rangkaian Little Lady adalah untuk memelihara kulit kanak-kanak dengan baik.


Proses kawalan kualiti yang terperinci memastikan bahawa produk akhir mencapai piawaian yang ditetapkan dan ibu bapa memperoleh produk terbaik yang mengandungi bahan-bahan semula jadi serta lembut dan selamat digunakan untuk anak-anak mereka.


"Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Watsons Malaysia atas kerjasama yang lancar bagi majlis pelancaran produk terbaru kami. Kerjasama ini dapat merealisasikan visi kami untuk menjadi kenyataan. Dengan rangkaian penjagaan kulit BZU BZU Little Lady yang tersedia di Watsons Malaysia bersama promosi menarik yang ditawarkan, kami percaya bahawa produk kami dapat menjangkaui lebih ramai pengguna pada masa hadapan," tambah Raphael.


Sementara itu, Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia memberitahu, memandangkan Watsons sedang memperluas pilihan produknya untuk memenuhi keperluan semua, ia memberikan peluang terbaik untuk Watsons dan BZU BZU membina kerjasama eksklusif dengan pelbagai rangkaian produk yang ditawarkan kepada para pelanggan.


"Watsons menyasarkan untuk memenuhi keperluan rakyat Malaysia daripada semua peringkat umur dengan menyediakan pilihan produk yang lebih banyak dan memenuhi keperluan setiap golongan usia dengan rangkaian penjagaan kulit Little Lady BZU BZU," ujar Caryn.




Pada majlis pelancaran yang berlangsung, BZU BZU turut menganjurkan pelbagai aktiviti sampingan serta pertandingan pertunjukan fesyen untuk kanak-kanak kecil bagi menonjolkan bakat mereka. 


Pertunjukan fesyen itu mempamerkan peserta-peserta berpakaian kostum ikan duyung, berjalan dengan anggun di pentas peragaan.


Lima peserta terbaik adalah Teh Yih Han, Aurelia, Somi, Nik Ufaira Maureen, dan Olivia


Setiap pemenang membawa pulang sebuah trofi dan hamper Little Lady manakala peserta lain diberi pingat dan hamper Little Lady sebagai cenderahati atas usaha dan penyertaan mereka.



Berikut khasiat dan info setiap produk BZU BZU:


Little Lady Facial Cleansing Mousse (100 ml):


Dirumus dengan Prebiotik, Mousse Pembersih Wajah ini ialah ejen pembersih semula jadi 100% yang menggalakkan kulit yang lebih sihat dan memulihkan penghalang semula jadi kulit. 


Mousse ini diperkaya dengan Vitamin B Kompleks yang berasal daripada Dedak Beras Jepun untuk membantu meredakan kulit dan mengandungi Gula Kompleks tambahan yang menjadikan kulit lebih lembut, licin serta dilindungi daripada ternyah hidrat. Secara keseluruhannya, buih pembersih wajah ini lembut dan berfungsi untuk menghilangkan kotoran dan sebum dengan berkesan untuk mencegah jerawat.




Little Lady Facial Cream (50ml):


Krim wajah ini dirumus dengan 95% bahan semulajadi dan berasaskan tumbuhan serta tidak berminyak. Ia mengandungi pelembab semula jadi dan tidak mengandungi bahan kimia kasar seperti Talc, Paraben, Silikon, Asbestos dan Formaldehid. 



Padat dengan Prebiotik dan Gula Kompleks bersama bahan-bahan lain yang memperkaya, formula ini membantu untuk menghidrat, melindungi dan memulihkan kulit.


Little Lady Body Lotion (120ml):


Losyen badan ini sesuai untuk kegunaan harian dan dilengkapi dengan Prebiotik, Vitamin B, Mentega Shea dan hidrolisis protein susu. Ia terhasil daripada formula ringan yang tidak berminyak dan mempunyai sensasi sejuk untuk melegakan ketidakselesaan kulit. 


Dengan memberi penekanan untuk menghasilkan produk terbaik melalui beberapa peringkat penyelidikan dan pembangunan, losyen ini dirumus untuk menguatkan mikrobiom kulit dan meningkatkan kesihatan serta tekstur kulit. Losyen ini juga menggalakkan tona kulit sekata, kaya dengan Vitamin A dan E yang melembabkan, melembutkan, dan melindungi kulit, serta meningkatkan keanjalan kulit dan mengurangkan keradangan.


Harga dan Ketersediaan:


Nikmati tawaran eksklusif hanya di Cawangan Watsons Malaysia terpilih

Untuk Semenanjung Malaysia, nikmati diskaun dari 3 Ogos 2023 hingga 4 September 2023

Untuk Malaysia Timur, nikmati diskaun dari 10 Ogos 2023 hingga 11 September 2023


Promosi Dalam Kedai:


Untuk promosi di Cawangan Watsons Malaysia terpilih, nikmati tawaran eksklusif berikut:


Little Lady Facial Cleansing Mousse (100 ml)-RM39.90

Harga Bukan Ahli – RM 37.90

Harga Ahli – RM 35.90

Little Lady Facial Cream (50 ml)-RM49.90

Harga Bukan Ahli – RM 46.90

Harga Ahli – RM 44.90

Little Lady Body Lotion (120 ml)-RM29.90

Harga Bukan Ahli – RM 28.90

Harga Ahli – RM 26.90


Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian penjagaan kulit Little Lady, lawati:

https://bzubzu.my/



#BZUBZU #LittleLady #BodyLotion #FacialCream #FacialCleansingMousse #Produk


Tiada ulasan:

Catat Ulasan