Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KONSERT #INIBARUBINTANG IMBAU NOSTALGIA, PENYERTAAN BAHARU BINTANG RTM DIBUKA!


SEJAJAR
dengan namanya Konsert #INIBARUBINTANG  benar-benar menepati pengisian  program pengenalan sempena kembalinya pertandingan  Bintang RTM musim baharu menjelang 2024.


Meriah, Rancak, Memukau! 


Begitulah. yang dapat disimpulkan di atas kejayaan penganjuran Konsert #INIBARUBINTANG yang diadakan di pentas Auditorium Seri Angkasa, Angkasapuri Kota Media baru-baru ini.


Lebih menarik, ia mencipta sejarah sebagai konsert pertama yang dilangsungkan di Auditorian Serii Angkasa, Kota Media  yang baharu dibuka kepada umum sekali gus menjadikan penonton serta Kak Fas yang hadir menyaksikan siaran langsung tersebut sebahagian daripada sejarah tercipta.



Malah bagi Kak Fas ia mengimbau nostalgia kala bertugas secara sambilan di RTM pada lewat tahun 70an sebagai Penolong Penerbit kepada beberapa program hiburan ketika itu yang berlangsung di Auditorium Angkasapuri lama.


Pada era itu Konsert Bintang RTM cukup popular apatah lagi ia melahirkan penyanyi-penyanyi yang unggul seperti  antaranya Allahyarham Dato Sudirman Hj Arshad (Bintang RTM 1976); Dato Jamal Abdillah (Bintang RTM 1979); Ramlah Ram (Bintang RTM 1985); Ayai Illusi (Bintang RTM 1986); Aqasha  (Bintang RTM 1999) Azharina Azhar (Bintang RTM 2001) dan ramai lagi.



Kini selepas lima tahun menyepi Bintang RTM dijangka kembali menghangatkan program realiti hiburan dan dengan Konsert pengenalan dinamakan #INIBARUBINTANG yang menghimpunkan Alumni Bintang RTM  bersama penyanyi-penyanyi lain dalam kategori Bintang Klasik, Golden Teen Search mahu pun Bintang HMI, ia sebuah pementasan yang amat nostalgik.


Bagi mengembalikan zaman kegemilangan Bintang RTM, konsert dihidangkan dengan persembahan lagu-lagu malar segar yang popular awal tahun 70-an.


Tirai dibuka dengan persembahan Rosaria (Bintang RTM 2016) dan Eryn Gani (Bintang RTM 2012) yang bersama menyampaikan lagu. berjudul  ‘Ready For It’ dan seterusnya oleh Safar Gafar selaku Naib Juara Bintang RTM 1983 yang pada ketika itu dimenangi oleh Juliza Adzlizan.



Mengambil alih pentas seterusnya membawa penonton ke persembahan lagu malar segar disampaikan oleh penyanyi lagu klasik Abdul Rahman yang tampil dengan lagu Umpan Jinak Di Air Tenang diikuti paduan suara Salamiah Hassan (finalis Bakat TV 1971 (finalis Bakat TV 1971)dan Haziq Rosebi (Bintang Klasik) menerusi lagu 'Berdebar-debar Rasa Hati'.


Haziq meneruskan persembahan dengan lagu yang menaikkan namanya di laman sosial ‘Lemak Manis’.


Dan seperti Haziq, lagu-lagu yang sentiasa bermain di bibir dan menaikkan nama penyanyinya termasuklah persembahan dari Ayai Ilusi, “Segalanya Ku Terima” serta medley oleh Ramlah Ram dengan dendangan “Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu” dan “Diam Diam Jatuh Cinta”.  



Menyusuri era lagu-lagu berentak balada tentunya mengimbau kenangan dan mengusik jiwa lagi.


Segmen seterusnya bergema dengan persembahan lagu-lagu single yang pernah menaikkan nama mereka di pentas hiburan dan lagu-lagu ini sentiasa didendangkan masih popular hingga kini. 


Persembahan medley daripada Azharina Azhar dengan lagu berjudul “Elergi Sepi”, “Aku Masih Setia” nyanyian daripada Dia Fadila  (Bintang Gala 2 1999), “Siapa Sangka Siapa Menduga” daripada Liza Hanim  (Golden Teen Search 1996) dan Datin Alyah mendendangkan lagu “Tak Mungkin Kerana Sayang”.  


Konsert diteruskan dengan segmen tribute buat bintang-bintang kelahiran RTM yang sudah tiada antaranya Siti Sarah, Dahlan Zainuddin dan ramai lagi  namun lirik dan lagu mereka sentiasa meniti di bibir pendengar dan diminati sehingga kini.



Antaranya lagu “Pelangi Petang” nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arshad didendangkan oleh Datuk Aznil Haji Nawawi


Seterusnya medley daripada Hafiz Zainal (Bintang RTM 2018) dan Hariz Fayahet (Bintang RTM 2018), dengan lagu “Kesetiaan” dan “Ku Teruskan” juga lagu “Nothing Compare To You” daripada Rosario.  



Penonton terus dihiburkan dengan persembahan duet daripada Aqasha dan Eryn Gani dengan lagu berjudul “Shallow OST – A Star Is Born”, Liza Hanim dan Azharina Azhar membawa lagu “When You Believe”, Dia Fadila dan Datin Alyah dengan lagu “Greatest Love Of All”. 




Konsert #INIBARUBINTANG turut menampilkan gandingan pengacara popular, Awal Ashaari (Pengacara Bintang RTM untuk musim baru nanti) dan Pak Nil.


Aznil  turut tidak melepaskan peluang menyampaikan lagu “Aku Cinta Padamu” dan “Aku Penghibur” oleh Jamal Abdillah mengakhiri konsert pada hujung minggu 30 Julai 2023 lalu. 


Sayangnya Jamal sekadar menyanyi sebuah lagu di penghujung rancangan sebelum barrisan artis keluar sekali lagi pada acara penutup.



Kenapa satu lagu je? 


Apa pun #INiBaruBintang memamg memuaskan  dan sehubungan itu juga RTM akan menganjurkan sesi uji bakat fizikal di seluruh negara. 


Mereka yang berminat dan berusia antara 15 hingga 25 tahun boleh menghantar penyertaan dalam talian sehingga 10 September depan dengan merakam video mendendangkan dua lagu kepada bintangrtm@rtm.gov.my.


Untuk rekod kali terakhir Bintang RTM dianjurkan adalah pada 2018, dengan menyaksikan penyanyi, Hariz Fahayet merangkul gelaran juara yang membawa pulang wang tunai RM20,000 serta trofi. 


Kak Fas: Khabarnya usahawan Ahmad Iqbal bakal menaja Bintang RTM 2024...jadi ke?


KELIHATAN Iqbal berbincang sesuatu dengan Suhaimi Sulaiman, Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia.

AUDITORIUM Seri Angkasa, Kota Media, RTM yang baharu.


#BintangRTM #JamalAbdillah #BakatTV #BintangKlasik #GoldenTeenSearch #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan