Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'KELAS KUIH MALAYSIA BERSAMA JAGUH KARTUN TV9' PUPUK SEMANGAT KEKITAAN!


SEMPENA
menyemarakkan lagi kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, Media Prima Berhad yang mengetengahkan tema 'Manis Pahit Bersama' memberi peluang kepada 10 penonton cilik bertuah berusia antara 6 hingga 12 tahun menyertai Kelas Kuih Malaysia Bersama Jaguh Kartun TV9.

Pendek kata, dalam memegang kuat kata pepatah, ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’. penganjuran ‘kelas masakan’ sedemikian dapat menyemai semangat kekitaan dalam diri  penonton cilik waima melalui program Kelas Kuih Malaysia Bersama Jaguh Kartun TV9, mereka mempelajari cara menyediakan hidangan aneka kuih muih. yang mewakili kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia. 


“Bersempena dengan bulan kebangsaan yang bakal tiba, Jaguh Kartun TV9 ingin membawa adik-adik belajar membuat kuih-muih tradisi Malaysia. Ia bertujuan memberi pendedahan kepada generasi baharu tentang aneka juadah dari pelbagai kaum Malaysia yang menjadi satu identiti dan keunikan yang tidak terdapat di negara lain.” ujar Pengurus Besar Pengurusan Program dan Penyiaran TV9, Khairunnisa Kamarulzaman ketika ditemui pada majlis masakan yang berlangsung di Sarang Cookery, Bukit Bintang, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Menurutnya, dengan perubahan arus kemodenan yang pantas, pengaruh makanan tradisi  semakin kurang dek pendedahan berbanding makanan barat yang lebih terjurus kepada "viral" atau "trendy" yang perlahan-lahan mengikis keaslian makanan tradisi  negara. 


“Justeru, keunikan makanan tradisi ini perlu diberi pendedahan yang optimum bagi memupuk semangat patriotisme atau semangat cintakan negara, serta tidak lupa tentang keaslian makanan tradisi kita,” tambah beliau.



Kelas Kuih Malaysia Bersama Jaguh Kartun TV9 yang berlangsung selama lima jam ini menyaksikan pelbagai kerenah adik-adik cilik yang amat teruja untuk belajar membuat kuih! 


Walaupun dipantau oleh cef berpengalaman yang sabar melayan kerenah adik-adik, mereka tidak gagal menunjukkan ragam mereka yang sangat menghiburkan malah mampu mengasah kemahiran kulinari mereka dalam membuat tiga jenis kuih tradisional iaitu kuih ketayap, kuih angku dan putu mayam


Tiga menu kuih muih ini melambangkan kepelbagaian kaum dan budaya di Malaysia



Keterujaan adik-adik ini dalam belajar dan mengenali kuih muih tradisi Malaysia bukan saja dapat memupuk minat mereka dalam bidang kulinari, malah ia juga boleh mengukuhkan jati diri kenegaraan dalam membina masyarakat madani.


Pemilihan peserta Kelas Kuih Malaysia Bersama Jaguh Kartun TV9 telah diadakan menerusi penghantaran rakaman video tidak melebihi 30 saat yang bermula dengan, "Saya ingin belajar buat kuih tradisi Malaysia sempena Hari Kebangsaan ini kerana...". 


TV9 telah menerima lebih daripada 40 penyertaan dalam tempoh peraduan yang berlangsung dari 1 Ogos hingga 12 Ogos 2023. 


Hanya 10 penonton cilik dalam lingkungan umur  6 hingga 12 tahun ini telah dipilih berdasarkan jawapan mereka yang memberangsangkan! 



#KelasKuihMalaysiaBersamaJaguhKartunTV9 #HariKebangsaan #HariMalaysia #fyp



Tiada ulasan:

Catat Ulasan