Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

WARGA BANGLA MAMPU JADI PERDANA MENTERI? APA KES?



KERAJAAN digesa mengambil tindakan proaktif  dan tegas terhadap lambakan perniagaan dikendalikan warga asing sehingga menjejaskan pendapatan peniaga tempatan khususnya di sekitar kaki lima pasar borong mahu pun di Cameron Highlands yang membekalkan sebahagian besar daripada produk sayur-sayuran.


Gesaan itu disuarakan Organisasai Penggerak Sosial & Minda (NAMBIKKAI) diketuai Presidennya, Dato Dr. Kalai Vanar (gambar atas, tengah) mewakili suara- beberapa badan bukan Kerajaan (NGO) Malaysia yang hadir pada pertemuan di Madras Cafe, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur baru-baru ini.


Antara wakil-wakil NGO yang hadir terdiri daripada pensyarah UIA, Dato Khalid Mohd Zain, Dato Haikel Shah, Dr. Kala Balan, dan ramai lagi.



‘Kami percaya bahawa undang-undang negara kita memberi ruang untuk warga asing tinggal di sini hanya untuk berkerja sahaja dan bukannya untuk membuat perniagaan di serata tempat dengan mengunakan konsep Ali Baba,” tegas Dr. Kalai  sambil berharap. pihak berkuasa tempatan seperti Dewan Bandaraya mahu pun Jabatan Imigresen mengambil langkah segera membendung isu tersebut agar jangan sampai ‘kera di hutan disusukan, anak dalam pangkuan mati kelaparan’.


Menurut Dr. Kalai agak menghairankan bagaimana PBT khususnya DBKL mengeluarkan lesen kepada premis-premis di Kuala Lumpur yang perniagaannya di monopoli oleh warga asing yang juga di percayai  menyalahgunakan  permit diberi. 


DBKL boleh mengunakan kuasa mereka mengikut Seksyen 101(1) (v) AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976 menutup serta merta premis dikendalikan perniagaan oleh warga asing. DBKL juga boleh berkuatkuasakan mereka yang melanggar syarat lesen mengikut Undang-Undang Kecil Perniagaan Tred Perniagaan & Perindustrian (WPKL) 2016 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976, “ tambah beliaiu.


Pihak Imigresen, jelasnya, sentiasa boleh menjalankan tugas mereka tanpa prejudis dengan mengunakan Akta Imigresen 1959/63 menangkap warga asing yang gagal kemukakan dokumen penegenalan diri. 



Beliau berpendapat warga asing yang terlibat dalam perniagaan dan penjajaan di negara ini perlu dikenakan tindakan tegas termasuk DIUSIR KELUAR daripada negara waima  pihak Imigresen meyenaraihitam mereka yang ditangkap atas kesalahan berkenaan. 


“Segala perniagaan yang di pakai guna nama warga tempatan tetapi perniagaan dijalankan oleh warga asing. Warga tempatan dipercayai mendapat pendapatan yang lumayan daripada warga asing yang pakai guna nama mereka sebagai pemegang berdaftar SSM dan juga PBT,” cerita Dr. Kalai.


Dalam suara yang lantang beliau meluahkan perasaan marahnya apabila ada warga Bangla mengeluarkan video yang viral baru-baru ini, memperlekehkan rakyat dan Kerajaan Malaysia dengan mengatakan bahawa dalam masa 30 tahun akan datang anak Bangla akan jadi Ahli Parlimen mahupun  jadi Perdana Menteri Malaysia


Khalid Mohd Zain turut memberikan pandangannya terhadap isu peniagawarga asing 


“Mereka mencabar kerajaan Malaysia yang kian lama memberi muka kepada mereka dalam segala bidang kuasa yang begitu longgar sehingga banyak perniagaan menjual barang-barang carpet, perabot, barangan elektronik,kedai-kedai telefon bimbit telah dengan leluasanya terdapat di sekitar Kuala Lumpur dan juga di seluruh Malaysia, “ ujar Dr Kalai.


Menyenaraikan beberapa tapak kawasan di mana kebanyakan warga asing seperti Bangla, Pakistan, Myanmar, India (Punjabi) dan Indonsia  berniaga adalah meliputi sekitar Petaling Street, Pudu Plaza, Brickfields, Jalan Masjid India, sekitar Chow Kit dan Jalan Ipoh.


“Malah di Cameron Highlands di mana puncanya hasil sumber sayur-sayuran diturunkan hampir kesemuanya dipelopori warga asing yang mengambil alih tanah-tanah yang dipajak oleh warga tempatan kepada mereka,” komen Dr. Kalai yang turut berharap rakyat tempatan tidak sewenang-wenangnya mencari jalan mudah dengan menyewa tapak kepada warga asing dan jangan sampai tanah air sendiri tergadai pada orang luar.



Rata-rata wakil badan NGO yang hadir sependapat ahli-ahli Parlimen sepatutnya bersatu menyuarakan satu rang undang-undang digubal segera ke atas individu yang berkahwin dengan warga asing dan mula mengunakan dokumen suami atau isteri warga tempatan membuka perniagaan di sini.


“Kami percaya mereka semuanya pandang remeh sahaja isu kebanjiran dan kelambakan warga asing yag berniaga dan menjaja di seluruh Malaysia. Dan atas kelalaian inilah yang mengakibatkan warga asing Bangla berani bersuara bahawa mereka akan jadi Ahli Parlimen atau Perdana Menteri Malaysia dalam masa 30 tahun akan datang.


Sehubungan isu yang mencabar ekonomi rakyat Malaysia itu, Dr. Kalai memaklumkan akan mengemukakan satu Memorandum Khas dalam masa  terdekat kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur, dan juga Perdana Menteri Malaysia serta Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia agar tindakan tegas perlu segera diaktifkan supaya tidak lagi timbul keadaan seperti peribahasa, ‘Gajah Di Depan Mata Tak Nampak, Kuman Di Seberang Lautan Nampak’.



Untuk maklumat, terdahulu, satu laporan akbar (BH Online) pada bulan Jun lalu memetik penjaja dan peniaga Bumiputera sekitar ibu kota melahirkam rasa lega mendengar komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mengambil tindakan terhadap isu warga asing yang mengambil kesempatan peluang perniagaan di beberapa lokasi strategik, termasuk menarik balik lesen yang disalah guna.


Janji Perdana Menteri itu  disuarakan ketika pertemuan bersama peniaga dan penjaja di Pusat Penjaja MADANI, di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 15 Jun 2023.


THROWBACK.. Laporan dalam BH online 15 Jun 2023.


Pendek kata, isu warga asing yang bermaharajalela mengaut keuntungan sehingga menjeskan peniaga tempatan yang mempunyai lesen sah dilaporkan sudah bertahun-tahun menjadi topik hangat dan luahan daripada beberapa NGO tempatan.


Mungkinkah dengan gesaan terbaharu daripada Dr. Kalai dan rakan-rakan NGO lainnya ini akan membanteras sekali gus isu ini atau masih tenggelam timbul dari masa ke semasa apatah lagi tiada ketegasan diambil bagi benar-benar menyedarkan wanga asing terbabit bahawa Malaysia pandang serius masalah terbabit.


Persoalannya, apabila Kerajaan mengambil langkah melonggarkan permohonan visa pelancong dengan tujuan mensasarkan 16.1 juta pelancong melawat Malaysia malah angka itu dijangka mencecah sekurang-kurangnyya 18 juta pengunjung menjelang akhir tahun, mampukah isu warga asing berniaga ini diselesaikan atau pun akan menambahkan lagi bilangan tersedia?


Kita tunggu hasil Memorandum yang akan dikemukakan Dr. Kalai dan para sahabatnya apa kah  permasalahan ini akan terus berkubur atau menjadi isu yang akan sentiasa bangkit saban tahun?



#IsuWargaAsingBerniaga #NAMBIKKAI #PerdanaMeneri #AhliParlimen #DBKL #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan