Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'WARDROBE' PERKENAL 12 REKAAN SUT PENGANTIN LELAKI IKUT TEMA



BULAN
Disember sudah menghampiri dan lazimnya pada bulan ini jugalah ramai yang mengambil kesempatan musim cuti tahun akhir untuk mengikat tali perkahwinan.


Sekiranya ada lagi bakal pengantin khuusnya kaum lelaki yang masih buntu hendak memilih suit pengantin bagaimana yang sesuai tema perkahwinan idaman, apa kata cuba berhubung dengan jenama bertaraf dunia. “Wardrobe”.


Jangan salah faham sebab apabila  diterjemahkan ia bermaksud ‘almari pakaian’ dalam  Bahasa Melayu pula ya.


‘Wardrobe’ adalah kesinambungan kepada sejarah penubuhan ‘Spark Man Shop’ oleh tiga rakan kongsi - JJ Lim, AF Chai dan KC Phuan yang belajar reka bentuk dan jahitan pakaian lelaki di Akademi Tukang Jahit & Pemotong London pada tahun 1972 dan di  Kolej Fesyen London dua tahun kemudian. 




Mereka juga menjalani latihan amali jahitan di rumah jahitan ternama di Savile Row, London.


Sekembalinya ke Malaysia pada tahun 1978, mereka menubuhkan Spark Manshop melalui usaha dan dedikasi semata-mata. 


Spark Manshop menjadi nama terkenal dalam industri jahitan Malaysia menjelang akhir abad kedua puluh namun pada tahun 1996, mereka menjual Spark Manshop kepada pengurusan baharu.


Lama kelamaan, mereka memutuskan untuk memulakan semula dengan jenama baharu, WARDROBE pada tahun 2001.


Begitu serba ringkas sejarah WARDROBE ya..


Bila mendengar  nama ‘Spark ManShop’ dari Ketua Pegawai Eksekutif Wardrobe, Lim Fang Heng dalam temubual bersamanya, barulah ia mengingatkan kembali ingatan Kak Fas pada ‘Spark ManShop’ yang merupakan kedai favourite suami jika mahu menempah sut atau kemeja.



“Di Wardrobe kami mempunyai kepakaran bertahun-tahun dalam membuat sut untuk pelanggan elit, termasuk Kerabat DiRaja, ahli politik, selebriti dan tokoh berpengaruh. Terkini kami menumpukan kepada sut perkahwinan pelbagai tema baik perkahwinan di tepian pantai, taman, formal dan sebagainya.” ujar Lim Fang Heng ketika ditemui pada majlis pelancaran 12 sut perkahwinan pelbagai tema di butik Wardrobe bertempat di Bangsar, Kuala Lumpur,  baru-baru ini.


Turut hadir memeriahkan majlis beberapa selebriti jemputan antaranya Azrel Ismail, Ali Reza Kavoosi serta Dr. Mohammad Che Hafiz Che Ibrahim.


KAK Fas bersama dari kiri: Azrel, Lim dan Dr. Mohammad.


Berkongsi lanjut, Lim Fang Heng memberitahu, koleksi 12 sut yang direka termasuk tuxedo dibuat dengan penuh ketelitian menggunakan fabrik berkuaiiti tinggi  dalam rona warna menawan mengikut tema perkahwinan.


“Kami ingin memberikan bakal pengantin itu rasa kepuasan apatah lagi ia dijahit mengikut ukuran badan (custom made) agar nampak bergaya  dan segak pada hari berbahagia mereka berbanding membeli jenis ‘ready to wear’ yang kadangkala tidak sepadan dengan bentuk tubuh,” tambah Lim.



Bermula pada harga RM2,500 untuk sepasang sut (termasuk seluar) menariknya pelanggan boleh memilih cara pembayaran samada sekali gus atau pun ansuran selama 12 bulan tanpa faedah.


“Kami memudahkan bakal pengantin membuat pilihan samada beli secara tunai atau ansuran,” ujar Lim sebagai cara meringankan kewangan yang banyak diperlukan untuik persiapan perkahwinan.


Wardrobe bukan sahaja menjadi pilihan pelanggan yang mahukan sut yang berkualiti dan eksklusif di Malaysia malah mendapat tempahan daripada pelanggan dari negara jiran seperti  Singapura, Australia mahu pun sejauh Amerika Syarikat dan United Kingdom.



“Jenama kami adalah gabungan fesyen klasik tetapi mengikut trend moden yang memberikan kehidupan dan keselesaan tersendiri ke dalam setiap ciptaan agung untuk lelaki urban masa kini,” jelas Lim sambil memaklumkan pernah membuat sut untuk figura terkenal antaranya seperti selebriti terkenal kelahiran England, Idrissa Akuna Elba atau Idris Elba ketika beliau menghadiri sebuah majlis di Malaysia beberapa tahun. lalu.


Selain itu, sut jenama ini turut ditempah seorang lagi pelakon dan pengacara popular, kacukan British-Malaysia, Henry Golding untuk lakonannya dalam filem ‘Crazy Rich Asian’ diisamping Tan Sri Michele Yeoh.


Jadi jika anda mahu bergaya seperti selebriti-selebriti ternama berkenaan apa kata pada hari perkahwinan nanti tempah sut anda daripada ‘Wardrobe’. 



Boleh terus hadir ke butiknya teletak di No. 51 Jalan Maarof, Bangsar atau layari laman sosial ‘Wardrobe’ 


“Perancangan selepas ini kami akan membuka cawangan di TRX pada hujung November 2023 nanti manakala bagi mereka yang tinggal di kawasan Putrajaya boleh ke outlet kami di IOI Mall, Putrajaya,” ujar Lim sambil memaklumkah Wardrobe juga sering membuka gerai di Pameran Perkahwinan yang diadakan di beberapa tempat seluruh negeri sebagai salah satu cara mendekati mereka yang jauh.



#Wardrobe #TukangJahit #BajuPengantinLelaki #Perkahwinan #Fesyen #fyp 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan