Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KUMPULAN JAKEL, ARIANI SUMBANG DANA SOKONG & BANTU RAKYAT PALESTIN!


PRIHATIN
dengan kesengsaraan yang menimpa bumi rakyat Palestin, Kumpulan Jakel dan Ariani meluahkan sokongan mereka dengan menghulurkan sumbangan berjumlah RM500,000 kepada Tabung Viva Palestina, Malaysia.


RM300,000 disumbangkan oleh Jakel Tekstil manakala jenama tudung Ariani menambah RM200,000 menjadikan keseluruhannya RM500,000.


Sumbangan tersebut disampaikan  Pengarah Urusn Kumpulan Jakel, Datuk Seri Mohamed Feroz bin Mohamed Jakel (gambar atas, kanan) kepada Pengasas Viva Palestina Malaysia, Puan Sri Norma Hakim  dalam satu majlis ringkas yang diadakan baru-baru ini.


"Inisiatif ini adalah satu pernyataan kebersamaan dan solidariti kami untuk saudara kami di Gaza,” ujar Mohamed Faroz.


Dalam suatu usaha kolektif melalui Kerajaan Malaysia, Kumpulan Jakel turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM3 juta kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) yang dikendalikan oleh Kementerian Luar


KUMPULAN Jakel turut menghulurkan sumbangan berjumlah RM3 juta kepada Tabung Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).


“Langkah  ini bukan sahaja mencerminkan sokongan berterusan kami kepada usaha kemanusiaan di Palestin tetapi juga berfungsi sebagai peringatan mendalam bahawa komitmen Malaysia terhadap perjuangan Palestin tetap kukuh dan tidak berbelah bagi,” tambah Mohamed Feroz.


Perang Palestin-Israel, yang telah menyebabkan keadaan semakin mendesak dengan serangan Israel ke atas kemudahan awam seperti hospital, sekolah, masjid, dan gereja, melanggar undang-undang peperangan antarabangsa. 


Banyak nyawa telah terkorban syahid dan cedera, dan dengan hospital yang dibom, bantuan perubatan juga menjadi sukar.


Dalam menghadapi tragedi tersebut, situasi di Gaza telah mengundang perhatian antarabangsa. 


Sehubungan itu, banyak negara  tampil untuk membantu rakyat Palestin yang menghadapi kesukaran bekalan asas seperti air, elektrik, makanan, dan perubatan demi membantu ringkankan bebanan rakyat Gaza pada waktu sukar ini.


PENGARAH Pemasaran Ariani, Datin Seri Farah Haryani Muhammad Philip (kanan) menyampaikan sumbangan kepada Norma Hakim.


#PerangIsraelPalestin #Bantuan #KumpulanJakel #Ariani #AAKRP #Gaza #Derma

Tiada ulasan:

Catat Ulasan