HIASAN PERKAMPUNGAN KRISMAS EROPAH SERIKAN PENGUNJUNG BERBELANJA DI SURIA KLCC!
Ho! Ho! Hi! Krismas datang lagi... cepat je dah nak hujung tahun kan?
Apa pun seperti biasa, SURIA KLCC, Alamanda Putrajaya, dan Mesra Mall membawa keceriaan Krismas tahun ini dengan dekorasi dan aktiviti bertemakan Perkampungan Krismas Eropah.
Dari 22 November hingga 25 Disember 2024, pelbagai acara menarik dan ganjaran eksklusif menanti para pengunjung.
Jadi dengan tema perkampungan Krismas Eropah tu bolehlah anda bayangkan seolah-olah berada di Eropah ya. Yang pasti ia turut mengembalikan nostalgia kepada Kak Fas yang pernah tinggal di London selama empat tahun sehingga bersekolah menengah di sana dahulu.
Dengan salji yang bertaburan Krismas yang disambut dalam suasana sejuk dan sepi cukup indah apa tah lagi dekorasi menariknya di Kota Londan.
Kini nostalgia itu hidup kembali apabila menyaksikan dekorasi cantik yang dibina di tengah-tengah ruang Centre Court Suria KLCC.
Lebih menarik dengan tersergamnya Pokok Krismas setinggi 100 kaki di Esplanade KLCC dihias dengan lampu dan perhiasan mewah, ia menambahkan lagi kemeriahan Krismas di Kuala Lumpur berlatarbelakangkan bangunan Berkembar Petronas yang ikonik.
Jadi jom bermula pada 22 November hingga 25 Disember 2024, apabila berkunjung ke Suria KLCC, pengunjung tentu sekali tidak mahu melepaskan peluang bergambar di Ruang Centre Court yang dihiasi dengan pondok-pondok kayu tradisional Eropah di sepanjang “laluan batu buntar,” lengkap dengan pokok-pokok Krismas dan lampu kelipan.
Sudah tentu Santa Klaus akan berada menyambut kedatangan anda dengan pemberian gula-gula kepada kanak-kanak.
Selain itu pengunjung boleh menerokai ruang 'Florist' hiasan Krismas pada hari Sabtu secara percuma dengan membuat dekorasi pada bunga 'mistletoe' manakala bengkel menghiasi DIY Donot boleh dilakukan pada hari Ahad untuk mencipta hidangan Krismas yang cantik.
Pengunjung boleh juga menerokai kedai cenderamata di sekitar untuk memilih hadiah kepada yang tersayang dan photobooth turut disediakan dengan
cetakan poskad percuma dan versi digital untuk dikongsi.
Antara aktiviti lain selain bertemu Santa Claus pada setiap Sabtu dan Hari Krismas, pengungung akan dihiburkan dengan nyayian atau 'carol' lagu Krismas setiap Ahad dan Hari Krismas mahu pun menyaksikan persembahan tarian Krismas pada Hari Khamis sahaja.
Seperti biasa pengunjung yang berbelanja RM2,500 ke atas dalam dua resit berhak menerima e-baucar bernilai RM100 manakala 50 pembeli pertama yang membeli e-baucar RM1,000 akan mendapat tambahan RM100 e-baucar.
Macam-macam kan ganjarannya, jadi jika masih belum membeli keperluan untuk menyambut Krisma eloklah berbelanja di Suria KLCC dan dapatkan imbuhan yang disediakan.
Alamanda Putrajaya (22 November 2024 – 1 Januari 2025)
• Dekorasi Perkampungan Krismas Eropah: Pondok kayu, pokok Krismas dengan lampu dan hiasan berkilauan di Centre Court.
• Hiburan Hujung Minggu: Tarian, persembahan band, pertunjukan silap mata, dan aktiviti khas untuk kanak-kanak, termasuk menghias kek cawan dan mewarna bertema Krismas.
• Santa Claus & Tempat Bergambar: Bertemu Santa pada Hari Krismas bersama ukiran belon percuma.
• Ganjaran Pembeli:
• Belanja RM500 ke atas untuk e-baucar RM30.
• Belanja RM1,500 ke atas untuk e-baucar RM80.
• Kempen Amal: Penjualan Alamanda Ribbon Pin bernilai RM10 dengan hasil disalurkan kepada NGO kesihatan mental. Pembeli pin pada Hari Krismas akan mendapat aiskrim percuma.
Mesra Mall, Kemaman (5 – 31 Disember 2024)
• Dekorasi Perkampungan Krismas: Hiasan bertema dengan aktiviti menarik sepanjang bulan.
• Aktiviti Keluarga:
• Bengkel Topi Santa (14 Disember).
• Pertandingan Kostum Watak Dongeng (21 Disember).
• Bengkel Sains VIKids (25 – 29 Disember) untuk kanak-kanak dengan hadiah Kit Eksperimen Sains.
• Ganjaran Pembeli:
• Belanja RM350 ke atas untuk menerima Periuk Labu 8L eksklusif.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi laman web atau Facebook rasmi Suria KLCC, Alamanda, dan Mesra Mall.
Selamat Hari Krismas pada yang menyambutnya ya!
Merry Krismas!
#SuriaKLCC #PerkampunganKrismasEropah #PokokKrismasTertinggi #VKids #fyp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan