Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FFM33 JULANG FILEM TEMPATAN KE PERINGKAT ANTARABANGSA


ANUGERAH Festival Filem Malaysia yang bakal berlangsung pada 7 Disember 2024 ini di Kota Media, RTM  menerima 104 penyertaan dengan 95 pencalonan layak bertanding.


Bertemakan 'EMAS - Evolusi Sinema Malaysia', majlis pelancaran FFM33 di Studio Sound Stage FINAS yang disempurnakan oleh Menteri Komunkasi, Fahmi Fadzil baru-baru ini turut mengumumkan lima calon terakhir setiap 27 kategori yang bertanding.


Turut hadir adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Infrastruktur Telekomunikasi), Mano Verabathran, Pengerusi Finas, Datuk Kamil Othman, Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Datuk Azmir Saifuddin Mutalib; Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Suhaimi Sulaiman; Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Arul Rajoo Durar Raj dan Presiden Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM), Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin.



Melalui ucapan perasmiannya Fahmi Fadzil berkata, FFM setanding dengan Festival Filem Antarabangsa lain dan mampu menjana banyak sokongan penajaan, pelaburan, pembiayaan dan dikomersialkan dengan kerjasama pihak swasta di peringkat domestik dan antarabangsa.


Sebanyak enam (6) kategori anugerah yang tidak dipertandingkan untuk siri Festival FIlem Malaysia ke-33 kali ini, 


Kategori-kategori yang tidak dipertandingkan adalah seperti berikut:


Anugerah Khas Sepanjang Zaman

Anugerah Khas Karyawan

Anugerah Khas Juri (1)

Anugerah Khas Juri (2)

Anugerah Khas Juri (3)

Filem Box Office


Kategori-kategori yang dipertandingkan adalah seperti berikut:


Filem Terbaik

Pengarah Terbaik

Pengarah Harapan

Pelakon Lelaki Terbaik

Pelakon Wanita Terbaik

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik

Pelakon Kanak-Kanak Terbaik

Pelakon Lelaki Harapan

Pelakon Wanita Harapan

Lakon Layar Terbaik

Cerita Asal Terbaik

Sinematografi Terbaik

Penyunting Terbaik

Skor Muzik Asal Terbaik

Penataan Seni Terbaik

Penataan Bunyi Terbaik

Lagu Tema Terbaik

Rekaan Busana / Kostum Terbaik

Kesan Khas Visual Terbaik

Tatarias / Solekan Terbaik

Poster Terbaik

Dokumentari Terbaik

Filem Pendek Terbaik



Kategori baharu yang dipertandingkan pada tahun ini adalah Dokumentari Terbaik yang mana kali terakhir Dokumentari Terbaik dipertandingkan adalah pada FFM28 pada tahun 2016. 


Pemenang bagi kategori ini adalah Dosfellas Sdn Bhd dengan tajuk dokumentari ‘Boat People”.


Pemenang 27 kategori bakal menerima wang tunai RM5,000 dan trofi manakala pemenang Anugerah Khas bakal menerima RM10,000 dan trofi melainkan Anugerah Filem Terbaik yang akan turut menerima insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM500,000.



Nak tahu filem mana yang dinobatkan sebagai Filem Terbaik? Jangan lupa saksikan siarannya di TV2 RTM, jam 9.00 malam pada 7 Disember nanti ya.


Untuk maklumat lanjut layari laman rasmi FFM33 di ffm.finas.my. kerana di situ juga disertakan filem-filem bertanding yang boleh disaksikan secara percuma di pawagam mulai 330 November hingga 6 Disember 2024 ini. - Oleh CT Dimiati.



#FFM33 #FilemTerbaik #FahmiFadzil #RTM2 #FINAS #AnugerahKhas #DKK #fyp



Tiada ulasan:

Catat Ulasan