Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FITFEST RAIH KEJAYAAN GEMILANG, SATUKAN KECERGASAN, BUDAYA DAN AMAL!



ACARA kecergasan inovatif, FitFest 2024 yang diadakan buat kali pertama di Starxpo Centre, Tingkat 15, KWC Fashion Mall,  baru-baru ini mencatat kejayaan luar biasa apabila berjaya menarik lebih 700 peserta yang bersemangat. 

Diianjurkan oleh Persatuan Wanita Antarabangsa Kuala Lumpur (IWAKL) dengan kerjasama Anita Entertainment, FitFest 2024 yang  dirasmikan oleh Prof. Datuk Azlie Halim, Timbalan Presiden Persatuan Pembangunan Pelancongan Antarabangsa Malaysia bertujuan memperkenalkan pelbagai gaya kecergasan yang kini popular dalam kalangan masyarakat, antaranya:

Zumba

Bollywood

KPop

FitHop

Piloxing

Mvibes

Pound

Poco Poco


Peserta yang terlibat aktif dalam sesi-sesi tarian kecergasan yang menarik dan menyeronokkan, menjadikan ia pengalaman interaktif yang sukar dilupakan.



Persembahan Budaya Jadi Sorotan:


FitFest 2024 turut dimeriahkan dengan persembahan istimewa daripada Silat Gayung Fatani Malaysia dan kumpulan Rhythms Afrika daripada komuniti Afrika yang memaparkan kepelbagaian budaya yang unik, menambah warna kepada acara kecergasan ini.



Kerjasama Unik dengan Komuniti Motosikal:


Salah satu elemen menarik FitFest 2024 ialah penyertaan penunggang motosikal dari seluruh negara, yang turut memeriahkan sesi tarian meskipun hujan turun seketika. 



Gabungan ini mencerminkan keunikan acara yang menghubungkan budaya kecergasan dengan komuniti motosikal.


Kehadiran Selebriti dan Fokus Kepada Amal


Selebriti tempatan seperti Yanzen turut hadir untuk memeriahkan acara, bergabung dengan peserta dalam suasana penuh energi. 



Lebih bermakna, FitFest 2024 menawarkan penyertaan percuma kepada semua dan hasil daripada acara ini disalurkan kepada:


Projek Air Bersih Orang Asli

Sekolah Bersepadu Wisdom Path untuk pelarian yang kurang bernasib baik.


Penanda Aras Baru untuk Acara Kecergasan:


FitFest 2024 membuktikan bahawa kecergasan boleh digabungkan dengan usaha filantropi dan kepelbagaian budaya. 



"Kami berharap kejayaan ini dapat dijadikan inspirasi untuk menganjurkan lebih banyak acara yang menghubungkan komuniti sambil menyumbang kepada tujuan mulia," ujar Anita Yusof selaku Pengarah Uruan Anita Entertainment yang terkenal dengan aktiviti lasaknya bersama Anita Bikers.



Menurut beliau, acara ini sekali lagi mengukuhkan semangat perpaduan dan memberi impak positif kepada masyarakat, meletakkan FitFest 2024 sebagai penanda aras baharu untuk acara kecergasan di Malaysia. 



#FitFest2024 #AnitaEntertainment #IWAKL #Cergas #KWCFashionMall #fyp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan