Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CARTA MUZIK K-POP DI 8TV SETIAP JUMAAT

BIG BANG

Berita baik untuk peminat K-Pop semua! Carta muzik K-Pop M COUNTDOWN kini akan mula bersiaran di saluran hip 8TV!
Anda berpeluang untuk menyaksikan bintang-bintang K-Pop kegemaran anda menggegarkan pentas M COUNTDOWN.
Tidak dinafikan seluruh dunia sedang dilanda demam K-Pop. Big Bang, Super Junior, 2NE1, Girls Generation, FT Island, Sistar, Kara dan ramai lagi artis K-Pop ternyata mempunyai jutaan peminat fanatik di seluruh dunia, waima 8TV akan membawakan bintang-bintang K-Pop ini menerusi rancangan  M COUNTDOWN  yang akan disiarkan setiap Jumaat, jam 11.45 malam. juga boleh ditonton menerusi saluran Astro 708.

M COUNTDOWN merupakan sebuah carta muzik yang cukup dikenali di seluruh dunia. Disiarkan setiap minggu, rancangan ini akan membawa kita mengikuti carta lagu-lagu popular dari Korea. Pemilihan lagu paling popular ini dibuat berdasarkan beberapa aspek antaranya menerusi penjualan album, muat turun, undian penonton secara global dan undian dari juri professional. Segmen yang paling dinanti-nantikan semestinya persembahan bertenaga dari artis-artis K-Pop kesayangan anda!  
Vokalis dari band popular FT Island, Lee Hong Ki dipilih sebagai pengacara untuk musim terbaru ini.  Hong Ki tidak akan keseorangan tetapi akan ditemani artis-artis popular sebagai pengacara jemputan dalam beberapa episod M COUNTDOWN.
  
Menurut Cik Airin Zainul, Pengurus Besar Kumpulan 8TV dan ntv7, fenomena K-Pop yang melanda dunia sememangnya memberi impak yang besar dalam industri hiburan global.
“Sebagai sebuah stesen televisyen, kami perlu peka dengan keadaan semasa dan yang paling penting memastikan program yang disiarkan memenuhi selera penonton.
“8TV cukup teruja untuk menyiarkan program carta K-Pop ini kepada anda! Saya pasti ramai peminat K-Pop di luar sana tidak sabar untuk menonton siaran M COUNTDOWN ini. Kami pasti program ini bakal mendapat sambutan hangat dari khalayak khususnya penggemar muzik K-Pop!” ujar Airin.

Tiada ulasan: