Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PSY 'GANGNAM STYLE', USTAZ AZHAR CARIAN TERHANGAT GOOGLE

PSY - "Gangnam Style" mencipta fenomena tersendiri.
Lagu hit global nyanyaian Psy iaitu 'Gangnam Style' menduduki carian kedua terhangat melalui kajian dilakukan Google pada tahun ini.

Tempat pertama di peroleh SAPS (Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah) diikuti Proton Preve, laman media sosial berasaskan imej 9GAG dan laman beli-belah fesyen dalam talian, Zalora melengkapkan lima terma carian paling hangat 2012.

Jurucakap Google, Zeffri Yusof berkata, "Google sering menjadi tempat pertama bagi rakyat Malaysia mengikuti sukan kegemaran mereka, mengetahui berita terkini atau menemui perkara-perkara baru dan orang. Seperti biasa, Zeitgeist akhir tahun ini adalah barometer budaya yang memberikan kita gambaran sebenar peristiwa-peristiwa besar, detik-detik kenangan dan trend yang semakin mengingkat di Malaysia bagi tahun 2012."

Mengikut kategori berikut yang paling hangat dicari:

APAKAH :

"Gangnam Style" bukan hanya sebuah video yang paling banyak ditonton di YouTube tetapi ia juga menimbulkan rasa ingin tahu rakyat Malaysia seperti yang dibuktikan oleh lagu hangat itu apabila ia berada di kedudukan teratas bagi senarai carian 'Apakah'.

PERSONALITI:

Kematian Whitney Houston pada bulan Februari menjadikan mendiang personaliti yang paling dicari bagi tahun 2012 di Malaysia mengatasi bintang bola keranjang Jeremy Lin. Tempatan, kita memberi perhatian kepada penyanyi bersuara lunak Shila Amzah yang telah menjuarai pertandingan Asian Wave di Shanghai dan penyanyi Izwan Pilus yang meninggal dunia akibat jangkitan darah pada bulan Januari lalu.

DESTINASI PERJALANAN:

Ia mungkin hanya dibuka pada bulan September lalu tetapi Legoland Malaysia di Johor telah menjadi destinasi yang paling dicari oleh rakyat Malaysia untuk dikunjungi diikuti Sunway Lagoon, Langkawi, Cameron Highlands dan Melaka. Hanya Universal Studios Singapura dan pulau itu sendiri yang berada di dalam senarai carian destinasi luar negara.

SUKAN:

Pasukan kegemaran yang kebanyakannya dicari adalah berkaitan bola sepak antarabangsa dan Kelab Liga Perdana Inggeris, Arsenal berada di tempat teratas senarai carian menewaskan pasukan pilihan tradisi Manchester United dan Liverpool. Tempatan, Kelantan turut membuat penampilan di dalam senarai 10 terhangat.

CARIAN DI TELEFON BIMBIT (PERSONALITI):

Bagi kategori baru ini mendapati carian tertinggi menggunakan telefon bimbit melalui 'on the go' ialah pendakwah selebriti Ustaz Azhar Idrus diikuti idola remaja Justin Beiber dan Taylor Swift, mengetahui pelancaran model-moel kereta baru melalui blog Paul Tan dan mencari maklumat terkini tentang tokoh politik Anwar Ibrahim.

Keseluruhannya Carian 'GLOBAL'  `Terhanga :

1. Whitney Houston
2. Gangnam Style
3. Hurricane Sandy
4, iPad 3
5. Diablo 3
6. Kate Middleton
7. Olympics 2012
8. Amanda Todd
9. Michael Clarke Duncan
10. BBB12.

Untuk mengetahui maklumat lanjut tentang Google Zietgeist, menggunakan data penggambaran interaktif dan menonton video tahunannya, layari http:/www.google.com/zeitgeist/2012/.


Tiada ulasan: