Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KONSERT YO YO HONEY SINGH 22 DISEMBER

DATO Malek Redzuan (tengah) bersama Rohit (empat dari kanan) dan kumpulan yang akan bersama Yo Yo Honey Singh pada sidang media  di Restoran Moghul, Menaea KL baru-baru ini.






Rapper Bollywood yang terkenal dengan nama komersialnya, Yo Yo Honey Singh bakal menghiburkan kira-kira 2,000 peminatnya di KL Live Centre sempena ‘Konsert Yo Yo Singh & Rakan-Rakan’ yang akan di adakan pada 22 Disember 2012 ini.
YO YO HONEY SINGH

Konsert penyanyi berusia 28 tahun ini  yang dikatakan paling mahal dibayar untuk lagu ciptaanya dalam filem “Mastaan” iaitu sebanyak AS$127,400, akan berlangsung dari jam 7 petang hingga 2 pagi dengan artis jemputan tempatan terdiri daripada antaranya kumpulan Monsoon, Voice of Punjabi,  Me & My Punjabi Friends serta deejay Amrick dan Pat.
Mengumumkan demikian dalam sidang akhbar di Restoran Moghul, Menara KL baru-baru ini, Pengerusi GHC Solutions Sdn. Bhd, Datuk Malek Redzuan sebagai penganjur bersama Hitman Solutions Sdn Bhd., memberitahu tiket-tiket berharga RM99, RM149 dan RM199 sudah mula dijual.
“Bagaimana pun tiket RM99 sudah habis ditempah sementara yang lain masih ada dan sedang laris serta mendapat sambutan hangat,” ujar Malek Redzuan yang popular dengan lagu "Cukup Sampai Di Sini."
Beliau turut memberitahu, satu tabung Gaza akan diedarkan kepada khalayak yang sudi menyumbangkan derma untuk disumbangkan kepada rakyat Palestin di mana pihaknya berharap dapat memperoleh sasaran antara RM5,000-RM10,000.
Sidang media turut dihadiri Ketua Pegawak Eksekutif dan Pengasas Hitman Solutions Sdn Bhd.,  Rohit Rampal.
Rohit memberitahu, pihaknya juga menyediakan ruang atas untuk jemputan vip dengan pembelian meja sebanyak RM5,000 untuk 10 orang.
Untuk pembelian tiket dan sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi 012-9270331/016-9767189 atau layari www.Yoyo2012.info. Konsert ini turut mendapat kerjasama daripada Zee Variasi.


Tiada ulasan: