Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AJL27 GABUNGAN SENI & MUZIK 6 JANUARI 2013

12 LAGU MENGIKUT NOMBER GILIRAN MASING-MASING.







Gabungan Seni & Muzik menjadi elemen dan pemilihan tema pada majlis berprestij Anugerah Juara Lagu ke 27  (AJL27) yang bakal berlangsung pada 6 Januari depan di Stadium Putra Bukit Jalil mulai jam 9 malam.

Siaran secara langsung yang dibawa oleh TV3 akan menyaksikan 12 lagu terbaik hasil nukilan serta garapan komposer dan penulis lirik tempatan berentap merebut anugerah Juara Lagu yang menyediakan hadiah berupa trofi dan wang tunai sebanyak RM35,000. Naib Juara Lagu trofi dan RM15,000 manakala tempat Ketiga Trofi dan RM12,000. Persembahan Terbaik serta Vokal Terbaik masng-masing akan membawa pulang Trofi dan RM10,000.

Lagu-lagu berkenaan milik (mengikut giliran persembahan) komposer Bo Amir - 'Lagu' (Bedroom Sanctuary) diikuti lagu  kedua oleh Malique 'Teman Pengganti" (nyanyian Black/Malique; 'Patah Seribu' (Shila Amzah); Audi Mok "Idola' (Azlan & The Typewriter; Taja 'Pelangi Senja' (Stacy); Nurzaidi Rahman 'Ombak `Rindu' (Adira/Hafiz); Amir Jahari 'Tanpamu'; Ajai 'Ku Akui' (Hafiz); Yuna 'Terukir Di Bintang'; Edry Abdul Halim 'Andaiku Bercinta Lagi' (Mojo); Audi Mok 'Simetri' (Hazama & Amy Search) dan Jimmy Palikat 'Anak Kampung'(feat One Nation Emcees).


Majlis pengundian giliran persembahan disempurnakan bersama pelancaran  arca logo AJL27 yang berwarna warni bersesuaian dengan konsep seni dan muzik diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Meida Prima  Berhad, Encik Ahmad Idham Omar (gambar sebelah, dua dari kiri).

"Kali ini elemen 'ekspresi seni' bakal diterapkan di malam kemuncak acara gemilang ini di mana muzik dan seni digabungkan untuk diekspresikan menerusi grafik dan imej serta disusuli dengan susunan muzik dan persembahan istemewa yang mampu memberikan impak mendalam bukan sahaja kepada persembahan para finalis, segmen pembuka tirai dan interlude, malah boleh dilihat dan dirasai secara keseluruhan ketika perjalanan program ini berlangsung," ujar Izham.

Selain pengundian dilakukan 10 orang juri (berbanding 22 orang tahun lalu) yang dilantik di mana antaranya kemungkinan juga dari Indonesia dan Singapura, kategori Persembahan Terbaik akan ditentukan seratus peratus melalui undian sms bertujuan memberi peluang kepada peminat untuk menilai sendiri persembahan terbaik artis yang terlibat.

Masih mengekalkan  Faizal Ismail dan Cheryl Samad sebagai pengacara, AJL27 tahun ini bakal menampilkan gandingan pelakon muda, Miera Lyana dan Kamal Adli bagi mengendalikan acara  karpet ungu yang bermula jam 7.30 malam dan dibawakan secara langsung melalui laman web rasmi www.tv3.com.my/ajl27.

TIRU GAYA ARTIS

Laman web ini juga menganjurkan peraduan `Tiru Gaya Artis' di mana para peserta hanya perlu melakonkan kembali segmen persembahan 14 pemenang Anugerah Juara Lagu sejak tahun 1986 sehingga tahun 2011 dan hantarkan video berkenaan secara online mulai 3 Disember 2012 hingga 20 Disember 2012,

10 peserta terbaik akan dipilih ke pusingan akhir di mana juara bakal ditentukan berdasarkan undian awam dan bakal memenangi hadiah wang tunai RM5,000 di samping menjadi tetamu istemewa di malam anugerah pada 6 Januari 2013 nanti.

Orang ramai yang ingin menyaksikan AJL27 di Stadium Putra Bukit Jalil berpeluang mendapatkan tiket-tiket VIP yang eksklusif melalui Hot FM dan MyTV3.  Di samping itu, tiket-tiket percuma boleh diperoleh di Balai Pengawal, Sri Pentas, Bandar Utama pada tarikh yang akan diberitahu kelak

Produksi AJL27 diketuai Muhamad Sufian Che Isa selaku Pengurus dan Khatijah Mohamed (Kelly) sebagai Penerbit Eksekutif serta dua penerbit iaitu Hamsiah Biri dan Tengku Sahilawati Tengku Jehori (Boboy).











Tiada ulasan: