Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MIANG BULUH KELADI BIRAH - TELEMOVIE TERBAIK ANUGERAH TRIBUTE P.RAMLEE

ROSYAM NOR selaku pencetus idea Anugerah Tribute P. Ramlee menyampaikan trofi hadiah utama Telemovie Terbaik kepada pengarahnya, Bade Hj Azme  untuk telemovie 'Miang Buluh Keladi Birah' di Istana Budaya semalam.
Pengarah trendsetter, Bade Hj Azme membolot wang tunai keseluruhan sebanyak RM20,000 berserta trofi setelah diumumkan sebagai pemenang Pengarah Terbaik dan Telemovie Terbaik bagi 'Miang Buluh Keladi Birah' pada majlis Anugerah Tribute P, Ramlee di Panggung Sari, Istana Budaya malam 7 Jun lalu.

Diinspirasikan daripada lagu 'Tanya Sama Hati' ciptaan seniman lagenda Tan Sri P. Ramlee, telefilem yang mengisahkan percintaan golongan muda di zaman moden yang penuh mencabar, membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000. Manakala Bade turut memenangi kategori Pengarah Terbaik untuk membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.

Majlis anugerah, yang disiarkan secara langsung di TV1 dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta barisan seniman dan seniwati veteran seperti Tan Sri Jins Shamsuddin, Datuk Jamil Sulong & Datin Rosnani, Mariani, Neng Yatimah dan ramai lagi di mana Dato Aziz Satar serta allahyarham S, Shamsuddin turut diberikan anugerah khas iaitu Anugeah Tokoh Lakon Melayu yanh disampaikan oleh Datuk Mustafa Maarof dan seniwati Zaiton mewakili keluarga allahyarham untuk menerima trofi,

Penghargaan berkenaan  diberikan bagi mengenang jasa mereka yang bersama merancakkan industri seni tanah air bersama P. Ramlee satu masa dulu.

Sementara itu, bagi kategori Pelakon dan Wanita Terbaik, seperti yang dijangkakan Beto Kusyairy dan Sharifah Amani berjaya menewaskan nama nama besar seperti Hasnol Rahmat Sahronizam Noor mahu pun Wan Nor Azlin atau Normah Damanhuri melalui telefilm "Selagi Cinta Berzikir"  arahan Erma Fatima. Mereka membawa pulang trofi dan RM10,000.
AnugerahTribute  P. Ramlee anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM), Kumpulan Utusan dengan kerjasama Suhan Movies & Trading Sdn Bhd diadakan buat julung kalinya bagi mengiktiraf 10 darpada 30 penyertaaan telefilem yang diterima berdasarkan pengolahan daripada seni kata dan tajuk lagu Seniman Agung Allahyarham P. Ramlee.

Telefilm tersebut telah  disiarkan dalam slot 'Tribute P.Ramlee' di saluran TV1 dibuat melalui penilaian juri profesional dan pengundian penonton. 

Dan sepuluh telefilem lain yang berjaya ke peringkat akhir meliputi Tunggu Sekejap arahan Along Kamaruddin; Getaran Jiwa (Michael Ang); Miang Buloh Keladi Birah (Bade Hj Azmi); Di Mana Kan Ku Cari Ganti (Osman Ali); Siapa Tipu Siapa (Aziz M. Osman); Jodoh Kita (Ismail Yaacob); Titisan Kasih (Rashid Sibir); Pelamin Di Pusara (Murali Abdullah); Hanya Dikau (Amie Maziah) dan Selagi Cinta Berzikir (Erma Fatima).

Antara barisan pelakon lain yang turut menerima anugerah terdiri daripada  Mislina Mustafa (Pelakon Pembantu Wanita Terbaik); Hanis Kamal Bakar (Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik); Marjan Hananie (Skrip Terbaik); Bob Fitri (Videografi Terbaik) dan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar (Penampilan Istimewa Terbaik).

Dari segi persembahan sebagai titian pemberian anugerah berdasarkan kepada sketsa filem-filem P. Ramlee merupakan konsep menarik yang harus dipuji. Ia tidak membosankan perjalanan majlis malah menyuntik gelak ketawa hadirin. Malah pemilihan artis-artis persembahan seperti Atilia, Najwa Nasir (cucu P.Ramlee), Musly Ramlee, Misha Omar, Dayang Nurfaezah, Azlan Typewriter, One Nation Emcee menambah serikan majlis dengan vokal mereka yang mantap termasuk lagu soprano yang disampaikan oleh Shafizan & Momento melalui "Putus Sudah Kasih Sayang',



Berikut adalah senarai penuh pemenang Augerah Tribute P.Ramlee :
1. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik : Mislina Mustafa (Di Manakan Ku Cari Ganti)
2. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik : Hanis Kamal Bakar (Miang Buluh Keladi Birah)
3. Penampilan Istimewa Terbaik : Datuk Ahmad Tarmimi Seregar (Selagi Cinta Berzikir)
4. Pelakon Lelaki Terbaik : Beto Kusyairi (Selagi Cinta Berzikir)
5. Pelakon Wanita Terbaik : Sharifah Amani (Selagi Cinta Berzikir)
6. Videografi Terbaik : Bob Fitri (Dimanakan Ku Cari Ganti)
7. Skrip Terbaik : Manjan Hanani (Miang Buluh Keladi Birah)
8. Pengarah Terbaik : Badaruddin Azmi (Miang Buluh Keladi Birah)
9. Drama Terbaik : Badaruddin Azmi (Miang Buluh Keladi Birah)

AZIZ Satar dan Zaiton mewakili S, Shamsudin terima trofi...
MUSLY turut membawa anaknya, Iman
PERSEMBAHAN  dari Atilia dan gambar bawah sketsa Madu Tiga oleh Didie Alias, Almy Nadia dan Khila Fairy,
SKETSA dari filem 'Anak Bapak' lakonan semula oleh AR Badul, Ruminah Sidek, Musly Ramlee dan Lokman Ghani,
NAJWA NASIR P, RAMLEE tidak ketinggalan menyampaikan lagu 'Darah Muda',

Tiada ulasan:

Catat Ulasan