Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SENIWATI LATIFAH OMAR MENINGGAL DUNIA

Seniwati Latifah Omar disahkan meninggal dunia di Pusat Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) pada petang Ahad.
Anak Allahyarhamah, Affendi Rahmat memberitahu ibunya meninggal dunia kira-kira pukul 6.19 petang.
"Mak (Latifah) meninggal dunia jam 6.19 petang, jenazah akan dibawa balik ke Keramat (Kuala Lumpur) dan dikebumikan pada esok pagi," katanya kepada mStar Online menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), di sini, Ahad.
Allahyarhamah yang berusia 72 tahun dimasukkan ke PPUKM seminggu lalu akibat kanser ulser usus.
Jenazah akan disembahyangkan di Masjid Al Ansar Taman Keramat, Kuala Lumpur dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Ansar kira-kira pukul 11 pagi Isnin.
Latifah yang sering digandingkan dengan Nordin Ahmad membintangi sebanyak 23 filem antaranya Bawang Putih Bawang Merah, Jebat, Jalak Lenteng, Laila Majnun, Putus Sudah Kasih Sayang, Gurindam Jiwa, Che Mamat Parang Tumpul dan terakhir Hati Batu pada 1973.
Pada Selasa lalu, rakan seangkatan Allahyarhamah iaitu S.Shamsuddin meninggal dunia di Singapura akibat sakit tua dan paru-paru berair... sumber MStar.
LATIFAH OMAR
 Kali terakhir Kak Fas bertemu dengan Allahyarham ialah ketika menghadiri majlis Malam Anugerah Seri Temasik pada bulan Februari tahun lalu di mana Latifah Omar merupakan salah seorang daripada empat penerima Anugerah Gemilang Seri Temasek di samping Datuk Sharifah Aini, Datuk Dr. Ahmad Nawab dan seniwati Mariani.

Ketika berbual dengan arwah, beliau bertegas tidak mahu berlakon lagi setelah meninggalkan dunia seni kira-kira lebih 20 tahun.

Kata arwah,"Sudah lama saya tidak berlakon dan tidak akan berlakon sebab kesihatan juga tidak mengizinkan tetapi saya akan tetap hadir apabila ada undangan seperti pada malam ini," ujar beliau.
Menurut Latfah Omar sewaktu itu, beliau juga tidak menggalakkan anak-anaknya terlibat dalam bidang lakonan. "Biarlah saya sahaja yang tahu pahit manisnya dunia lakonan," jelas Latifah seribu makna sambil mengukirkan senyuman. Al Fatihah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan