Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PLANET KIARA KETENGAH ELEMEN SAINS

PENERBIT dan barisan pelakon Planet Kiara musim ke 2 di Pusat Sains Negara baru-baru ini,
Atas sambutan yang menggalakkan pada siaran Planet Kiara yang disiarkan oleh TV3 tahun lalu, penerbitnya Blue Nagas Productions dengan kerjasama Pusat Sains Negara menampilkan satu-satunya drama berepisod berunsun sains dengan penerbitan musim ke 2.

Telah mula disiarkan bermula 12 Jun lalu setiap  Selasa hingga Khamis bermula 6.30 petang hingga 7 malam di saluran tv3, drama 13 episod yang turut mendapat sokongan sepenuhnya oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) ini mendapat sentuhan pengarahan Bade Hj Azme.

'Kami memilih untuk kerjasama dalam drama ini memandangkan pendekatan teknologi sains yang digunakan dalam menyelesaikan masalah harian di mana pihak produksi telah menggunakan khidmat nasihat daripada panel khas Pusat Sains Negara, UTM ICC dan profesor yang pakar dalam bidang masing-masing, " ujar Puan Mismah Jimbun, Ketua Penolong Pengarah PSN) pada ucapan aluannya dalam majlis pelancaran drama Planet Kiara musim ke 2 di Pusat Sains Negara baru-baru ini.

Turut hadir penerbit drama, Encik Mohan Krishna dan Amy Mazurah yang turut bertindak sebagai Pengarah Kreatif Blue Nagas Productions.

Dalam pada itu,  Amy Mazurah memberitahu, kos keseluruhan pembikinan Planet Kiara menelan belanja kira-kira RM3 juta memandangkan robot PSN1 yang digunakan dalam drama berkenaan menelan kos hampir RM300,000.

ANTARA adegan Planet Kiara......
"Drama ini dihasilkan sempena dengan Tahun Sains dan Gerakan Inovasi Nasional 2012 dan ia bukan sahaja sesuai ditonton kanak-kanak tetapi memberi pelajaran juga kepada yang dewasa bagi mengetahui elemen-elemen sains yang dapat digunakan seharian seperti bagaimana mencuci permaidani yang terlekat dengan chewing gum menggunakan ais," tambah Amy.

Dibintangi barisan pelakon lama dan baru seperti Dato Rahim Razali, Dato Jalalludin Hassan, Sharifah Sakinah, Faradhiya, Hazif Safuan, Heela Monica, Nur Jannah dan adik Firdaus Ghufran, 'Planet Kiara' musim ke 2 lebih mencabar dihasilkan atas ilham dari Pengarah Pusat Sains Negara iaitu Prof Madya Dr. Irmawati Ramli serta pihak penerbit.

Robot PSN1 yang merupakan tunggak kepada penceritaan merupakan robot humanoid yang pertama di Malaysia dan akan dipamerkan kepada orang ramai di Pusat Sains Negara sebaik sahaja selesai urusan promosi drama berkenaan kelak.

Menggunakan teknologi nuace untuk pengenalan suara dan sistem pemprosesan chip atom dengan kelajuan 1.5Ghz, Robot PSN1 menjadi rebutan penjahat apabila dikatakan mampu mengenal pasti lokasi emas.
Pada musim ke 2, penonton dapat menyaksikan PSN1 pada awalnya hilang ingatan dan mendapat bantuan daripada keluarga Aril (Firdaus) untuk mengembalikan ingatannya dengan penukaran bateri baru. Berjayakah Aril menjaga keselamatan PSN1 yang menjadi rebutan pihak jahat? Yang pasti setiap episod akan memaparkan kisah pengembaraan sains yang berlainan dan lebih menarik di mana PSN1 turut membantu Aril dan keluarga dalam menangani setiap isu dan permasalahan yang berkaitan dengan sains dan teknologi.
Untuk mengetahui lebih lanjut pastikan anda tidak ketinggalan memuat turunkan tarikh tayangan dalam minda setiap hari.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan