Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KOMEN-KOMEN PEMENANG ANUGERAH BLOKBUSTER 2

SOFI JIKAN memenangi Anugerah Penjahat Terhebat Anugerah Blokbuster 2 di JB baru-baru ini,
Seperti yang dijangka ramai, filem "Hantu Kapcai" lakonan bintang popular, Zizan  mendapat undian tertinggi  peminat untuk dinobatkan sebagai Filem Terhebat Anugerah Blokbuster 2 (AB2) yang telah berlangsung penuh meriah dan glamor di Stadium Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di Johor Bahru baru-baru ini.
Umum pun sudah mengetahui filem arahan Ghaz Abu Bakar tersebut turut merangkul empat lagi anugerah meliputi Anugerah Filem Aksi Terhebat, Filem Kelakar Terhebat  serta Hero Terhebat (Zizan) dan Hero Baru Terhebat (Neelofa).

Namun pastinya yang paling bangga pastinya Shamsul Yusuf dan Yana Samsuddin yang masing-masing berjaya mempertahankan gelaran buat kali kedua sebagai Pengarah Terhebat dan Heroin Terhebat.

Disamping itu, Sofi Jikan yang sinonim dengan watak antoganis tidak kurang rasa bersyukur apabila dinobatkan pemenang bagi kategori Penjahat Terhebat mahu pun Izzue Islam dan Dharma Harun Al Rashid yang buat pertama kalinya mereka menggondol hadiah Blokbuster sebagai Hero Baru Terhebat dan Direktor  Baru Terhebat,

Apa-apa pun keputusan telah diketahui ramai, jadi apa kata kita dengar secara ringkas apa komen antara mereka yang menang:

SOFI JIKAN : (Jalan Kembali-Bohsia 2)

"Saya bersyukur atas kemenangan ini kerana peminat nampak watak yang telah saya bawakan. Pun begitu saya tidak menganggap kemenangan ini satu bebanan tetapi tanggongjawab dan harapan yang mereka letak di bahu saya. Dari segi lakonan walaupun memenangi anugerah saya masih belum berpuas hati dan akan terus melakukan yang terbaik.

"Sebenarnya, saya tidak mahu dikenali sebagai sinonim dengan watak jahat sahaja malah emak saya pun risau apabila saya dapat anugerah kategori ini hingga dia kata jangan ambil kerana bunyinya tak sedap.  Tetapi itu adalah watak yang saya bawa, jadi dia faham akhirnya, Bagi saya setiap watak yang diberikan saya akan cungkil habis-habisan untuk menghidupkannya."

NEELOFA

NEELOFA: (Hantu Kapcai)
"Lofa memang tidak meletakkan harapan tinggi untuk menang dalam filem Hantu Kapcai ini kerana watak Lofa pun tidaklah berat sangat lagi pun Lofa banyak kali kalah. Tetapi Alhamdullillah dengan kemenangan ini bermakna peminat masih menerima Lofa dalam industri perfileman dan berharap dimurahkan rezeki untuk berlakon filem lagi.

"Kemenangan ini bakal tercatat di dalam sejarah peribadi Lofa dan Lofa akan tetap meneruskan karier dalam bidang lakonan walaupun bidang pengacaraan masih menjadi keutamaan. Terima kasih kepada peminat yang mengundi dan percaya dengan bakat Lofa."

IZZUE juga telah memenangi  Pelakon Harapan FFM25
IZZUE ISLAM: (29 Januari)
 
"Syukur Alhamdulillah, ini permulaan bagi saya untuk melangkah setapak lagi dalam bidang lakonan. Terima kasih kepada peminat-peminat saya iaitu Izzuezers dan Forteenagers yang sanggup berhabis wang ringgit untuk mengundi saya,

"Terima juga kepada abang Edry Abdul Halim dan pihak KRU Studios yang memberikan kepercayaan dan peluang untuk melakonkan watak seorang buta bernama Razak dalam filem 29 Januari. Bagi saya kemenangan ini bukan bermakna saya sudah hebat tetapi yang hebat adalah pengundi saya."


DHARMA Harun Al Rashid dengan trofi dimenangi,
DHARMA: (Adik Manja Returns)
"Saya tidak sangka dinonatkan sebagai Direktor Baru Terhebat memandangkan saingan lain pun cukup hebat. Pun begitu saya bersyukur atas kemenangan ini sungguh pun ada saya mendengar tuduhan mangatakan saya mengundi diri sendiri,
"Itu adalah khabar angin yang tidak berasas, Mana mungkin saya mengundi diri sendiri memandangkan saya tidak mahir dengan IT.  Sejujurnya, saya tidak pandai nak guna Internet pun apatah lagi mahu undi diri sendiri melalui laman web. Ikutkan hati saya pada mulanya tidak mahu datang pun sebab berasa tidak akan menang tetapi hadir untuk memeriahkan majlis dan memberi kerjasama sebab anak-anak yang beriya sangat mahu saya hadir sebagai tanda menghargai pihak penganjur yang mencalonkan saya dalam kategori tersebut."
'Walau pun filem ini gagal di pawagam tetapi ia mempunyai langganan menggalakkan menerusi tayangan di Astro First. Mungkin kerana itu kut saya menang, saya tidak pasti tetapi yang pasti saya akan terus menghasilkan filem baharu dan kemenangan ini merupakan suntikan semangat untuk saya menghasilkan sebuah filem yang lebih bagus."

 

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan