Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ERMA FATIMA & BADE AZMI UNGGULI ASK2013



DRAMA arahan Bade Azmi dari Suhan Movies milik Dato Rosyam dinobatkan Drama Terbaik ASK2013.

Sejajar dengan konsep 'kaca' Anugerah Skrin 2013 (ASK2013) menepati cerminan objektifnya dengan set pentas yang  bergemerlapan bercahaya walau pun tidak ramai artis dilihat 'berkaca'. Pun begitu yang pasti malam ASK2013 memancarkan suasana yang penuh glam dengan kehadiran artis-artis popular daripada angkatan lama dan baru.

Segmen daripada filem KL Gangster 2, "Gangster Kekaboom" dengan penampilan Dato Rosyam Nor, Adi Putra dan Adam Corrie membuka kehangatan tirai ASK2013 malah jeritan penonton yang memenuhi Stadium Melawati, Shah Alam bergema dengan kemunculan abang "Tailung" (Rosyam) dan Adi Putra.

Menarik lagi, sebaik tiga hadiah diumumkan untuk  rancangan hibutan terbaik, dokumenari terbaik serta laporan khas berita terbaik, persembahan Amir Jahari bagi mengenang drama paling diminati ramai iaitu 'Opah' menambahkan nostalgia disambung pula dengan Waris, Juzzthin dan DJ Fuzz menyampaikan lagu daripada drama "Cili Padi" yang turut memperlihatkan lakonan Zizie Ezette yang turut hadir memeriahkan ASK2013.
TASHA SYILA

Majlis yang cukup berprestij itu berjaya meraih 4 juta penontondengan 41% syer penonton (sumber Nelsen Audience Measurement) sewaktu tayangannya yang bersiaran  secara langsung dari Stadium Malawati, Shah Alam jam 9 malam hingga 11.30 malam. Malah, secara pukal, kadar tontonan keseluruhan ASK2013 telah mencipta rekod dengan tontonan mencecah 6 juta penonton.

Tema 'kaca' yang dipilih bertujuan menepati objekif penganjuran iaitu  mencerminkan drama dan filem merupakan refleksi sebenar dan realiti hidup manusia.

Seperti kebiasaannya acara karpet merah menjadi tumpuan utama sebelum majlis bermula dan kali ini ia diacarakan oleh Scha Al-Yahya dan Iqram Dinzly yang turut dipancarkan eksklusif di laman web rasmi ASK2013 di mana kira-kira 10,000 tontonan dicatat secara online.

Di samping itu, 'Fashion Show' serta 'Fashion Critic' juga antara program yang telah disediakan khas untuk peminat setia hanya di portal video TonTon. Selain itu, hampir 20% penonton dicatatkan terdiri daripada pelayar-pelayar web dari luar negara seperti Singapura, Amerika Syarikat, Brunei Darussalam dan Indonesia.
ADELINE TSEN

Lebih menarik, gabungan 3 pengacara memberi suntikan baharu kepada ASK203 di mana kehadiran pelakon Nad Zainal bersama Awal Ashari dan Faizal Ismail mempunyai 'chemistry' yang tersendiri.Walau pun Faizal menampilkan kelucuan yang hampir sama ketika mengacarakan Juara Lagu dengan menjadikan kepala botak serta bahasa Inggeris sebagai modal lawak namun ia tetap menghiburkan. Cuma diharapkan pada acara-acara lain tidaklah mengulangi lawak jenaka yang seakan sama kerana ia boleh mengundang rasa bosan pula.

Keseluruhannya, ASK2013 yang mempertandingkan 30 kategori yang meliputi 11 kategori drama, 7 kategori filem, 6 kategori penerbitan dalaman dan 6 kategori teknikal merupakan satu anugerah yang cukup hebat dan terunggul di dalam lipatan sejarah industri hiburan tanah air yang sentiasa ditunggu-tunggu penganjurannya saban tahun kerana cetusan konsep dan identiti yang berlainan.

Tahniah kepada kru penerbitannya yang diketuai oleh Muhamad Sufian Isa selaku Penerbit Eksekutif dan Ahmad Shaifulizam Arshad (Gbam) sebagai penerbit.
OGY  tidak ketingalan menampilkan persembahan.











KEPUTUSAN PENUH ASK2013:


KATOGERI DRAMA
1. DRAMA TERBAIK
Mawar Putih Tanda Perpisahan – Suhan Movies & Trading Sdn Bhd
2. PELAKON LELAKI TERBAIK DRAMA
Wan Hanafi Su – Har-Hari Terakhir Seorang Seniman
3. PELAKON WANITA TERBAIK DRAMA
Datin Umie Aida - Aku Bukan Malaikat
4. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK DRAMA
Hasnol Rahmat – Tunggu Sekejap
5. PELAKON PEMBATU WANITA TERBAIK DRAMA
Izreen Azminda – Perempuan Itu Ibuku
6. PENGARAH DRAMA TERBAIK
Erma Fatima - Aku Bukan Malaikat
7. ARTIS HARAPAN PANTENE
Shasha Al Khred - Kawan
8. DRAMA RANTAIAN TERBAIK
Surat Dari Langit Biru – Rashbir Media Sdn Bhd
9. DRAMA KOMEDI TERBAIK
Mentua VS Menantu – Primeworks Studios

KATEGORI FILEM

10. FILEM TERBAIK
KIL – Grand Brilliance
11. PENGARAH TERBAIK FILEM
Nik Amir Mustapha - KIL
12. PELAKON WANITA TERBAIK
Cristina Suzanne - KIL
13. PELAKON LELAKI TERBAIK FILEM

Shaheizy Sam - SAM
14. PELAKON PEMBANTU WANITA TERBAIK FILEM
Miera Liyana – Pecah
15. PELAKON PEMBANTU LELAKI TERBAIK FILEM
Khir Rahma – Rock OO
KATEGORI PENERBITAN DALAMAN
16. RANCANGAN DOKUMENTARI/MAJALAH TERBAIK

Salam Muslim (ASTRO OASIS)
17. RANCANGAN BUAL BICARA TERBAIK
Bella (Ntv7)
18. RANCANGAN HIBURAN TERBAIK
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (TV3)
19. RANCANGAN MUZIKAL TERBAIK
Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)
20. RANCANGAN REALITI TERBAIK
Maharaja Lawak Mega (Astro Warna)
21. LAPORAN KHAS / BERITA TERBAIK
Kanta K-Pop (Buletin Utama, TV3)
GANDINGAN serasi - Awal, Nad dan Faizal 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan