Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MELANCONG KE BUMI ANDALUSIA BERSAMA ANGKASAWAN NEGARA


Sempena meraikan musim cuti persekolahan tahunan, Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor melancarkan pakej percutian selama 12 hari 11 malam ke Sepanyol dan Morocco bermula dari 26 Disember ini hingga 6 Januari 2014.

Majlis yang berlangsung di Restoran Rebung, Bangsar hari ini  turut dihadiri peminat Dr, Sheikh Muszaphar yang  telah menempah tiket bernilai RM12,700 (dewasa) agar tidak melepaskan peluang berlibur bersama angkasawan pujaan mereka.
DR. Sheikh merasmikan pakej bersama En, Yusaini dari Al Kawsar.

“Memandangkan masa tidak mengizinkan saya untuk bercuti waima untuk bersama keluarga sekali pun,  ini sahaja peluang yang terluang untuk mendekati famili dan peminat yang sentiasa memberikan sokongan selama ini,” ujar Dato Dr, Sheikh Muszaphar Shukor pada majlis perasmian pakej ke bumi Andalusia di Restoran Rebung baru-baru ini. Turut hadir Pengarah Urusan Al Kawsar, Encik Yusaini Mohd Hassan.

Percutian kali ini merupakan yang ketiga  sejak pertama kali melancong dengan peminat bermula tahun lepas ke Phuket & Krabi dengan Superstar  Libra Cruise dan juga Kembara Tanah Suci Baitulmaqdis Mei tahun ini.  Kali ini para peminat akan dibawa ke bumi Andalusia, Spain & Morocco anjura bersama Al Kawsar Travel & Tour. Melalui pakej ini peminat akan dibawa melawat ke beberapa tempat pelancongan yang menarik sekitar Cordoba, Granada, Madrid, Marrakesh, Rabat dan Casablanca dan banyak lagi.

“Saya percaya tempat-tempat ini mempunyai sejarah Keislamannya yang tersendiri dan boleh menjadi contoh pemeliharaan warisan yang boleh kita ‘pinjamkan’ untuk pemuliharaan sejarah kita sendiri,” harapan Dr. Sheikh.

Beliau percaya sambil melancong, peserta boleh menimba ilmu sejarah setiap tempat yang dilawati malah mengenali budaya masyarakat setempatnya.

“Kita harus memupuk sifat cintakan sejarah apatah lagi sejarah sudah menjadi subjek wajib lulus dalam SPM bermula tahun ini,” tambah beliau sambil berharap peserta dapat melihat sejarah daripada perspektif pelancongan yang menarik dan bukan menjadikan sejarah satu subjek yang sukar dan bosan untuk dipelajari.

“Tidak sukar mempelajari sejarah jika caranya dilakukan dengan lebih menarik,” jelasnya.

Memandangkan tempat adalah terhad, untuk keterangan lanjut boleh lah  menghubungi Al Kawsar Travel & Tours Sdn Bhd di talian +603-55109448 +016-3334010 (Encik Yusaini) atau hubungi MsWany Idris (PE Angkasawan Communications)  di talian +017-3052663 atau emel ke wanyidris.angkasawan@gmail.com sekiranya ada pertanyaan lanjut. Hanya tinggal beberapa kekosongan sahaja lagi berdasarkan siapa cepat dia dapat. Apa lagi jom bercuti!

BERSAMA para media yang hadir di Restoran Rebung, baru-baru ini.

Tiada ulasan: