PANDORA LANCAR KOLEKSI KRISMAS
![]() |
DATO dan Datin Meer Habib melancarkan ulang tahun ke 3 Pandora bersama selebriti undangan. |
Sempena menyambut ulang tahun ke 3 sejak jenama aksesori terkemuka, Pandora berada di pasaran tempatan sekali gus menyambut perayaan Krismas tidak lama lagi, Pandora sekali lagi mengeluarkan koleksi khas bagi menutup tahun 2013 dengan koleksi dinamakan 'Sparkling Christmas'.
Pelancarannya diadakan dalam suasana perayaan Krismas di sebuah hotel terkemuka dengan penampilan "Santa Claus" membawa peti hadiah waima pertunjukan koleksi terbaru Pandora digayakan selebriti terkenal seperti Tasha Shilla, Sazzy Falak, Lynn dan Nadia Heng yang juga bertindak sebagai pengacara majlis.

Dato Meer Sadik Habib sebagai Pengerusi Pandora Malaysia mewakili isterinya, Pengarah Urusan Pandora, Datin Zarida Noordin dalam ucapan aluannya melahirkan rasa syukur atas penerimaan ramai khususnya ahli-ahli Pandorian yang memberikan sokongan sehingga jenama yang diperkenalkan di pasaran tempatan mendapat sambutan hangat.
"Sejak tiga tahun, kami sudah mempunyai 16 outlet Pandora seluruh negara dan bercadang untuk memperluaskan pasaran dengan pembukaan beberapa lagi butik," ujar Dato Meer.
Butik Pandora terdapat di Bangsar Village II, Alamanda Putrajaya, Kuala Lumpur International Airport, Empire Shopping Gallery, Subang, 1 Mont’ Kiara, Mid Valley Megamall, Tropicana City Mall, Gurney Plaza, Penang, Setia City Mall, Shah Alam, Paradigm Mall, Kelana Jaya and boutique kiosks at Pavilion Kuala Lumpur, Suria KLCC, Tangs 1 Utama manakala kaunter Pandora turut berada di Ampang Point Habib, Di Sarawak dan Sabah, butik Pandora terletak di Spring Shopping Center, Sarawak and Suria Sabah.

SELAMAT MENYAMBUT KRISMAS
dan SELAMAT TAHUN BARU 2014
Tiada ulasan:
Catat Ulasan