Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ISTANA BUDAYA JADI 'HAVOC' 22 MEI INI



ALTIMET, Joe Flizzow dan SonaOne akan berada di IB pada 22 Mei ini,

Buat pertama kalinya, sebuah persembahan showcase ‘hip hop’ bakal menggamatkan pentas berprestij Istana Budaya apabila showcase ‘Havoc’ bakal diadakan sehari sahaja iatu pada 22 Mei ini  bermula jam 8.30 malam.


Para peminat Altimet, Joe Flizzow dan SonaOne akan dihiburkan dengan kira-kira 25 buah  lagu-lagu popular ketiga-tiga artis hip hop berkenaan selama lebih kurang 90 minit.


Dianjurkan  Zi Communication,  showcase ‘Havoc’  ternyuata akan mencipta sejarahnya yang tersendiri bukan sahaja buat genre hip hop yang telah 16 tahun berada dalam industri muzik tempatan malah bagi Istana Budaya sendiri yang buat julung kalinya juga membenarkan sebuah persembahan hip hop mencetuskan ‘havoc’ pada pentas berprestijnya itu.


“Walau pun persembahan ini sebenarnya menggantikan teater Matahati yang tidak dapat dipentaskan dan idea ini dizahirkan oleh Zi Commuication, Abang Jo melihatnya sebagai satu kelainan dan Abang Jo sentiasa terbuka untuk memberikan pelbagai genre  memasuki pentas IB,” ujar Ketua Pengarah Istana Budaya, Dato Mohamed Juhari Shaarani yang lebih popular dipanggil  Abang Jo.


Menurutu Abang Jo, beliau tetap memberi sokongan kepada persembahan yang mempunyai kelasnya tersendiri dan dengan cara itu ia mampu mengangkat genre hip hop ke taraf yang lebih tinggi dan diterima bukan sahaja oleh golongan muda mudi malah kalangan korporat.


“Dengan pementasan ini kami harap ia akan mengubah persepsi masyarakat terhadap hip hop yang telah  diperkenalkan sejak tahun 1998,” tambah Joe Flizzow sewaktu diminta pendapatnya.


Tiket-tiket untuk menyaksikan ‘Havoc’ berharga RM100, RM180, RM220, RM280 dan RM380 sudah boleh dibeli melalui www.exitix.net dan di Istana Budaya Box Office atau pun melalui www.ticketpro.com.my dan di semua cawangan TicketPro.

ABANG Jo (tengah) bersama artis-artis terlibat dengan showcase 'Havoc'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan