Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PENSONIC RAYA MERDEKA TAWAR HADIAH BAWA CHEF ISMAIL KE RUMAH


Bermula 1 Mei hingga 31 Julai ini, sempena musim Raya Merdeka, setiap pembelian peralatan dapur siri Chef’s  Like berpeluang memenangi hadiah utama Peraduan ‘Bring Chef Home’  juga bakal membawa Dato Chef Ismail pulang ke rumah pada 30 Ogos 2014 untuk menyerlahkan inspirasi kreativiti masakan bersama produk Pensonic  Chef’s Like. Malah pemenang dapa menyaksikan dan mengalami gaya unik dan karisma Chef Ismail yang membezakan beliau daripada chef-chef lain.

Di samping itu, 250 pemenang bakal memenangi 2 tikett setiap orang untuk kelas memasak yang akan diajar oleh Chef Ismail, sahabat Pensonic sejak 2005. Sehubungan itu, dengan setiap pembelian mana-mana produk Chef’s Like, peserta layak menghantar satu penyertaan pertandingan.

Kelas memasak oleh chef selebriti berkenaan akan diadakan di lokasi-lokasi termasuk Sabah pada 9 Ogos, Kuala Lumpur 16 Ogos, Pulau Pinang 17 Ogos dan di  Kuantan (24 Ogos).


Peserta cuma perlu isikan boring penyertaan dan lengkapkan slogan, “I want to Bring Chef Home kerana….”  dalam tidak lebih daripada 50 patah perkataan. Borang penyertaan hendaklah disertai dengan salinan kad jaminan dan resit pembelian produk Chef’s Like sebagai bukti pembelian.

Semua penyertaan mestilah sampai ke pejabat Pensonic Sales & Service (cawangan Petaling Jaya) atau emel ke fb@pensonic.com selewat-lewatnya pada tarikh tutup atau sebelum 31 Julai 2014 ini.

Produk siri Pensonic Chef’s Like mengintegrasikan pelbagai fungsi serta gaya – menjadikan memasak sebuah keseronokan hidup yang ‘enak’. Peralatan dapur siri Chef’s Like terdiri daripada pengisar, pengadun, pengukus makanan, periuk masak pelbagai guna, ketuhar elektrik , periuk nasi stim serta ketuhar gelombang mikro .

Borang penyertaan boleh didapati daripada pengedar Pensonic atau pasar raya malah boleh juga dimuat turun daripada laman web Pensonic. Kriteria peniliaan adalah berdasarkan keaslian dan kreativiti slogan.

Keputusan peraduan bagi Malaysia Timur akan diumum pada 5 Ogos dan di Semenanjung Malaysia pada 13 Ogos ini. Ia akan diumumkan juga di laman social Facebook Pensonic.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan