Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BABA'S RAI PEMENANG 'TONTON & MENANG DI ASMARA PENCHALA





Seramai 50 orang  jemputan istimewa termasuk media  meraikan kehadiran  empat  pemenang-pemenang utama  Peraduan Akhir Tonton & Menang BABA”S cu-bits musim kedua, dalam sebuah majlis minum petang di Asrama Penchala  kelmarin.

Tempat pertama diraih Mazlee Mohd (gambar dua dari bawah) dari Melaka yang berjaya membawa pulang wang tunai RM10,000 diikuti oleh Jasmi Ab Rahman dari Johor dan Solpian Murad  dari Pahang, keduanya  berkongsi hadiah tempat kedua dengan masing-masing membawa pulang RM5,000 setiap seorang.
Tempat ketiga berupa wang tunai RM1,000 setiap seorang dimenangi oleh  dua peserta dari Miri, Sarawak iaitu Richard Koh Khung Meng dan Zainab Majidi bersama pemenang dari Putrajaya, Mohd  Faizal Yunus. 
Hadiah disampaikan oleh hos rancangan BABA’S cubit, Chef Kamarul dan isterinya, Yati Rahman. Turut hadir Ketua Pengiklanan & Promosi BABA’S,  Encik Claudian Navin  Stanislaus, pencetus idea inspirasi cu-bits.
Di samping itu, sagu hati sebanyak RM100 turut dimenangi oleh 20 orang peserta lain. 
Majlis jamuan petang yang berlangsung santai  dan tertutup itu dihidangkan dengan menu daripada koleksi himpunan resipi BABA’s cu-bits musim terdahulu iaiitu BABAS’S Rendang Infused Mussel Au Gratin, Nasi Minyak Hiasan Telur Gaya Baba’s, Ayam Masak Sambar Baba’s, Kuih Sagu Payasam dengan Praline Kacang Badam dan minuman Baba’s Kesari Mangga bersama Daun Pudina.
Untuk maklumat lanjut mengenai rancangan BABA’S cu-bits dan perkembangan terkini BABA’S boleh layari laman facebook BABA’S & U.


FIZA  mengacarakan majlis bertemu bual dengan Chef Kamarul dan isterinya, Yati di Asmara Penchala baru-baru ini.

Tiada ulasan: