Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'WALKATON-A-PAYUNG' UNTUK PESAKIT LUPUS




Sempena Hari Lupus Sedunia 2013, The Coffee Bean & Tea Leaf (CBTL) dengan kerjasama Persatuan SLE Malaysia telah menganjurkan program berjalan kaki yang dinamakan sebagai “Walk-a Payung’ di bawah Initiatif Caring Cup. ‘Walkaton’ telah diadakan di Taman Jaya, Petaling Jaya baru-baru ini di mana ‘flag off’ para peserta disempurnakan oleh YB Dr, Daroyah Alwi (gambar bawah, depan)  Pengerusi Ahli Jawatankuasa Induk Kesihatan, Pembangunan Entrepeur, Sains, Teknologi dan Inovasi.



Program disertai  oleh lapisan masyarakat yang  memberikan sokongan kepada pesakit Lupus di mana mereka berjalan seiring dengan para pesakit berkenaan  sejauh 2 km membawa payung. Program samping yang  turut diadakan ialah pemeriksaan kesihatan percuma, cabutan nombor bertuah dan pesta  jualan makanan amal yang diselenggarakan oleh pesakit Lupus, rakan dan keluarga.

Para peserta turut diberikan penerangan berhubung kesan penyakit Lupus yang jarang diketahui umum  kerana simpton penyakitnya agak biasa seperti sakit sendi, keletihan, ruam dan demam – selalunya diisytiharkan sebagai sakit biasa menyebabkan pesakit menerima rawatan untuk keadaan yang mereka tidak alami.  Terkini, belum ada rawatan untuk Lupus.  Matahari boleh menyebabkan  simpton pesakit Lupus lebih teruk. Program ‘Walk-a-Payung’ Walkaton ini menggunakan payung sebagai penekaran kepada pesakit Lupus  untuk melindungi diri mereka daripada matahari.

Program tersebut juga merupakan salah satu aktiviti tanggungjawab social daripada initiatif Caring Cup dari CBTL untuk mengumpul dana dan member kesedaran terhadap cabaran yang dihadapi oleh anak-anak yang  menghidap Lupus serta kesusahan yang dihadapi oleh ibu bapa. Penjaga, professional perubatan dan rakan-rakan. Berikutan itu, CBTL akan meletakkan tabung  Caring Cup  di setiap outlet untuk meneruskan program.

 “Kami dalam perancangan untuk menerbitkan sebuah buku kanak-kanak dengan membekalkan sekali minuman  teh Blue Tiger  untuk masa terhad agar ibu bapa dan anak-anak dapat bersama bergembira. Kesemua kutipan derma akan disalurkan kepada Persatuan SLE Malaysia untuk mereka melakukan kajian,” ujar Fiona Rodrigues, Pengarah Pemasaran dan Pembangunan CBTL dalam satu kenyataan kepada media.

Menurut beliau, CBTL  di peringkat global turut bekerjasama dengan beberapa persatuan Lupus di  Negara masing-masing dan setiap kutipan yang kami peroleh daripada outlet di Malaysia akan diserahkan kepada Persaruan SLE Malaysia.

Persatuan SLE Malaysia President Dr. Benjamin Cheah added, “The Coffee Bean & Tea Leaf® has been generous and supportive of our cause. We deeply appreciate their thoughtfulness in helping us to raise funds and awareness for this disease. ”

Sementara itu, Presiden Persatuan SLE Malaysia berkata, : Usaha dan initiatif yang dilakukan oleh  CBTL amat dihargai dalam membantu kami menambah dana dan member kesedaran kepada penyakit ini.”


Tiada ulasan:

Catat Ulasan