Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'WARNA CINTA IMPIAN' AWIE-ERRA DIFILEMKAN?

PENERBIT, G. Ravindran (empat, kanan) dan pengarahnya, N.S Krishna (dua kiri)ersama tetamu istemewa Datuk David Arumugam serta barisan pelakon, Erra, Awie, Nelydia, Shiqin dan Erwin (tengah) pada majlis pelancaran di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sejak digabungkan bersama dalam pementasan teater "Suara Kita" gandingan Awie dan Erra seolah menjadi satu stigma yang panas sehingga  menimbulkan tarikan umpama besi berani bagi khalayak untuk membanjiri Istana Budaya hanya untuk menyaksikan aksi mereka setelah beberapa tahun ikatan tali pertunangan putus. Dan khabarnya, teater berkenaan mendapat sambutan paling hangat mencecah kos pendapatan sehingga RM1 juta malah merupakan pementasan di IB yang paling menguntungkan.

Kali ini, sekali lagi sejak 20 tahun, Awie dan Erra disatukan dalam sebuah filem berjudul "Warna Cinta Impian' hasil ide penerbitnya, G. Ravindran bersama Pengarah merangkap Penerbit Eksrkutif, N.S. Krishna.

Kenapa memilih Awie dan Erra? Media bertanya dan ini jawapan dari  pengarahnya:

"Mereka berdua adalah ikon filem Melayu dan merupakan gandingan yang serasi untuk filem genre cinta. Ramai yang merindui lakonan mereka dan filem ini memang dihasilkan untuk lakonan mereka berdua," ujar Krishna yang mempertanggungjawabkan skrip sulong filem Melayunya itu kepada Shida Zali.

Terbitan TourchTronics Entertainment Sdn Bhd, (TTESB), iaitu sayap baru TouchTronics Rail & Services Sdn Bhd., 'Warna Cinta Impian' merupakan filem sulong Melayu pertama yang bakal dihasilkan dengan penggambaran dijangka bermula Ogos depan di dalam dan luar negara iaitu di Malaysia, Brisbane dan Jaipur, India.


Selepas memerah otak dan mencari satu formula baru bagi merancakkan industri filem tempatan, kami mahu mengembalikan filem genre cinta yang sudah lama tidak dihasilkan dan untuk itu kami fikir pasangan terbaik tentulah Awie dan Erra, jelas Krishna pada majlis sidang akhbar selepas pelancaran filem 'Warna Cinta Impian" sempena upacara sumbangan Hari Raya kepada anak-anak yatim di  sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Erra yang hadir pada sidang media tersebut bersama barisan pelakon baru seperti Erwin Shah Dawson dan Shiqin Kamal manakala pelakon lain seperti Nelydia Senrose, Azlee Khairi tidak dapat hadir, berkata, "Masa tiga bulan yang diambil untuk menerima tawaran daripada penerbit bukan disebabkan oleh beberapa isu yang timbul kebelakangan ini tetapi kerana faktor masa dan jadual ketat yang perlu ditangani,

"Memang saya tiada masalah berganding dengan Awie. Saya tahu ada peminat yang merindui gabungan kami malah kami  juga merindui untuk berlakon sekali lagi, tapi jangan pula digosipkan lagi ya, " Erra mengingatkan sambil senyum.

Menurutnya, sebagai pelakon beliau harus profesional dan tidak mahu nostalgia lama menghalangkan dirinya untuk berlakon bersama Awie.

"Dengan faktor usia, tentulah adegan-adegan yang ditampilkan sesuai dengan umur dan saya harap gandingan ini tidak akan timbul cerita-cerita sampingan lain atau dikaitkan kami bercinta semula," harapan Erra.


PASSANGAN filem yang ideal, Awie dan Erra.
Dengan kos penerbitan sebanyak RM1.5 juta, filem ini dipertanggunjawabkan sinematofrafinya kepada  Khalid Zakaria (Ombak Rindu, Sejoli & Jogho) manakala musik oleh Zaidi Abdul Rahman dengan lagu tema OST filem ini berjudul 'Kau Masih Mawar Merah" dinyanyikan oleh Ronnie Hyperact.

Filem berkisar pada kisah percintaan dan konflik kehidupan dunia moden yang berkisar di antara Daniel seorang arkitek dan Diana seorang peguam menjadi nadi penceritaan. 

Perkahwinan Daniel dan Diana telah diatur oleh keluarga dan bukan atas dasar percintaan. Mereka cuba untuk menyemai rasa cinta dalam rumahtangga tetapi keegoan dan kegagalan percintaan silam masing-masing menimbulkan pelbagai konflik dalam kehidupan mereka. 

Ketegangan baru pula bermula dengan kemunculan Erra, kakak angkat Daniel dari luar negara yang mengamit kenangan silam cintanya bersama Awie yang kecundang lebih 2 dekad dahulu. Kebetulan pula Awie adalah abang kepada Diana.


Erra dan Awie akhirnya mengetepikan duka lama demi menyelamatkan perkahwinan Daniel dan Diana. Mampukah mereka menyelamatkan rumahtangga pasangan muda ini? 

Apakah keegoan Daniel dan Diana akan luntur dengan sisa-sisa cinta yang masih tinggal? 

Mampukah cinta  berputik kembali selepas kekecewaan cinta pertama? 

Khabarnya, filem ini mengambil masa empat bulan persiapan malah draf asal diolah sebanyak lapan kali untuk menyesuaikan dengan skrip dan keadaaan semasa,

"Apa yang membuat saya tertarik untuk berlakon dalam filem ini ialah kebebasan yang diberikan oleh penerbitnya, mereka sanggup menerima ide saya dan kami berbincang ke arah mempercantikkan lagi ceritanya," cerita Erra.

"Saya tidak kisah jika penonton mahu imbas kembali kisah saya bersama Awie tapi jangan pula 'bring forward'. Persetujuan saya untuk berlakon dengan Awie bukan ke arah itu. Biarlah yang lepas berlalu, kami sudah mempunyai kehidupan masing-masing," tambah Erra.

Penggambaran filem ini bakal bermula 11 Ogos depan. Pastinya akan menjadi satu lagi fenomena seperti 'Ombak Rindu' apatah lagi penerbitnya akan meniupkan elemen Bollywood dalam  cerita ini. 

TouchTronics Entertainment juga sedang dalam persediaan bekerjasama dengan syarikat penerbitan tempatan dan luar negara khususnya dari Thailand, Singapura, Italy dan Turki untuk menerbitkan kandungan kreatif citra ASEAN dan ASIA untuk pasaran global. 


DARI kiri: Erwin, Erra, Ravindran  dan Krishna pada sidang media baru-baru ini.

Tiada ulasan: