Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'KOSONG-KOSONG' BERSAMA ASTRO SEPANJANG SYAWAL


Setiap tahun seperti syarikat penyiaran lainnya, Astro  sentiasa mencari idea dalam melaksanakan serta memuaskan hati setiap penontonnya. Dan tahun ini Astro mengambil langkah mempromosikan kempen "Kosong-kosong" sepanjang bulan Syawal dengan membuka lembaran baru membariskan lebih seratus progran untuk hiburan Aidilfitri seisi keluarga melalui `13 buah salurannya.

"Ia termasuk 55 buah program baharu yang bakal memeriahkan musim perayaan ini di rangkaian 13 buah saluran Astro yang terpilih iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Oasia (106),Astro Citra (131), Astro Warna (132), Mustika HD (134), Maya HD (135), Astro Ceria (611), Astro TVIQ (552), Astro Awani (501), Astro Arena (801), Bintang (141) dan Pelangi di saluran 142," ujar Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Encik Khairul Anwar Salleh pada majlis Iftar Ramadan Astro dan memperkenalkan program-program Astro di Hotel Royale Chulan baru-baru ini.



Di samping itu, Khairul Anwar memberitahu, pelbagai rangkaian saluran media di bawah payung penjenamaan Astro  melalui platform Tonton, Dengar & Baca telah diselaraskan yang merangkumi televisyen, radio, penerbitan dan digital mahu pun perkhidmatan Astro On-The Go termasuk Astro Radio, Astro First Eksklusif, Astro Shaw Sdn Bhd, Studio H, Astro Gempak dan Murai.

Menerusi tema Ramadan dan Syawal tahun ini iaitu 'Kosong-Kosong, Buka Lembaran Baru' yang diinspirasikan daripada kesucian dan ketulusan hati  melupakan sengketa lampau, pengisian kandungan daripada pelbagai genre berbeza seperti telefilem, komedi, muzikal, konsert, majalah, hiburan, kerohanian, drama, animasi, koleksi filem-filem tempatan mahu pun antarabangsa termasuklah program-program dalam bentuk definisi tinggi dan kandungan premium menerusi Astro First Eksklusif akan disusun untuk siaran secara berselang seli tanpa henti bagi memenuhi kehendak tontonan seisi keluarga sepanjang Aidilftri.


Meneruskan tradisi sambutan Hari Raya, Khairul memberitahu, tahun ini Astro mempersembahkan secara eksklusif kisah dua selebriti tanah air iaitu Zizan Razak dan Lisa Surihani , 

"Mereka akan bercerita tentang memori sambutan Hari Raya dan pengertian 'kosong-kosong' dalam hidup mereka yang belum pernah dikongsi kepada umum sebelum ini menerusi iklan komersial televisyen Astro.

Bukan itu sahaja, penonton boleh mengetahui kisah yang lebih terperinci tentang mereka berdua serta ramai lagi selebriti popular sempena sambutan Hari Raya menerusi aplikasi Studio H, majalah digital serta interaktif yang boleh dimuat turun secara percuma di Apple Store atau Play Store untuk pengguna Android.

Menarik lagi, Astro memperkenalkan sebuah lagu raya yang baharu sahaja dirakam berjudul 'Kosong-kosong' dendangan istimewa oleh penyampai Astro Radio seperti Dina Nadzir (ERA fm), Feeya Iskandae (SINAR fm0 dan Shah (THR Gegar) bersama-sama bintang kelahiran AF iaitu AZHAEL.

Astro Firsy Eksklusif turut menawarkan dua buah program hebat iaitu 'Nostalgia' yang diterajui Sharifah Amani, Christina Suzanne, Modee, Afdlin Shauki dan Adibah Noor serta 'Tak Nak Balik Raya' dengan lakonan mantap Aaron Aziz, Siti Saleha, Ruminah Sidek dan Azhar Sulaiman.

Kempen #KosongKosong  sudah pun menerima lebih 1,200 buah pesanan atau bingkisan peribadi yang dihantar oleh rakyat Malaysia ke laman sesawang rasmi di www.kosongkosong.com,my dan laman sosial seperti Facebook, Tweeter dan Instagram menggunakan #kosongkosong dalam pelbagai format termasuklah dalam bentuk cerita, imej, video dan audio dalam tempoh masa kurang seminggu sewaktu ia mula dilancarkan lebih kurang sebulan lalu dan angka ini terus meningkat setiap hari.
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan