Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JOM KACAU DODOL, BAKAR LEMANG 19 JULAI - SYED ALI






Setiap kali munculnya bulan Ramadan saban tahun, setiap kali juga Ketua UMNO Bahagian Cheras, Dato Seri Ali Syed Ali Alhabshee merangkap Pengerusi Yayasan Pendidikan Cheras bersama ahli jawatankuasanya  mengambil langkah memohon sumbangan badan korporat mahu pun pihak individu menyumbangkan dana bagi tujuan membantu golongan yang tidak berkemampuan.


SYED ALI
“Sejak 1994 usaha membantu golongan yang berkenaan seperti anak-anak yatim, ibu tunggal, pelajar , warga emas dan sebagainya dilakukan tanpa mengira bangsa dan kaum,” ujar Dato Seri Ali Al Habshee pada media dalam sidang akhbar pada majlis penyerahan bantuan Hari Raya 2014 anjuran Yayasan Pendidikan Cheras dan UMNO Bahagian Cheras di Pusat Rekreasi Cheras, baru-baru ini.

Seperti lazimnya, hari pertama disempurnakan pemberian oleh isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor bagi kali ke enam di mana kira-kira 655 orang penerima terdiri daripada anak-anak yatim, kanak-kanak Istimewa serta pelajar kuramg berkemampuan.


Kesemua mereka menerima wang tunai RM100, beras 5 kg, 4 meter kain serta barang kepeluan lain seperti milo dan kurma.


“Saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Yayasan Pendidikan Cheras di bawah pimpinan Datuk Seri Ali Alhabshee dan seluruh warga kerja di atas daya usaha mereka menganjurkan majlis sumbangan bantuan ini,” ujar Wanita Pertama Malaysia itu.


Tambah beliau, “Saya berbangga dengan komitmen Yayasan Pendidikan Cheras kerana selain daripada memperkasakan agenda pendidikan Negara, mereka tidak pernah sesekali melupakan tanggungjawab melakukan kerja-kerja bamal dan kebajikan untuk membantu masyarakat yang memerlukan.”


Menurut beliau, amalam bersedekah pada bulan Ramadan digandakan sebanyak 70 kali, justeru Rosmah menyeru pihak-pihak korporat mahu pun orang perseorangan  serta NGO-NGO tampil memberikan bantuan dengan mengamalkan bersedekah.

INI Kali ke 6 Rosmah menyampaikan sumbangan pada majlis bantuan raya Yayasan Pendidikan Cheras di Pusat Rekreasi Cheras, kelmarin. Turut menyaksikan Syed Ali  Alhabshee (kanan).


“Janganlah menjadikan amalan bersedekah sebagai ‘one of’ semata-mata apabila datangnya bulan Ramadan tetapi jadikanlah sifat sedekah itu tanpa syarat dan sebahagian daripada hidup kita. Sepertimana hadis Riwayat Imam Ahmad bersabda,’Barang siapa ingin doanya terkabul dan dibebaskan dari kesulitannya, hendaklah dia mengatasi kesulitan orang lain,’ “ tambah Rosmah.




ANTARA Yang hadir,........
Hari kedua sumbangan dianjurkan oleh UMNO Bahagian Cheras di mana  sejumlah 630 golongan ibu tunggal, warga emas dan yang kurang berkemampuan diberikan sumbangan yang sama.


Seperti tahun-tahun lalu, sumbangan pada hari kedua disampaikan oleh  Puan Seri Datin Noorainee Abdul Rahman namun pada tahun ini beliau diwakili Setiausaha Politik TPM, Dato Tahir Mohd Taat memandangkan isteri Timbalan Perdana Menteri  kurang sihat.



“Atas faktor kesihatan, beliau dinasihatkan oleh doktor supaya berehat, jadi beliau kirim salam dan tidak dapat hadir pada pagi ini,” Dato Tahir menyampaikan pesanan Puan Seri Noorainee.


Dalam ucapan ringkasnya, beliau berharap keamanan Negara dapat dipertahankan di mana melalui perpaduan dan keamanan ekonomi Negara akan berkembang dan bantuan-bantuan seperti yang dilaksanakan oleh UMNO Bahagian Cheras dapat disempurnakan setiap tahun.

DATO Tahir menyampaikan bantuan kepada golonga  yang memerlukan di Pusat Rekreasi Cheras baru-baru ini.



“Jika Negara tidak aman, mana mungkin kita boleh membantu mereka yang tidak berkemampuan kerana ekonomi aka n lemah justeru sukar bagi badan-badan korporat mahu pun usahawan memperoleh kejayaan seperti yang dinikmati sekarang,” tambahnya.



Sementara itu, Syed Ali memberitahu, kepada golongan yang namanya tercicir bolehlah menghubungi Setiausaha pejabat untuk mendapatkan bantuan .


“Kami tidak pernah menolak sebarang permohonan, Jika ada mereka harus taampil dan kami akan menyiasat kedudukan mereka dan sekiranya mereka benar-benar berhak mendapat bantuan kami akan berikan,”  yakin Syed Ali sambil menambahkata pihaknya tidak hanya memberi bantuan pada bulan Ramadan sahaja tetapi berlaku sepanjang masa apabila ada pihak yang memerlukan.


Beliau seterusnya menjemput orang ramai untuk bersama meraikan program mengacau 31 kawah dodol dan membakar 1,000 batang lemang yang diusahakan oleh sayap  wanita, pemuda dan puteri UMNO Bahagian Cheras pada 19 Julai ini bermula jam 10 malam.


“Ia akan berlangsung di bawah jambatan dekat sini dan orang ramaki juga dijemput bersama memeriahkannya malah kami turut menyediakan bekalan untuk bersahur manakala dodol dan lemang akan diagih-agihkan,” sambung Syed Ali selanjutnya.


Tiada ulasan: