Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BERBUKA PUASA MASAKAN KAMPUNG DI REBUNG


NURUL antara selebriti yang dijemput menikmati juadah di Restoran Rebung baru-baru ini.

Alhamdullillah kita sudah pun memasuki 11 Ramadan dan bagi mereka yang tidak berkesempatan untuk berbuka di rumah mungkin tercari-cari lagi di mana kah tempat menarik yang boleh dikunjungi untuk berbuka puasa?




Barangkali Restoran Rebung paling tepat bagi mereka yang mahukan selera kampung . Dengan harga hanya RM70  bersih  untuk dewasa dan RM48 bersih bagi kanak-kanak berusia antara 5 hingga 11 tahun, anda berpeluang menikmati pelbagai juadah dari aneka jenis nasi seperti nasi minyak, nasi kerabu, nasi tomato, nasi beriyani  ke lauk pauk meliputi antaranya  daging salai, ayam percik, ikan patin tempoyak, rebung perut, asam pedas dan lain-lain.

PELBAGAI lauk pauk ada untuk pilihan



Terdapat juga hidangan sampingan seperti rojak buah, murtabak, cucur bawang, roti jala manakala pencuci mulut antaranya ada pulut durian, pengat pisang, bubur kacang, badak berendam dan banyak lagi.


“Pada masa sama, kami juga sediakan  dodol, wajib durian dan rending  tok untuk tempahan bagi menyambut Syawal yang akan datang,” ujar  pemilik Rebung, Dato Chef Ismail Ahmad pada majlis memperkenalkan menu Ramadan pada media baru-baru ini.

RESTORAN Rebung di Bangsar
Menurut Chef Ismail, Rebung turut  menyediakan biskut Hari Raya yang dibakar setiap hari pada bulan Ramadan bermula minggu kedua hingga penghujung Ramadan.


CHEF Ismail
Menariknya penyediaan biskut-biskut Raya diketuai Chef Ismail sendiri dengan bantuan Pastry Chef/Nyonya ‘Cuisine Chef’, Florence Tan. 


“Para pelanggan boleh merasai biskut yang sedang siap disediakan dan pasa masa sama boleh membeli samada untuk rumah terbuka atau 
sebagai hadiah,” tambah Chef Ismail.


Sempena sambutan Hari Raya juga, Restoran Rebung akan dibuka pada minggu kedua Hari Raya di mana terdapat menu-menu istimewa yang dihidang termasuk makanan-makanan tradisional seperti ketupat dan rending,dodol, lemang, wajib, biskut-biskut raya dan kek–kek raya di saming menu-menu lain.

Selain itu, Restoran Rebung turut mengambil tempahan catering di rumah-rumah atau dewan pilihan malah mempunyai ruang untuk majlis rumah terbuka di Restoran Rebung sendiri.

Tepuk dada tanya selera! Selamat Berbuka Puasa!
PENULIS bersama Chef Ismail, Nurul dan keluarga di Restoran Rebung baru-baru ini.

MUZIK disediakan sebagai halwa telinga.

Tiada ulasan: