Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PPP BAHAGIAN TITIWANGSA SUMBANG BANTUAN HARI RAYA

KAYVEAS (empat, kanan) bersama Zakaria serta tetamu khas lainnya menyerahkan sumbangan kepada anak2 yatim...

Seramai 400 golongan anak-anak yatim, ibu tunggal serta warga emas di raikan dalam majlis berbuka puasa dan sumbangan bantuan Hari Raya anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) Bahagian Titiwangsa di bawah pimpinan Pengerusinya Dato Zakaria  Rahman baru-baru ini.

Majlis yang dihadiri tetamu kehormat Presiden PPP, Tan Sri M. Kayveas berlangsung dalam suasana penuh perpaduan di kalangan ahli-ahli PPP meliputi 10 cawangan Bahagian Titiwangsa di mana penulis turut hadir atas jemputan dari Anita Entertainment Productions yang dipertanggungjawabkan membawa beberapa media pada majlis berkenaan.


KAK Fas dan Anita (kanan) bersama Kayveas & Zakaria.
Menurut Zakaria yang ditemui, pihaknya sudah beberapa tahun menunaikan tanggongjawab membantu golongan yang memerlukan bukan sahaja pada saat menyambut Hari Raya tetapi apabila keadaan memerlukan.

"Tahun ini sahaja sudah empat kali kami memberi bantuan kepada golongan memerlukan  di mana kemuncaknya berlangsung hampir setiap tahun di Pusat Dagangan Dunia Putra, Hanya kali ini kami mengubah lokasi dan memilih Sekolah Aminuddin Baki agar lebih dekat dengan masyarakat," tambah Zakaria.

Lazimnya, 10 cawangan yang tersedia akan mengumpul lebih kurang 20 orang golongan yang memerlukan bantuan untuk hadir ke majlis sebegini. jelas Zakaria yang sudah 15 tahun memimpin  Bahagian.
Beliau memberitahu, sehingga kini PPP Bahagian Titiwangsa telah memperoleh rumah murah melalui Projek Perumahan Rakyat  (PPR) untuk enam sekeluarga sebagai salah satu aktiviti bantuan yang diusahakan.

Sementara itu, Kayveas dalam ucapan ringkasnya memuji usaha yang dilakukan oleh PPP Bahagian Titiwangsa.

"Walau pun parti bukan ada banyak sangat duit tetapi mana yang boleh dan berupaya kita akan beri," jelas Kayveas.

Beliau juga menyeru rakyat tempatan agar sentiasa hidup dalam harmoni malah dengan wujudnya keamanan dalam negara, rakyat berpeluang untuk majukan diri.






KUMPULAN terdiri daripada murid-murid sekolah ini menghiburkan tetamu dengan nyayian irama Ketuhanan.



Tiada ulasan: