Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'Larian Pramusaji Anggerik 2014' 19 Oktober

Penganjur bergambar bersama para penaja antaranya radio RedFM di SACC baru-baru ini.- Pix Max Lim.

Seramai 200 peserta dijangka menyertai 'Larian Pramusaji Anggerik 2014' (Waiters" Race) yang akan diadakan pada 19 Oktober ini bermula dari Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) sepanjang 3,5 kilometer.




Anjuran Persatuan Eksekutif Penyajian Makanan dan Minuman (MFBEA) dengan kerjasama Tourism Selangor Sdn Bhd ia diadakan dalam usaha menyemarakkan kempen  Tahun Melawat Malaysia 2014 selari dengan  mempromosikan Tahun Melawat Selangor 2015, 


  

"Larian sepanjang 3,5 km itu melalui bangunan-bangunan strategik di Shah Alam akan dibahagikan kepada ilima kategori meliputi khalayak berbilang bangsa," ujar Encik Muhammad Hisham Tan Abduah pada sidang media 'Larian Pramusaji Anggerik 2014' di SACC, Shah Alam baru-baru ini.

Menurutnya, penyertaan terbuka kepada umum,  kakitangan hotel/restoran, pelajar industri  hospitaliti, korporat, institusi kewangan, persatuan, kedutaan asing serta selebriti dan media.

“Objektif larian adalah  untuk  khalayak  merasai pengalaman   bagaimana  seorang pelayan  menjalankan tugas mereka  di mana setiap peserta akan dibekalkan dengan gelas berisi air ketika larian,” tambah Muhammad Hisham.

Turut bersama beliau pada sidang akhbar ialah  Pengarah Tourism Malaysia Selangor,  En. Muhammad Libra Lee Hanif, Pengerusi penganjur, Encik Mohd Rawi Abu Bakar dan Encik Muhammad Ismail dari Double Event Management and Consultancy.

Selajutnya, Encik Mohd Rawi memberitahu, lima kategori  kepada peserta berusia 18 tahun ke atas meliputi  golongan lelaki dewasa  (perseorangan), wanita dewasa  (perseorangan), Berpasukan, Pelajar kolej dan media/selebriti.

Yuran kemasukan untuk individu berharga RM100 manakala penyertaan berpasukan empat orang  dikenakan RM350 waima pelajar kolej berkumpulan pula ialah RM250 dan pelajar perseorangan RM70 setiap seorang.

“Bagi kumpulan selebriti dan media,penyertaan adalah percuma memandangkan kehadiran mereka adalah untuk  menyeri dan memeriahkan lagi acara  sekali gus memberikan juga  mereka peluang  pengalaman merasai tugasan seorang pelayan,”  jelas Mohd Rawi  selanjutnya.

Hadiah wang tunai untuk tempat pertama , kedua dan ketiga bagi setiap kategori berbeza iaitu antara RM400 hingga RM1,500 bagi Juara berkumpulan.

‘Larian Pramusaji Anggerik 2014’  dicetuskan daripada kajian yang dijalankan di mana larian seumpama  menjadi acara tahunan yang mendapat sambutan di Negara luar antaranya  seperti di Argentina,  Washington, United Kingdom, Sydney, Perth, Paris, Brisbane, Germany,  Bahrain, Hong Kong mahu pun Italy dan lain-lain,” sambung Muhammad  sambil mengumumkan bahawa tahun hadapan larian akan dipertingkatkan ke peringkat Asean  (MBFEA- Asean Waiters Race dan sterusnya  ke peringkat antarabangsa pada tahun 2016 (NBFEA - International Waiters' Race).

Tarikan acara berwarna-warni  terbuka kepada berbilang kaum ini mewajibkan salah seorang daripada peserta berkumpulan  memakai baju tradisional ketika larian dan pemenang akan ditentukan oleh ukiran kandungan air yang di bawa sehingga ke penghujung garisan.

Mereka yang ingin mendaftarkan diri boleh mengisi borang secara on line melalui laman sesawang  www.demcsb.com atau layari twiter MFBEAWaitersRace, Instagram  mfbea  sebelum tarikh tutup pada 16 Oktober depan.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh menghubungi Sekretariat di talian 017-6559707 (Nurul) atau 019-2062868  (Mohd. Zaki) 

MUHAMMAD HISHAM (dua, kiri) bersama Mohd Rawi, Muhammad Libra dan Muhammad Ismail .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan