Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

FESTIVAL MOTOSIKAL ANTARABANGSA 2014 BERMULA 19 DIS.


SIDANG media Festival Motosikal Antarabangsa yang diadakan di Hard Rock Cafe KL baru-baru ini.

Festival Motosikal Antarabangsa 2014  (IMF2014) dijangka mengumpul lebih 2,500  penunggang motosikal dalam acara tiga hari bermula pada 19 hingga 21 Disember ini bertempat di kawasan parkir kereta Bukit Jalil bermula pukul 10 pagi sampai 10 malam.

Anjuran DMEO Exhibit Sdn Bhd dan disokong oleh Tourism Malaysia, festival ini merupakan yang terbesar dii Malaysia dengan jangkaan pelawat dari 80,000 hingga 150,000 dari Malaysia, Singapura, Thailand, Indonesia, Phillipines, Taiwan dan lain-lain negara.


Pengisian acara selama tiga hari itu turut melibatkan  buat pertama kalinya peraduan persahabatan ‘Enduro Cross Race  Asia’ di mana para penunggang motosikal terbaik dunia akan hadir. Satu trek motocross akan dibina untuk pertandingan yang akan dikendalikan oleh seorang pengarah penunggang motosikal berpengalaman, Colin Robin.

Selain itu, pusat sehenti ‘The Galleria’ akan menjadi hub jualan di mana sebanyak 250 booth dibuka untuk mereka yang mahu menjual produk-produk berkaitan motosikal atau sebarang produk berkaitan dunia pemotoran dengan harga lebih murah.

Akiviti-aktiviti lain yang dirancang termasuk perhimpunan bikers di kawasan luar, persembahan lagak ngeri (supermotor bike stunts), simulator wheelie, pameran motosikal, bengkel , konsert rock, cabutan bertuah, pencarian ‘duta’ serta ruangan makan minum menghidangkan menu tempatan dan antarabangsa,



Sementara itu, di bawah anjuran IMF & Xtreme Biker, dijangka ribuan penunggang motosikal (bikers) akan berkonvoi dari Singapura dan Thailand di mana mereka akan  mengadakan bengkel mengajar bikers  mengenai aspek keselamatan dan  penjagaan motosikal, pakaian keselamatan, teknik memandu yang selamat,  panduan yang selamat serta tips tips yang berguna bagi setiap penunggang daripada pakar selain sesi berkongsi maklumat.

Sebagai langkah promosi awal,  satu kempen menunggang secara betul  (Ride Right)  dengan IMR melibatkan selebriti terkenal serta bikers jalanan akan diadakan ke seluruh Negara.

Kemasukan ke acara yang bermula dari 10 pagi hingga 10 malam pada festival itu kelak adalah pecuma tetapi tiket masuk boleh didapati di Bukit Jalil. Pun begitu, tiket-tiket awal boleh diperoleh melalui BHPetromart dengan pembelian produk terpilih di mana pelanggan juga berpeluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah berupa baucer BHPetrol dan beberapa lagi hadiah menarik lain.

Untuk info lanjut berhubung pembelian booth atau sebagainya layari http://www.imf.dmeoexhibit.com.

Tiada ulasan: