Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PUSAT SUKAN LOT 10 KINI DIBUKA



HUB Sukan di Lot 10.


Tingkat tiga Kompleks Membeli –belah Lot !0 yang terletak di tengah kota raya Kuala Lumpur khususnya di kawasan Bukit Bintang, telah mengalami transformasi  besar di mana  keseluruhan aras itu dijadikan sebagai pusat sukan yang dinamakan ‘Lot 10 Sports Hub’.

Pelancarannya kepada pihak media disempurnakan oleh beberapa tetamu kehormat diketuai oleh Naib  Presiden YTL Land & Development Bhd, YTL Hotels & Properties, Encik Joseph Yeah , Pengarah Eksekutif YTL Land Sdn Bhd, Eric Eoon,, Pengurus Pemasaran Negara  Nike Sales Malaysia, Robin Kok dan ikon pemain bola sepak kebangsaan, Abbas Saad. Turut bersama memeriahkan adalah anak-anak yatim dari Rumah Juara Glad Tidings  dan Rumah Rainbow .

Dengan keluasan 21,000 kaki persegi, hub sukan Lot 10 ini direka seperti pusat sukan dengan  tujuh buah outlet melitupi butik Converse, Hoops Station, Hundred%, LFC, Nike Women’s TFC dan The Marathon Shop.

Turut disediakan tapak  permainan futsal,  basketball (separuh court) dan trek larian malah dengan tertubuhnya pusat sukan Lot 10 ini pengguna boleh membeli-belah dalam keadaan tenang dan memilih jenama  terkenal pilihan masing-masing seperti Adidas, Reebok, Nike dan sebagainya yang kesemuanya berada di bawah satu bumbung.

“Lot 10 berhasrat memberikan peminat sukan satu pengalaman  membeli-belah dalam  keadaan yang  selesa sambil  memilih pelbagai produk berkualiti dan trendy  yang disediskan untuk pelbagai jenis sukan pilihan seperti bola sepak, bola keranjang, sukan larian mahu pun sekadar membeli barangan cenderahati , “ ujar Eric Koon kepada media.
Tambahnya,  hub sukan Lot 10 merupakan  butik konsep ‘lifesytle’ yang disasarkan terhadap permintaan tinggi  golongan atlet dan peminat sukan yang berfesyen terhadap produk sukan.

“Ia juga  dibuka bertujuan mengajak khalayak mementingkan kehidupan sihat melalui riadah bersukan,” tambah Eric.


Dengan tertubuhnya  Hub Sukan Lot 10, ia menambahkan kecemerlangan kompleks membeli-belah Lot 10 sebagai pusat membeli-belah utama yang mengandungi beberapa lagi outlet terkenal seperti H&M, Isetan, Zara dan beberapa lagi butik terkenal.



Tiada ulasan: