Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

JELAJAH RAJA SEHARI MEGA DI EMPAT NEGERI



Pertubuhan Belia Wawasan Baharu (PBWB) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan menganjurkan Jelajah Raja Sehari Mega 2015 bermula di Nusajaya Jogir Bahru pada 27 hingga 28 Mac 2015 di smping tiga negeri lain iaitu di Putrajaya Selangor (6-7 Jun 2015),  Kuantan, Pahang (10-11 Oktober 2015),dan berakhir di Alor Setar, Kedah pada 11 November 2015.

Seramai 400 pasangan pengantin berpendapatan rendah di empat buah negeri berkenaan akan  dihadiri oleh pemimpin kerajaan, tetamu, keluarga pengantin, pelancong dalam dan luar negara dimana jumlah tetamu keseluruhannya  dijangka mencecah seramai 100,000 orang.

Menurut Encik Mohd Sirajuddin Jalil selaku Pengerusi Pertubuhan Belia Wawasan Baharu Putrajaya,  objektif program yang gelah bermula pada tahun 2012 bertujuan membentu para belia yang berpendapatan rendah melangsungkan perkahwinan mereka dalam suasana yang besar sekali gus mengeratkan perpaduan antara para belia.

'mereka hanya perlu mengeluarkan perbelanjaan sebanyak RM5.000 bagi pakej perkahwinan yang kami aturkan eliouti acara akad nikag, resepsi, cruise mahupun penginapan di hotel ternama,' jelas Sirajuddin pada sidang akhbat program betkenaan yang berlangsung di Bilik Gerakan Dewan Bandaraya 1. Kuala Lumour baru-baru ini.

Sidang akhbar turut dihafiri tetamu kehurmat Tunku Dato Kamil Ikram Ibni Almarhum Tunku Tan Sri Abdullah, Penasihat PBWB bersama Encik Ahmad Faisal Abdul Karim, Ahli Lembaga Penasihat Bamdaraya merangkap Ketua Pemuda UMNO Putrajaya.

Majlis yang bermula dengan persembahan silat oleh tiga gadis dari PBWB diakyiri dengan  pelancaran gimik berupa persembahan  adat perkahwinan Melayu di mana pasangan pengantin diarak masuk diiringi paluan kompang serta memotong pulut kuning.

Bercerita lanjut, Sirajuddin memberitahu setiap pasangan pengantin dibenarkan membawa 150 jemputan setiao seorang  dan permohanan sudah pun terbuka di mana tarikh tutup permohonan ialah pada 1 April 2015.

'Permohonan boleh dibuat melalui borang dalam laman sosial facebook di alamat www.facebook.com/rajaseharimega atau pun berhubung dengan Sekretariat PBWB. di Presinct 15 Putrajaya untuk mendapatkan borang.

Tiada ulasan: