Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NOVEMBOYS JUARA POP KREW MENANGI RM50,000



Akhirnya segala penat lelah berbalas apabila kumpulan jejaka yang menggelarkan diri mereka, Novemboys berjaya dinobatkan sebagai Juara Pop Krew,  sekaligus mengetepikan tiga kumpulan saingan mereka iaitu Briged, Algebra dan 5beats. 

Persaingan antara empat kumpulan ini sangat sengit dan masing-masing telah memberikan persembahan yang terbaik pada malam akhir Pop Krew yang berlangsung baru-baru ini,

Persembahan Novemboys dengan lagu 'Mewangi, Aku Yang Tersakiti' dan lagu baru mereka, 'Fall' oleh penerbit AG Coco, lagu dan lirik ciptaan Ag Coco dan Wan Novemboys telah berjaya mencuri hati para juri.  

Kemenangan anak didik kepada Coach Tomok ini melayakkan mereka  membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 dan memeteraikan kontrak selama setahun bersama 8 Unit dan Monkey Bone. 

Novemboys dianggotai oleh Adam Malek B Shamsuddin Ridzuan (Adam, 19 tahun) Haqiem Bin Rusli (Haqiem, 16 tahun) Muhd Danial B Ahmad Idaham (Danial, 16 tahun) dan Wan Shahjuddin Bin Wan Abd Wahab (Wan, 19 tahun).

Kemenangan mereka adalah berdasarkan 80% daripada juri professional iaitu Edry Abd Halim, Altimet dan Syafinaz Selamat. Sementara 20% lagi berdasarkan kepada aplikasi ‘Pop Itu Krew’ di laman web TV9 iaitu www.tv9.com.my.

Arena akhir Pop Krew  turut prihatin dengan bencana banjir yang kini sedang melanda Malaysia di mana sebelum tirai arena akhir dibuka, satu bacaan doa turut diselitkan bagi mendoakan keselamatan mangsa-mangsa banjir selain membuat kutipan derma bagi membantu mereka melalui Tabung Bencana NSTP-MPB di sepanjang arena akhir Pop Krew berlangsung. 


Nyanyian lagu “Hadapi Dengan Senyuman” secara acapella yang dinyanyikan oleh Cikgu Delly dan juga mesej-mesej semangat buat mereka yang ditimpa bencana menjadi pembuka tirai konsert akhir yang bersiara secara langsung dari Kompleks Sukan Negara Panasonic, Shah Alam.

Antara artis jemputan yang membuat persembahan dan memberi sokongan pada malam arena akhir Pop Krew adalah Alif Satar, G4, Fourteen, Anas Riduan, Chacha Maembong, Muadz dan Jasmine (Hip TV).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan