Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AJL 29 : 'PILIH TEMA 'GEMA DALAM MUZIK'


Giliran persembahan 12 finalis Anugerah Juara Lagu ke-29 kini diumumkan di acara konsert mini istimewa yang diadakan di perkarangan pusat membeli-belah Nu Sentral Sabtu lalu. 

Malah sebuah sidang media juga dijalankan pada hari yang sama untuk berkongsi persiapan dan konsep yang bakal diinterprestasikan di malam gilang-gemilang itu nanti. 

Tahun ini AJL29 memilih tema “Gema dalam Muzik” di mana pentas unggul itu kembali kepada elemen asas dan intipati sesebuah muzik. Malah malam itu juga bakal mengangkat instrumen muzik sebagai dasar terpenting di dalam penghasilan bunyi. Gabungan bunyi yang terhasil inilah yang dinamakan gema yang bakal memeriahkan AJL29.


“Setiap tahun rakyat Malaysia pastinya teruja menantikan Anugerah Juara Lagu kerana anugerah ini bakal menobatkan karya muzik terbaik sebagai Juara Lagu selain persembahan mantap daripada para finalis AJL29. TV3 berbesar hati untuk meneruskan tanggungjawab kami dalam pencarian lagu terbaik dan membawakan kandungan menarik melalui produksi tempatan yang bertaraf antarabangsa. Ini juga salah satu tawaran kami untuk membuka tirai tahun 2015,” kata Pengurus Besar Kumpulan, TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin.

Tahun lalu rancangan ini telah ditonton lebih 4 juta rakyat Malaysia selain menjadi trending no.1 di dalam negara dan seluruh dunia menerusi platform sosial. Penerimaan positif terhadap Anugerah Juara Lagu membuktikan ia bukan sekadar rancangan digemari malah menjadi sebahagian daripada agenda negara kerana rata-rata rakyat Malaysia dan pencinta muzik bakal tertunggu-tunggu melihat lagu manakah yang akan dinobatkan sebagai Juara Lagu.

Anugerah Juara Lagu 29 bakal dipancarkan oleh Pamoga yang diasaskan oleh Dato Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman (pix atas, kanan) dan Qu Puteh sebagai penaja utama serta Nu Sentral selaku penaja bersama pada hari Ahad, 18 Januari 2015 secara langsung pada jam 9.00 malam dari Stadium Putra Bukit Jalil.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan