Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PAWAGAM GSC KE 29 DIBUKA DI QUILLS MALL KL




Peminat filem kini boleh memperoleh pilihan menonton dengan lebih selesa apabila pawagam GSC ke  29 dibuka dengan rasminya di Kompleks Membeli-Belah terbaharu di Kuala Lumpur iaitu Quills Mall terletak di Jalan Sultan Ismail.

Majis pelancarannya telah pun berlangsung baru-baru ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif GSC, Cik  Koh Mei Lee bersana Dato Michael Ong, Pengarah Eksekutif Kumpulan - Kumpulan Quills, Dato Dr. Jennifer Low, Pengarah Urusan Kumpulan2 Quills dan Encik Irving Chee selaku Pengurus Besar GSC.



Dibina dengan kos RM21.5 juta pawagam dilengkapi dengan 10 skrin merangkumi 1,751 tempat duduk termasuk 20 ruang untuk kerusi roda malah dewan THX dilengkapi sistem bunyi audio Dolby Atmos '3D' serba baharu agar memberikan penonton pengalaman menonton yang mengasyikkan,

Dalam inovasi reka bentuk pawagam, GSC Quills Mall memberikan penonton pengalaman baharu apabila Dewan 7 dilengkapi konsep baharu iaitu auditorium 'projeksi tanpa bilik' yang memanfaatkan kelebihan projektor digital boleh laras yang dipasang pada siling dewan.



Dalam ucapan perasmiannya, Koh Mei Lee memberitahu, GSC akan terus meluaskan tapaknya di Malaysia dengan perancangan pembina i pawagam  di lima kolasi baharu pada tahun 2015 meliputi GSC Nu Sentral Kuala Lumpur; GSC IOI City, Putrajaya; GSC Klang Parade; GSC Ipoh Parade; GSC Aman Sentral Alor Setar dan GSC Bintulu Times Square, Sarawak menjelang 2016.




Majlis pelancaran direstui dengan tarian singa manakala para tetamu dan media dijemput menonton tayangan filem blockbuster "The Hobbit:: The Battle of the Five Armies'.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan