Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MERDEKA BAZAAR HABIB TAWAR POTONGAN TINGGI


MAJLIS pelancaran disempurnakan oleh Meer dan Mawi bersama selebriti dan personaliti jemputan lainnya.

Setiap tahun sempena menyambut bulan Kemerdekaan, syarikat jualan barang kemas popular, HABIB terus menyuntik semangat patriotik dengan menganjurkan Bazaar Merdeka sekali gus memberi peluang kepada pelanggan setianya menikmati potongan Harry yang lumayan

Tahun ini ia tidak terkecuali. Sambutan Hari Kemerdekaan 2015 dengan tema #sehatisejiwa menjadi pilihan HABIB dengan harapan semua rakyat Malaysia dapat bersama-sama meraikan dan menghayati erti Kemerdekaan bersama HABIB,  yang berusia setahun lebih muda daripada Hari Kemerdekaan Malaysia ke 58 ini.



Pelancaran Bazaar Merdeka yang diadakan selama empat hari berturut-turut bermula 28hb hingga 31 Ogos ini menawarkan loket emas 916 yang dijual pada harga RM88 setiap satu untuk 100 pelanggan pertama setiap hari di bilik pameran terpilih.

"Memandangkan kami berkembang selama 58 tahun bersama negara, hari kebangsaan sentiasa memberikan makna yan istimewa but kami di HABIB. Perpaduan amatlah penting dalam sesebuah negara dan oleh itu, sambutan Bazaar Merdeka kali ini bertemakan #sehatisejiwa seiring dengan tema kebangsaan yang memberi maksud mencerminkan roh kesepaduan, kesefahaman, kekitaan dan kemanusiaan seluruh rakyat di negara ini," ujar Encik Mohd Zaruddin Mahmud, Pengurus Besar HABIB dalam ucapan pembukaan ringkasnya pada majlis pelancaran Bazaar Merdeka di perkarangan butik HABIB di Ampang Point baru-baru ini.




Turut hadir melancarkan peletakan bendera 'Jalur Gemilang' bersama penyanyi Mawi serta Daly Filsuf (Ahli Fiqir) ialah Pengarah Urusan Kumpulan HABIB, Dato Seri Meer Habib Sadik serta barisan finalis Dewi Remaja, Nona Manis dan juga jejaka dari Pencarian Lelaki Maskulin.

Malah bagi menyemarakkan suasana, para selebriti dan kakitangan HABIB berkenaan memakai pelbagai pakaian tradsional.

Majlis turut dihiburkan dengan nyanyian daripada Mawi dan Daly dengan lagu-lagu kebangsaan seraya menanamkan semagat kemerdekaan kepada para pengunjung.



Sepanjang berlangsungnya Bazaar Ramadan di 13 cawangan  bilik-bilik pameran HABIB terpilih seluruh negara seperti di Melaka, Kedah, Johor, Pulau Pinang, Terengganu, Negeri Sembilan, Perak, Sabah, Sarawak, Pahang dan Kelantan, pelanggan diberi peluang menikmati diskaun sehingga 70% untuk berlian dan batu permata, potongan sehingga RM8-RM20 segram untuk emas 916 dan 999 serta kadar terbaik untuk beli barang kemas.

Bermula 31 Ogos, HABIB juga akan mengadakan pameran dan jualan di ruang legar Mid Valley sehingga 6 September 2015 ini. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Jabatan Pemasaran & Komunikasi HABIB di talian 03-42527777 atau lawati laman sesawang HABIB di www.habibjewels.com.