Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ICE WATCH LANCAR KOLEKSI BAHARU MUSIM PANAS 2015



Jenama "Ice Watch" jam tangan trendy yang kini menjadi kegemaran fashionista menampilkan koleksi terbaharu musim panas "Summer Collections 2015" dengan rangkaian tujuh desain terbaharu berharga antara RM299 hingga RM1,289.

Produk yang mula diperkenalkan dari Belgium sejak 2007 itu yang kini dibawa ke pasaran Malaysia oleh Kumpulan Habib mengadakan 'showcase' eksklusif memperkenalkan koleksi terbaharu tersebut kepada pihak media dalam satu majlis makan tengah hari secara santai di butik Habib, Ampang Point hari ini, (Selasa).

Turut bersama Pengarah Urusan Kumpulan Habib, Dato Seri Meer Sadik Habib yang bertanggungjawab memperkenal dan memasarkan Ice Watch di Malaysia dan isteri, Datin Seri Zarida Noordin.

Kini 'Ice Watch' mempunyai sejumlah 12 buah butik seluruh negara.

Desain-desain yang digayakan oleh tiga model pilihan antaranya terdiri daripada koleksi "BMW Motorsport Steel', 'Ice Heritage', 'Ice Fly', 'Ice Flower', 'Ice Carbon', 'Ice Skull' dan untuk kanak-kanak 'Ice Happy' manakala yang eksklusif ialah "Ice Crystal'.

Siri terbaharu 'BMW Motorsport Steel Case' merupakan premium edisi terbaharu kedua yang bukan sahaja berkualiti tinggi malah tali jam dua tona warna buatan kulit  memperlihatkan keindahan dan keselesaan  dalaman seperti sebuah kereta BMW gayanya.

Bagi golonan wanita yang trendy, boleh memilih 'Ice Flower' yang diinspirasikan daripada bunga-bunga seperti poppy, bunga raya (hibiscus), bunga mawar atau flora jenis Tahitian.

Malah anak-anak juga boleh bergaya dengan adanya koleksi di bawah nama "Ice Happy' berharga RM299. Dengan pilihan warna pelbagai, si pemakai sudah tentu merasa gembira apatah lagi ia menyerlah.

Pun begitu, bagi remaja yang aktif dan suka pada kelasakan, barangkali pilihan 'Ice Skull' (gambari bawah), paling sesuai. Seperti namanya 'skull' bermaksud tengkorak,  ia memiliki desain yang bukan sahaja kontemporari tetapi provokatif dengan grafik tengkorak rona emas.

Selain itu, anda boleh memilih juga beberapa lagi desain menarik dalam siri 'Ice Carbon', 'Ice Heritage' mahu pun "Ice Fly'.

Uniknya, eetiap desain boleh melambangkan identiti dan perwatakan si pemakai agar kelihatan lebih konfiden sambil bergaya.

Seperkara lagi yang agak istimewa mengenai produk 'Ice Watch' ini bukan sahaja terletak pada desain dan warnanya yang memukau namun ia mampu dimiliki oleh setiap lapisan masyarakat baik yang muda atau pun yang berhati muda walau pun sudah dewasa,

Harganya yang berpatutan menjadikan Ice Watch, jam tangan trendy yang pantas dikenali malah boleh digunakan sewaktu kerja, santai atau pun majlis makan malam dengan desain eksklusif seperti 'Ice Crystal' bernilai RM1,289.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut dan menyaksikan sendiri pilihan desain dan warna kegemaran bolehlah berkunjung ke butik Ice Watch berhampiran.

Pertanyaan lanjut boleh menghubungi 03-42527777 Ext 613 dan bercakap dengan Melvin Gabriel atau Ruby teh dari Bahagian Pemasaran Kommunikasi Ice Watch.