Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ALLIANZ MALAYSIA BUKA IBU PEJABAT BAHARU






Allianz Malaysia secara rasminya baru-baru  ini telah membuka ibu pejabat baharu di Menara Allianz Sentral di Kuala Lumpur.

Ini merupakan pencapaian yang membanggakan bagi syarikat yang sudah beroperasi di Malaysia selama 13 tahun dan pada tahun ini juga, Allianz SE menyambut ulang tahunnya yang ke 125.

“Saya amat berbesar hati dapat berada  di sini pada hari ini, di hadapan anda semua dan mengucapkan selamat datang ke Menara Allianz Sentral. Selamat datang ke rumah baru kami,” kata Zakri Khir, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad dan Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad dalam ucapan pembukaan beliau.



“Kami telah mula beroperasi pada tahun 2002 dan saya amat kagum melihat sejauh mana kita telah sampai. Pada akhir tahun kewangan 2002, 18 bulan selepas memperoleh Malaysia British Assurance Berhad, keuntungan perniagaan am hanya bernilai  RM727, 138, 000 dan perniagaan hayat bernilai RM 249, 471, 000,” kata beliau.

 “Pada pagi ini kami berdiri di hadapan anda sebagai sebuah syarikat yang bernilai billion, dengan Allianz General sebagai salah satu syarikat insurans am yang terkemuka di Malaysia dan Allianz Life sebagai syarikat insurans hayat yang semakin pesat berkembang di negara ini. Kami terus berkembang dengan kukuh dalam setiap bidang -  tenaga kerja telah berkembang dari 1,284 kepada 1,800 dalam tempoh 13 tahun, kami kini mempunyai sebanyak 38 cawangan di seluruh negara dan seramai 15,500 orang ejen yang berdedikasi dan memberi menyediakan perkhidmatan kepada 2 juta pelanggan,” ulasnya.

“Pembukaan ibu pejabat juga berlangsung serentak dengan pelancaran laman web Allianz Malaysia (www.allianz.com.my) yang telah diperbaharui. Laman web yang baru ini memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelanggan dengan menekankan produk-produk Allianz serta memberi pengunjung akses mudah kepada maklumat penting seperti e-pembayaran, tuntutan dan mendapatkan informasi berhubung dengan perkhidmatan pelanggan,” katanya lagi.


 “Bagi kami di Allianz, pelanggan kami adalah paling penting. Dan laman web ini menekankan kepentingan berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan. Kami akan terus melakukan yang demikian dalam masa akan datang kerana inilah cara kami beroperasi.”

Para tetamu telah dihiburkan dengan persembahan khas,  flashmob oleh seramai 100 orang kakitangan Allianz Malaysia selama enam minit dengan gabungan  lagu popular dari, 80-an, 90-an dan carta semasa termasuk Micheal Jackson-Thriller, Super Junior- Sorry Sorry, soundtrack Kuch Kuch Hota Hai dan Mark Ronson dan Bruno Mars- Uptown Funk dalam meraikan persekitaran kerja  yang pelbagai di Allianz.

 Ini diikuti dengan upacara pemotongan riben yang dirasmikan oleh Pengerusi dan Pengarah Bukan Eksekutif Allianz Malaysia Berhad Tan Sri Razali Bin Ismail dan Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Allianz Malaysia Berhad Tan Sri Datuk (Dr.) Rafiah Binti Salim.

Ibu pejabat Allianz Malaysia yang baru dibuka terletak di alamat berikut:-

Menara Allianz Sentral,
203, Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur Sentral,
50470 Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel   : + 603 2264  1188 /   0688
Fax  :  +603 2264  1199
Laman web: www.allianz.com.my

Sementara pejabat Khidmat Pelanggan Allianz Malaysia terletak di:-

Allianz Arena, Ground Floor, Block 2A,
Plaza Sentral, Jalan Stesen Sentral 5,
Kuala Lumpur Sentral, 50470 Kuala Lumpur.
Allianz Contact Center : 1300 88 1028
Fax     : +603 2264 8499